Wanz Ramli Blog

Terus Mencari Persamaan

AgamaBicara Santai

Assalammualaikum..

Entry ni saya nak kongsi hari yang digalakan disunnahkan untuk berpuasa..
Banyak sebenarnya hari yang boleh kita puasa ni.. Antara nak atau tidak je..
Kalau dikatakan lapar, setiap hari lapar.. Panas? setiap hari panas..
“Waktu bila yang harinya tidak panas.. Hari apa yang kita tidak pernah rasa lapar?”
Bahkan setiap hari..
Seperti orang cakap “nantilah pergi Haji/Umrah..ramailah..panas”
Bilanya waktu yang tak ramai orang? Bilanya musim sejuk?
Kalau diberi alasan panas dan lapar, memang kita tak akan puasa.. Kerana itu bisikan/soseh-soseh syaitan!
Jom sama-sama kita cuba..

Ini diantara puasa sunnah yang kita boleh lakukan..

PUASA SUNNAH ISNIN dan KHAMIS

Puasa ni InsyaAllah semua orang tahu.. Dan biasa orang buat.

Hadis :
Dari Abu Qatadah r.a bahawasanya Rasulullah s.a.w. Rasulullah s.a.w ditanya tentang puasa hari Isnin? Jawabnya: Itu hari aku dilahirkan, dan hari aku diutuskan dan diturunkan quran kepadaku pada hari itu juga. (HR.Muslim)

Dari Abu Hurairah r.a. dari Rasulullah s.a.w. katanya : Amal perbuatan itu diperiksa tiap hari Isnin dan Khamis, maka aku suka diperiksa amalku sedang aku puasa. (HR.At-Tirmizi)

PUASA SUNNAH YAUMUL BIDH (Hari Putih)

Puasa ni disebut juga sebagai Puasa Hari Putih kerana waktunya 13,14,15 ketika bulan penuh. Fadhilat puasa ni bagaikan puasa selama hidup

Hadis :
Dari Abu Hurairah r.a. katanya : Junjunganku s.a.w. telah berpesan kepadaku supaya puasa tiap bulan tiga hari, dan solat dua rakaat dhuha, dan solat witir sebelum tidur. (HR.Bukhari, Muslim)

Dari Abdullah bin Amr bin al Ash’ r.a. katanya Rasulullah s.a.w. bersabda: Puasa tiga hari tiap bulan, bagaikan puasa selama hidup(sepanjang masa). (HR.Bukhari, Muslim)

Dari Abu Dzar r.a katanya: Rasulullah s.a.w. bersabda: Jikalau engkau berpuasa tiga hari dari sesuatu bulan, maka puasalah pada tarikh 13,14,15 pada bulan itu. (HR.At Tirmizi)

Dari Qatadah bin Milhan r.a katanya: Adalah Rasulullah s.a.w menyuruh kita puasa hari-hari putih iaitu 13,14,15 tiap bulan. (HR.Abu Dawud)

PUASA HARI ASYURA, TASUA’

Waktu puasanya adalah 10 Muharam dan 9 Muharam.
Fadhilatnya menebus dosa tahun yang lalu.

Hadis :
Dari Ibnu Abbas r.a. bahawasanya Rasulullah s.a.w. telah puasa hari Asyura dan menyuruh supaya orang-orang puasa. (HR.Bukhari dan Muslim)

Dari Abu Qatadah r.a. bahawasanya Rasulullah s.a.w. ditanya tentang puasa Asyura? Jawabnya: Menebus dosa tahun yang lalu.

Dari abbas r.a. katanya: Rasulullah s.a.w. bersabda: Kalau aku lanjut umur sampai tahun yang akan datang, nescaya aku akan puasa tasua'(tarikh 9 Muharam). (HR.Muslim)
(Tetapi Rasulullah s.a.w wafat sebelum terlaksana niatnya itu)

PUASA 6 PADA BULAN SYAWAL

Puasa 6 pada bulan syawal selalu disebut puasa 6 ialah puasa pada bulan syawal(selepas hari raya Aidilfitri, 1 syawal)
Fadhilatnya juga besar bagaikan puasa sepanjang masa(setahun).

30(Ramadhan)x10(siapa yang buat amalan akan diganda 10)= 300
6(Syawal)x10=60
300(Ramadhan)x60(Syawal)= 360!
Bukankah seperti setahun?!
(Tapi ni hanyalah andaian/kajian..)

Hadis :
Dari Abu Ayyub r.a. bahawasanya Rasulullah s.a.w bersabda: Barang siapa yang puasa bulan Ramadhan kemudian diikutinya dengan enam hari Syawal maka bagaikan orang puasa sepanjang masa.(HR.Muslim)

PUASA HARI ARAFAH

Waktu pada hari Arafah dan fadhilatnya menebus dosa tahun yang lalu dan yang akan datang.

Hadis :
Dari Abu Qatadah r.a. katanya: Rasulullah s.a.w. ditanya tentang puasa hari Arafah? Jawabnya: Menebus dosa tahun yang lalu dan yang akan datang. (HR.Bukhari, Muslim)

PADA BULAN ZULHIJAH

Pada bulan Zulhijah ini juga digalakan untuk berpuasa. Kerana  “Tiada suatu hari dimana seorang beramal soleh didalamnya lebih disukai Allah daripada hari-hari ini, ialah 10 hari awal zulhijah…..”
ini termasuklah puasa, tapi puasa 1-9 zulhijah sahaja sebab 10 hari raya.

Hadis :
Dari Ibnu Abbas r.a. katanya: Rasulullah s.a.w. bersabda: Tiada suatu hari dimana seorang beramal soleh di dalamnya lebih disukai Allah daripada hari-hari ini, ialah 10 hari awal Zulhijah. Sahabat bertanya : Ya Rasulullah meskipun jihad Fisabilillah? Jawab Nabi: Meskipun jihad fisabilillah, terkecuali jika seorang keluar dengan membawa semua hartanya dan tiada kembali dengan apa-apanya.(HR.Bukhari)
(Yakni habis jiwa dan harta fisabilillah)

(Rujukan hadis dari kitab Riyadhus Shalihin)
MAAF, KALAU ADA KESALAHAN TOLONG TEGUR INSYAALLAH SAYA AKAN UBAH..

Alhamdulillah ini yang dapat saya kongsikan untuk semua dan untuk kita..
Peringatan ini untuk saya juga.
Kita cuba sama-sama.

SEKIAN..

Tagged:

LEAVE A RESPONSE

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Related Posts