MERDEKA! MERDEKA! MERDEKA!

Author:
Shopee
 

 

SEMARAKAN BULAN MERDEKA

Tanggal 31 Ogos 1957 ialah hari kemerdekaan Tanah Melayu..
Dan bulan Ogos ini adalah bulan merdeka..
Kenapa perlu semarakan bulan merdeka ni?
Kerana…

Untuk menghargai pejuang nenek moyang kita.. Janganlah kita fikir atau hargai parti yang ada pada masa/ketika itu saja.. Sedangkan hari kemerdekaan itu maksudnya luas.. Kita harus berbangga jadi anak Malaysia yang mana pada waktu nenek moyang kita dulu Tanah Melayu dikenali didunia dengan hasil yang banyak dan tokoh-tokoh yang hebat.

KENAPA KEBELAKANGAN INI BILA SEBUT TENTANG MERDEKA, SERINGKALI DIKAITKAN DENGAN KEPARTIAN ATAU TOKOH-TOKOH TERTENTU?

Ramai tokoh-tokoh yang memperjuangkan tanah air kita.. Seperti Dol Said(1733-1849), Mat Kilau(1847-1970), Datuk Bahaman(1839-1891), Tok Gajah, Tok Janggut(1853-1915) dan lain-lain.. Walaupun sejak akhir-akhir ini nama mereka jarang sekali disebut, tetapi mereka inilah antara tokoh yang terawal memperjuangkan tanah air kita DAN mereka tidak mempunyai parti.. Jadi perlukah mengaitkan merdeka itu dengan sesebuah parti atau tokoh tertentu?
Sudah tentu jawabannya TIDAK!
Mereka perjuang tanpa kepartian, mereka berjuang tanpa pangkat, mereka berjuang tanpa wang.. Dan mereka berjuang bukan kerana nama.. Tapi kerana Agama, Bangsa, dan Tanah Air.
Kita tidak harus melupakan nama-nama mereka, jasa mereka demi Tanah Air diganti dengan nyawa.
Mengibarkan bendera bukan bermaksud mengangkat sesebuah parti yang dipilih, TAPI kerana perjuangan datuk nenek moyang kita yang bermati-matian ingin mempertahankan tanah air kita.
Hargailah tokoh-tokoh kita.

Jom kita sama-sama semarakan hari kemerdekaan kita.. Angkat bendera dan kibarkannya.
Tapi jangan lupa untuk doakan datuk nenek moyang kita yang telah pergi demi perjuangkan tanah air ini..
Semoga Allah merahmati mereka dan ditempatkan di syurga..
Harimau mati meninggalkan belang, Manusia mati meninggalkan nama. Nama mereka sentiasa terpahat dalam sejarah walaupun ratusan tahun.

Kalau dahulu British terpaksa, belajar dan bercakap menggunakan Bahasa Melayu, tapi sekarang kita terpaksa belajar dan bercakap dalam bahasa mereka..sampai tak tahu bahasa sendiri. Alangkah hebatnya Bangsa Melayu dahulu.

(Kalau ada kesalahan, Tolong tegur.. Bukan Hina Bukan Kecam. Melayu penuh dengan kesopanan.)

Terima Kasih..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *