Assalammualaikum, Salah Sejahtera.
Dalam dunia ini ada dua golongan manusia..
Pertama, golongan yang bernasib baik,
Kedua, golongan yang tidak bernasib baik..
Adakah memang wujud golongan ini atau sekadar perasaan kita saja..
Ramai yang rasa hidupnya tidak bernasib baik(saya juga merasakan sama)..
Tapi pernah tidak kita terfikir ada yang lebih malang dari kita?
Tuhan tidak akan biarkan hambanya siksa, lihatlah bagaimana tuhan membahagi-bahagikan nikmatnya kepada kita..
Ramai yang cakap “hidup susah, nak makan pun tak ada duit”
Tapi usia kita terus berjalan sehingga ke hari ini..
Dan kita sudah pun lupa perkataan “susah” dari hidup kita sehingga lupa hendak bersyukur.
Nikmat Tuhan
Ada yang miskin, tapi kehidupannya masih berjalan hingga sekarang..
Ada yang kaya, sentiasa memikirkan kehidupannya akan datang..
Ada yang miskin, tidurnya nyenyak dan lena..
Ada yang kaya, tidurnya 2-3jam saja..
Ada yang miskin, kaya dengan harta..
Ada yang kaya, kaya dengan hutang..
Ada yang miskin, selalu hidupnya bersama keluarga..
Ada yang kaya, hidupnya tidak punya masa.
Kerana Tuhan maha adil..
Walaupun yang kaya mempunyai harta..
Walaupun yang kaya mempunyai kuasa..
Walaupun yang kaya mempunyai segalanya..
Tapi si miskin masih hidup hingga sekarang.
Kerana Tuhan maha pengasih..
Bila tuhan nak bagi nikmatnya pada seseorang,
Tidak ada tangan yang dapat menahan atau menghalang.
Kerana Tuhan maha kuasa..
Kaya tidak semua buruk,
Miskin tidak semua cantik..
Yang kaya bersyukurlah dengan memberi amalan sedekah,
Yang miskin bersyukurlah dengan nikmat yang diberi..
Bersyukurlah…
Kerana Tuhan maha memberi..
Yang kaya ingatlah yang miskin,
Yang miskin janganlah menghina..
Supaya hidup kita sentiasa disayangi..
Kerana Tuhan maha penyayang..
Takutlah pada Tuhanmu,
Janganlah sesekali menipu..
Kasihanilah sesama kita..
Memberilah dengan niat yang baik..
Jangan berlaku tidak adil..
Sayanglah dengan tanpa bersebab..
Kerana Tuhan maha mengetahui.
Sekian.