Wanz Ramli Blog

Terus Mencari Persamaan

Bicara Santai

Assalammualaikum, Salam Sejahtera.

Awal Muharam, Satu Muharam, Maal Hijrah

– Awal muharam –

~ Satu Muharam detik permulaan,
Perkiraan tahun Islam hijrah..
Perpindahan Nabi dan umat Islam,
Dari kota Mekah ke kota Madinah. ~


Awal Muharam ini bukan sekadar menyanyi,
yang mana tidak memahami satu pun..
Awal Muharam bukan sekadar doa akhir tahun dan awal tahun dimasjid, kemudian tahun depan datang lagi..
Awal Muharam bukan sekadar berarak, tunjuk sepanduk,
balik rumah tukar baju..
Awal Muharam juga bukan sekadar laungankan Islam,
“Hidup Islam! Hidup Islam!” sambil hisap rokok Amerika..
Islam bukan alat solek,
siang pakai malam tanggal..
Islam perlu ada dalam hati supaya kesesatan tidak mampu mengambil alih hati kita.

Awal Muharam perlu didalami dengan penuh pengertian.. Ia menceritakan tentang penghijrah Nabi SAW..  Selain itu, ia menceritakan tentang tahun baharu, azam baharu.. Apa azam kita selepas tahun baharu yang mana Allah telah beri kita umur sekali lagi untuk “menyambut” tahun baharu dan supaya kita menjadi lebih baik dari sebelum.. Kita sendiri kena berusaha dan berazam untuk berubah..

“…..Sesungguhnya Allah tidak mengubah apa yang ada pada sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri……”

(Surah Ar-ra’d,13:11)

Setiap orang ada cerita disebalik penghijrahan, luaskan makna hijrah.. Seseorang yang bukan Islam masuk Islam, itulah penghijrahan hebat.. Seseorang yang dahulu jahat hari ini dialah selalu mengalirkan airmatanya setiap kali berdoa.. Seseorang yang semalamnya dia mencuri, hari ini dia suka menderma.. Seseorang yang dahulunya ahli maksiat dan hari ini dia sentiasa “menghukum” dirinya dan menangis setiap malam.. Orang yang dahulunya pendosa, hari ini dialah yang sentiasa ingatkan kita akan dosa-dosa.. Allahu.. Tapi kita masih disini tidak mahu kedepan tidak mahu berganjak, tidak mahu ke kiri mahupun ke kanan.. Dan ada juga yang menunjuk hebat, menghina orang yang buat dosa..

Jangan sesekali kita menghina seseorang yang melalukan dosa.. Ya, memang dia pendosa, jangan lupa kita juga pendosa..bezanya dosanya kelihatan dan dosa kita tidak kelihatan.. Kalau dosa kita kelihatan, nescaya orang akan hina kita seperti mana kita hina orang itu.. Jagalah aib orang, semoga Allah jaga aib kita.

Dari Uqbah bin Amir r.a. Katanya: saya berkata: Ya Rasulullah, apakah jalan selamat?
Jawab Nabi s.a.w. : TAHANLAH LIDAHMU DAN TETAPLAH DALAM RUMAHMU, DAN TANGISLAH DOSAMU.

(HR At-Tirmizi)

Kita tidak tahu sejauh mana mereka akan berubah, mungkin dia berubah jadi baik.. Kita yang menghina orang ini berubah jadi jahat.. Nauzubillah(Semoga Allah melindungi kita). Apatah lagi orang yang suka melaknat orang lain.. Nabi juga melarang perbuatan melaknat orang..

“Seorang lelaki bernama ‘Abdullah, digelar ‘himar’ (kaldai). Dia pernah menyebabkan Rasulullah s.a.w ketawa. Juga pernah Nabi s.a.w. menyebatnya (menjatuhkan hukuman) disebabkan kesalahan meminum arak. Pada suatu hari dia ditangkap lagi (disebabkan kesalahan meminum arak), maka baginda pun menghukum lalu dia disebat. Seorang lelaki berkata: “Ya Allah! Laknatilah dia, alangkah kerap dia ditangkap”. Lantas Nabi s.a.w pun bersabda: “Jangan kamu semua melaknatinya! Demi Allah apa yang aku tahu dia mencintai Allah dan RasulNya.”

(HR Bukhari)

Pengerti hijrah tidak ada penghujung atau penamat.. Seseorang tidak baik menjadi seorang yang baik, seseorang yang baik ke arah yang lebih baik, seseorang yang lebih baik ke arah yang sangat baik.. Tidak tahulah kalau ada seseorang yang mengatakan dia sudah baik atau sempurna.. Kalau ada ianya sangat luar biasa.. Tidak ada yang sempurna dalam hidup kita.. Teruskan berazam, kita semua insan.. Mesti ada azam yang kita sendiri tidak mampu buat.. Kadang-kala azam tahun ini adalah azam tahun lepas, yang mana azam tahun lepas adalah azam dua tahun lepas, yang mana azam dua tahun lepas adalah azam tiga tahun lepas.. Itulah manusia, Awak Saya, Kau Aku, Kalian Kami, Kita adalah manusia.. Tapi nak berubah atau berhijrah tidaklah semestikan kena tunggu sambutan Maal Hijrah atau Satu Muharam.. hijrahlah sentiasa sebab Allah Maha Pengampun Lagi Maha Penyanyang lagi Maha Mengasihani.. Bukan apa, kita tidak tahu lama mana kita hidup.. Tidak seorang pun yang berani dan yakin kata “Esok aku masih hidup!”.

Katakanlah (wahai Muhammad): “Wahai hamba-hambaKu yang telah melampaui batas terhadap diri mereka sendiri (dengan perbuatan-perbuatan maksiat), janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah, kerana sesungguhnya Allah mengampunkan segala dosa; sesungguhnya Dia lah jua Yang Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.

(Surah Az-Zumar, 39:53)

Dan sesungguhnya Aku yang amat memberi ampun kepada orang-orang yang bertaubat serta beriman dan beramal soleh, kemudian ia tetap teguh menurut petunjuk yang diberikan kepadanya.

(Surah Taha, 20:82)

Allah akan permudahkan urusan kita, InsyaAllah.

“…Dan (ingatlah), sesiapa yang bertaqwa kepada Allah, nescaya Allah memudahkan baginya segala urusannya.”

(Surah At-Talaq 65:4)

Semoga Allah lindungi kita, Semoga Allah rahmati kita, Semoga Allah beri kita kekuatan untuk berubah menjadi lebih baik..Wallahua’lam

Salam Maal Hijrah, Salam Awal Muharam..
Selamat Menyambut Tahun Baharu Islam 1440.

Sekian.

Tagged:

LEAVE A RESPONSE

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Related Posts