Wanz Ramli Blog

Terus Mencari Persamaan

AgamaBicara Santai

Assalammualaikum, Salam Sejahtera..
Tajuk : Sunnah Memberi Khabar Gembira..
Menyampaikan suatu khabar yang membuat orang lain gembira adalah sunnah Nabi Muhammad SAW.. Kita digalakan menyampaikan khabar gembira kepada orang lain.. Banyak ayat Al-Quran dan sunnah Nabi yang menyuruh kita sampaikan khabar gembira kepada seseorang..
(Kepada non-muslim terima kasih sudi baca..kerana sunnah menyampaikan berita/khabar gembira bukanlah terhad kepada muslim sahaja.. Islam Untuk Semua)
Banyak ayat Al-Quran dan Hadis yang menceritakan tentang sunnahnya memberi khabar gembira kepada orang.. Sampaikanlah berita/khabar gembira kepada orang yang kita sayang, lebih lagi kepada Ibu Bapa kita.. Sesiapa yang mempunyai pasangan, isteri yang beritahu suami tentang kehamilan juga satu sunnah.. Suami yang sentiasa melafazkan cinta pada isteri juga sunnah yang menggembirakan.. Anak yang sampaikan keputusan peperiksaan cemerlang juga satu khabar gembira.. Contoh-contoh yang saya berikan hanyalah sebahagian kecil saja.. Banyak lagi perkara yang boleh menggembirakan orang lain.. Mudahnya sunnah Nabi Muhammad SAW.. Amalkanlah.

Firman Allah :
“Maka berikanlah khabar gembira kepada hamba-hamba-Ku yang suka mendengarkan ucapan, lalu mengikuti mana yang sebaik-baiknya.”(Surah Az-Zumar:17-18)

Tuhan mereka memberikan kegembiraan kepada mereka-iaitu orang-orang yang beriman dan berjihad dengan memperoleh kerahmatan, keredhaan dan syurga daripada-Nya, di dalam syurga itu mereka mendapat kenikmatan yang abadi.”(Surah At-Taubah:21)

“Dan terimalah berita gembira bahawa kamu akan beroleh syurga yang telah dijanjikan kepada kamu.”(Surah Fushilat:30)

“Lalu Kami berikan kepadanya berita yang menggembirakan, Bahawa ia akan peroleh seorang anak yang penyabar.”(Surah As-Shaffat:101)

“Dan sesungguhnya telah datang malaikat utusan-utusan Kami kepada Nabi Ibrahim, Dengan membawa berita yang menggembirakan.”(Surah Hud:69)

“Lalu ia diseru oleh malaikat sedang ia berdiri sembahyang di Mihrab,(Katanya): Bahwasanya Allah memberi khabar yang menggembirakanmu, Dengan(mengurniakanmu seorang anak lelaki)Yahya.”(Surah Ali-Imran:39)

“(Ingatlah) ketika malaikat berkata: Wahai Maryam! Bahawasanya Allah memberikan khabar yang menggembirakanmu dengan(mengurniakan seorang anak yang Engkau akan kandungkan semata-mata dengan)kalimah daripada Allah, nama anak itu: Al Masih.”(Surah Ali-Imran:45)

Hadis :
Dari Abu Ibrahim, dikatakan pula bahawa namanya ialah Abu Muhammad dan ada yang mengatakan Abu Mu’awiyah iaitu Abdullah bin Aufa r.a. bahawasanya Rasulullah SAW telah menyampaikan khabar baik kepada Khadijah, bahawa untuknya suatu rumah di syurga daripada mutiara, tidak ada rebut dan tidak ada kesukaran.(HR Bukhari, Muslim)

Amalkan sunnah ini.. Insya-Allah kita senantiasa bahagia.. Kepada muslim, sampaikan khabar gembira kepada non-muslim.. Yang non-muslim juga boleh sampaikan berita yang sama.. Barulah hidup kita harmoni.. Jangan setiap masa nak bermusuh..kita manusia, buat salah itu biasa..tak pernah buat salah itu luar biasa.

SEMOGA ALLAH RAHMATI KITA dan BERI PETUNJUK HIDAYAH kepada SEMUA.

SEKIAN..
Tagged:

LEAVE A RESPONSE

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Related Posts