Wanz Ramli Blog

Terus Mencari Persamaan

Assalammualaikum, Salam sejahtera.

Kedai aksesori telefon.

Jika bertanya dan berkata mengenai kedai aksesori telefon, pasti ramai yang bertanya mengenai harga yang berpatutan dan sangat murah, kadang-kala tidak peduli kualiti pun, haha. Tapi itulah umumnya masyarakat kita, yang pastinya murah. Yelah, jika cover phone RM 8.00 – RM 15.00, siapa yang tidak mahu bukan? Tempered glass RM5.00-RM10.00, murah bukan? Bukannya kualiti yang kita ambil kira, yang penting cantik dan murah, itu perkara penting dan kita pun pakai tidak lama, esok-esok jumpa yang lagi cantik, tukar lain pula. Kali ini saya hendak kongsikan satu kedai aksesori telefon yang agak murah juga, yang mana mungkin orang tidak perasan pun kedai ini.

Selain daripada Kedai Ustaz dan Gadget World 666, terdapat satu lagi kedai aksesori baru dibuka(bukanlah baru sangat), yang terletak di Banggunan Menara MARA. Sepanjang saya ke sana pergi Kedai Ustaz, saya memang tidak pernah perasan kedai ini, menurut kata pekerja disitu pun, ramai yang juga tidak perasan kerana kedudukannya yang agak kebelakang. Kebetulan jugalah perasan kedai ini, (sebab mencari cover phone yang cantik-cantikkan, terpaksalah mencari satu dua kedai). Nama kedai aksesori ini ialah SALAM. Saya rasa kedai ini juga salah satu pesaing kedai-kedai aksesori yang ada sebenarnya, saya pernah membaca aduan yang dikatakan kedai ‘sekian’(tak boleh sebut nama), layanannya agak kurang sopan, kasar dan sebagainya. Betullah, sebagai pelanggan walaupun kedai anda murah, layanan juga perlulah diambil kira. Kebiasaan sayalah, jika kedai itu murah dan tidak beradab, dan ada kedai sedikit mahal dan layanannya lebih baik dan bagus, saya lebih selesa beli dikedai yang mahal sedikit.

(Gambar dari Facebook Kedai SALAM Aksesori Telefon)

 

(Gambar dari Facebook Kedai SALAM Aksesori Telefon)

 

(Gambar dari Facebook Kedai SALAM Aksesori Telefon)

 

 (Gambar dari Facebook Kedai SALAM Aksesori Telefon)
 
 
Alhamdulillah layanan kedai Salam ini baik, sopan(mungkin kebetulan kot?). Harga pun berpatutan dan murah, jadi tidak salahlah jika ingin mencuba ke kedai tersebut. Cumanya, saya seorang yang tidak gemar bila membeli belah, orang kedai duduk sebelah, haha. Rasa macam kekok pula, tapi nak buat macam mana, sebagai pekerja kedai, itu tugas dia(manalah tahukan, kalau-kalau ada pelanggan yang tangan panjang pula, barangan banyak yang kecil-kecil, muat masuk poket. Nanti pekerja kena marah pula, mungkin juga dibuang kerja). Kalau tidak buat macam itu, dikatakan pekerja kedai tidak layan, jika pekerja kedai duduk sebelah rasanya macam kekok, sukar untuk buat pilihan. Mungkin pekerja kedai perlu sedikit memahami pelanggan, yang mana sebagai pelanggan baharu, kita bukannya hendak beli sangat, tapi lebih kepada lihat-lihat, dan survey harga. Rasanya jika pekerja tanya “nak apa ye cik?”, bila pelanggan jawab “nak tengok-tengok dulu, hihihi”. Jika pelanggan tersengih-sengih bila jawab itu sebagai pekerja perlulah memahami yang mana pelanggan tersebut tengah buat surveyhargalah tu. Kadang-kadang tidak tahu hendak beli apa pun, apa yang hendak dicari pun tidak tahu, saja nak buat lawatan satu kedai, lepas itu keluar, “terima kasih ye bang/kak”, haha. Pekerja pun nampak pelik je, itulah gunanya cara berinteraksi antara pekerja dan pelanggan, memahamilah, pelanggan akan ‘tawaf’ satu kedai anda, kejap lorong ini, kejap lorong itu, untuk memastikan kedai anda murah dari yang lain, InsyaAllah, tiada niat hendak mencuri pun.
 
Walau bagaimanapun, kedai ini boleh menjadi pesaing yang hebat! Ruangan kedai juga selesa. Sebagai pelanggan, lebih banyak kedai, lebih menguntungkan kerana pesaingan harga sangat memainkan peranan.
 
Namun, seperti yang diberitahu, kedainya agak kedalam, jika kita melalui tangga bergerak ke Kedai Ustaz kemudian jalan depan sedikit pandang kiri, kita akan lihat kedai Salam tersebut. Sebab biasanya lepas ke kedai ustaz, saya akan berjalan terus turun ke bawah, jadi mungkin sebab itulah saya tidak perasan, (maafkan saya kedai Salam). Kalau tahu awal, mungkinlah saya banyak berbelanja disana.
 
Akhir kata, teruskan maju!
 
 
Kedai Salam
L-002/L-003/L-004 Level 3 Bangunan Busana Menara Mara Kuala Lumpur
50100 Kuala Lumpur, Malaysia
Facebook : SALAM Aksesori Telefon
 
(Kemaskini) 
Salam Tuan Kedai Salam
Dah Pindah Beroperasi Di
Mydin Mall usj1 Subang grains Floor
Re Brand Nama untuk Dalam Mall Sahaja Nama
Lz Gadget (Salam Aksesori).
Dan Cawangan Repairing o the spot SALAM HUB Di Komplek PKNS Shah ALAM
 
Kedai Ustaz
Tingkat 3, Bangunan Menara MARA,
Jalan Raja Laut
Kuala Lumpur, Malaysia
 
No 25, Jalan Teknologi 3/6E Kota Damansara,
47810 Petaling Jaya, Malaysia
 
Kedai Gadget World 666
No 7 & 9 Persiaran Sains Selangor 1, Jalan Teknologi 3/6,
Kota Damansara,
47810 Petaling Jaya, Selangor
 
 
Buat masa ini, kedai yang terbesar ialah Kedai Ustaz, itu yang saya tahulah, cawangannya sangatlah banyak. Kalau ada kedai-kedai yang lain dan menarik, boleh kongsikan dan senaraikan(nama dan alamat sekali) di ruangan komen, saya sangat alu-alukan. Boleh juga beri pendapat anda mengenai kedai-kedai yang bagus, terbaik dan murah, supaya sebagai pelanggan, kita boleh buat banyak pilihan. Dan tolong bezakan pendapat dan kritikan dengan kecaman. Kalau kita rasa kedai itu tidak memenuhi kriteria kita atau berkelakuan tidak sopan atau tidak beradab, macam layan tak layan sahaja, kita boleh ke kedai lain yang lebih baik. Menjatuhkan seseorang ini bukanlah nilai yang baik, tapi bagi saya kalau seseorang itu atau kedai itu memang bermasalah, tidak perlu sampaikan pun orang sudah tahu. Biarkan perkara itu datangnya secara semula jadi, tapi kalau kedai itu buat jenayah, cerita lain ya, mungkin ada pekerja yang gatal-gatal, suka sentuh-sentuh, atau mencabul, boleh terus buat aduan polis!(harapnya tak adalah). Atau barang terlalu mahal sehingga tidak masuk akal, atau ada penipuan harga, tanda harga tunjuk lain, sampai kaunter harga lain. Ini pun boleh laporkan kepada pihak berkuasa. Jadilah pelanggan dan pembeli yang bertanggungjawab dan bijak membeli.
 
Salam keamanan, salam perkenalan.
 
 
Sekian.
Tagged:

2 COMMENTS

  1. Salam Tuan Kedai Salam
    Dah Pindah Beroperasi Di
    Mydin Mall usj1 Subang grains Floor
    Re Brand Nama untuk Dalam Mall Sahaja Nama
    Lz Gadget (Salam Aksesori)

    Dan Cawangan Repairing o the spot SALAM HUB Di Komplek PKNS Shah ALAM

Leave a Reply to Wanz Ramli Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Related Posts