Kedai Mesin Pengadun (Stand mixer)

 
(*Perhatian : Iklan ini tidak berbayar, hanya sekadar pandangan kepuas hatian seorang pelanggang. Harap maklum.)
 
 
 
Assalammualaikum, Salam Sejahtera.
 

 

Baru- baru ini saya membeli mesin pengadun(stand mixer)disebuah kedai disekitar Petaling Jaya. Hari ini saya ingin kongsikan sebuah kedai yang menjual barangan mesin pengadun (stand mixer).
Sebenarnya sudah lama saya mengidamkan mesin pengadun ini, saya suka buat roti(tapi tidaklah pandai) susah nak cari kedai dikawasan saya yang betul-betul jual mesin pengadun, lagi-lagi kalau jenama tidak dikenali, kalau ada pun “kalau awak nak, nanti saya orderkan”. Saya agak tidak suka perkara seperti ini, sebagai pembeli, kebiasaannya kita akan melihat sesuatu barang yang kita nak beli itu depan mata, lihat, pegang dan cuba, walaupun sudah berkali-kali lihat dalam gambar, dalam internet, tetap kepuasan diri itu tidak ada. Jadi, saya terus mencari kedai yang saya boleh lihat mesin pengadun dan model-model yang ada didepan mata sendiri. Kemudian saya terjumpa seseorang yang kongsi dalam laman media sosial, sebuah kedai, yang mana kedai itu meletakkan dan memaparkan mesin-mesin pelbagai jenama dan model di raknya. Saya tidak tahu jika ada kedai yang begini, namun kedai ini membawa saya ke sana.
 
 
 

 

 
Nama kedai tersebut adalah SHOPYTHON, Petaling Jaya. Bila saya sampai ke kedai shopyton, bila lihat dari luar, “Aduh, salah kedai ke ni?”. Kedai ini bukanlah kedai yang biasa kita lihat, tapi lebih kepada stor menyimpan barang. Mungkin keutamaannya pada penjualan secara dalam talian, sebab itulah kedainya hanya menyimpan stok. Saya tekan loceng, kemudian saya tanya jenama dan model mesin pengadun yang saya nak, nasib baiklah ada, dalam masa yang sama nasib tak baik sebab kehabisan stok, yang ada cumalah stok yang dipaparkan. Aduh. Kebiasaannya orang tidak membeli barangan yang dipaparkan, walaupun ditawar harga sedikit murah. Saya pun dijemput masuk untuk melihat mesin yang ada jual dikedainya. Penjual itu tunjukkan saya mesin yang saya nak, dari segi kualiti, kelajuan, bunyi ketika mesin dijalankan, apa barang yang diberi. Disebabkan tiada stok, penjual tersebut akan pesan kepada HQ untuk hantar ke kedainya secepat yang mungkin.
 
 

(Sebenarnya banyak lagi jenama dan model, ini sebahagian sahaja)

 

 
Apa yang saya nak diperkatakan bukan sekadar jual beli, tapi layanan penjual ini sangat baik. Soalan yang dilontarkan semua dijawap dengan baik dan lemah lembut(tapi jangan marah saya jika anda datang, dia dalam keadaan marah. Manusia sukar diramal). Cakap sahaja nak lihat mesin jenama itu dan ini, model itu dan ini, penjual tidak akan menghampakan anda, dia akan ambil mesin jenama atau model kita nak diraknya. Disebabkan saya terpaksa balik dengan kecewa kerana kehabisan stok, dan dijanjikan 3 hari(waktu bekerja) untuk stok baharu sampai (“lama betul….”), jadi saya terpaksa menunggulah. Lepas 3 hari yang dijanjikan, saya bertanya padanya, adakah stok baharu sudah sampai, katanya mungkin petang ini atau paling lewat ke-esokan pagi. Kemudian saya ambil pendekatan “esoklah tu sampai”, tak nak beriya-iya sangat, nanti takut kecewa, haha. Petang penjual itu mesej, minta maaf kerana stok tak sampai. Seperti yang dijangkakan. Dipendekkan cerita, ke-esokannya dia mesej cakap stok sudah sampai, dan boleh ambil. Saya pun bergegas ke kedai untuk mengambil, dia pun terangkanlah apa yang patut semua, dan mencuba mesin tersebut. Setelah beli dan balik ke rumah, saya buka dan lihat adakah barang semua cukup dan sebagainya. Kemudian malam, penjual itu mesej dan mengatakan terima kasih sebab beli, dan harap saya suka mesin tersebut, jika ada apa-apa boleh beritahu kami. Saya pun baiklah, terima kasih bla bla bla..
 
 
 
 
Kedai ini bukanlah jual mesin pengadun sahaja, tapi lebih kepada barangan elektrik dan masakkan, seperti periuk nasi, pengisar, ketuhar dan lain-lain. Saya rasa patut untuk kongsikan kedai ini kepada orang lain disekitarnya, bukan apa, lagi banyak kedai kita pergi, lagi banyak jenama dan model mesin yang kita tahu. Sebab banyak jenama yang ada di Malaysia ini, kita hanya ketahui atau mempercayai satu dua jenama, sedangkan banyak jenama yang bekualiti dan berpatutan, tambahan lebih murah. Boleh tanya mana elok, dan mana yang kurang bagus. Bagi saya ini bukanlah sesuatu pelaburan yang murah, kadang-kala harga yang kita nak laburkan itu ribuan ringgit. Jika tidak ribuan pun ratusan, bagi yang jutawan mungkin nampak biasa, beli RM200+, sebulan rosak, beli baharu. Namun, bagi kita yang biasa-biasa ini, RM200 suatu jumlah yang tinggi. Rosak sebulan, menyesal. Perlunya kita buat sedikit kaji selidik apa jua barang yang hendak dibeli supaya tidak menyesal dikemudian hari. Pergilah dua tiga kedai yang kita rasa puas hati dan berbaloi dengan harganya. Yang paling penting, bila barang kita beli bermasalah atau rosak, mudah untuk kita ke kedai dan berhubung dengan pekedai. Bukan saya cakap pembelian dalam talian tidak bagus, cuma jika apa-apa berlaku, sukar untuk kita berhubung dan pulangkan untuk dibaiki. Lagi-lagi kalau mesin yang kita beli itu tidak mempunyai kilang dikawasan kita dan perlu dihantar ke negeri lain.

 

Saya harap perkongsian saya kali ini ada sedikit manfaat kepada pembaca. Kedai yang saya kongsi ini adalah sebahagian sahaja, bukanlah ini yang terbaik dan bagus. Mungkin banyak lagi yang lebih baik. Jika ada kedai-kedai yang baik dan bagus, boleh senaraikan, berikan nama kedai dan alamat, pendapat, pandangan, atau kritikan pada ruangan komen dibawah. Saya sentiasa mengalu-alukan pembaca blog saya memberikan pendapat, kritikan, pandangan dan tolong bezakan pendapat, kritikan dan pandangan dengan kecaman. Sudah sampai masanya budaya kecaman ini dibuang jauh-jauh, dan digantikan dengan kritikan, pandangan dan pendapat, kerana itu lebih sifat membangunkan sesuatu bangsa dan pemikiran supaya lebih maju kehadapan, bukankah itu jauh lebih baik daripada kecaman yang menjatuhkan sesuatu bangsa?
 
Selamat dan semoga kita dirahmati setiap hari.

 

Boleh Tekan Disini

SHOPYTHON ENTERPRISE
D5-6-G, Block D5, Dana 1 Commercial Centre,
Jalan PJU 1A/46,
47301 Petaling Jaya, Selangor.
03-7496 7559
018-785 6033
shopython@gmail.com
Shopee : Shopython

Sekian.

2 thoughts on “Kedai Mesin Pengadun (Stand mixer)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *