Hidroponik : Jom Buat Sendiri-(DIY) Bekas Hidroponik
Assalammualaikum, Salam sejahtera.

(Nak lihat tanaman atau cara semai? Boleh ke Youtube : JOM! Bercucuk Tanam! Jika anda suka bolehlah LIKE Video dan SUBSCRIBE Channel ini. Sama-sama kita bantu channel anak tempatan kita. Terima kasih ^.^)
Diantara cara mengurangkan kos hidroponik adalah melakukan sendiri atau Do It Yourself(DIY). Apa sahaja yang kita lakukan sendiri, pasti menyeronokkan dan dapat mengurangkan pembelanjaan.
Tidaklah susah sebenarnya nak buat bekas hidroponik ini, kalau kita beli bekas hidroponik di kedai-kedai yang menjual peralatan hidroponik, harga bekas hidroponik boleh mencecah RM50! Sedangkan kalau kita buat sendiri, pembelanjaan yang kita keluarkan berganda lebih murah. Mungkin bawah RM10. Tetapi seseorang mengambil jalan untuk membeli kerana ianya lebih senang, tidak perlu untuk membuat, tidak perlu ke kedai itu ini mencari barang. Tidak semua orang mempunyai masa untuk melakukan bukan? Raikan semua golongan. Sesiapa yang nak buat sendiri, boleh buat. Sesiapa yang nak beli, jangan cakap mereka malas dan sebagainya.
InsyaAllah saya akan kongsikan cara-cara buat bekas hidroponik sendiri. InsyaAllah, mudah sahaja.
Jom Buat Sendiri!
Cara-cara buat bekas hidroponik :
Apa yang anda perlukan adalah
- Bekas. Tidak kira apa jenis bekas, besar atau kecil, besen. Boleh juga guna botol minuman atau botol kuih.
- Polistren. Boleh beli dekat kedai alatan tulis.
- Pasu kecil atau cawan minuman.
- Dawai untuk proses buat lubang.
- Kain flanel
Pertama, sediakan bekas dan dawai. Bekas itu saya beli kat eco-shop saja, haha. Murah dan mudah nak cari. Dawai itu pula, dawai buat bunga. Bulatkan dawai mengikut saiz pasu kita.
Bekas Dawai
Kemudian, panaskan dawai dan buat lubang mengikut saiz pasu yang kita nak letak.
Lubang Kecil Lubang Besar
Kemudian, sediakan pasu atau cawan minuman.
Cawan Minuman Pasu Hidroponik
Buat lubang pada cawan minuman dan letakkan sumbu kain yang boleh menyerap air. Supaya kain dapat menyerap air nutrien.
Selepas semua siap, boleh masukkan pasu kecil atau boleh menggunakan cawan minuman. Cawan minuman ini kita boleh guna yang mana-mana kita suka. Jangan lupa, kalau guna cawan minuman, kena buat lubang bawah dia ya, supaya akar boleh keluar dan terus ke dalam bekas hidroponik kita nanti. Kita sudah boleh menyemai tanaman yang kita nak. Kalau anda nak buat guna botol pun sama juga caranya. Cuma nak tebuk lubang dipenutup botol itu susah sikit. Saya guna mesin untuk tebuk. Guna pisau pun boleh. Tetapi hati-hati ya. Takut tertangan pula.
Botol Kuih
Mudah bukan? InsyaAllah, semua boleh buat. Nak lagi murah dan mudah?

Mudah? Senang? Murah? Ya!
Nak lagi senang? Menggunakan botol minuman inilah cara yang paling senang, tidak ada cara lain dah, haha. Dengan cara ini, kita dapat kitar semula botol-botol terpakai ini. Tapi jangan lupa ya, kalau menggunakan botol, perlu dibalut dengan aluminium foil, atau apa-apa yang boleh dibalut, supaya cahaya matahari tidak masuk ke akar dan botol akan jadi berlumut. Atau cat sahaja warna hitam.
Pokok Stawberry
Alhamdulillah, ini pokok strawberry yang saya semai dari biji benih. Hanya menggunakan botol terpakai sahaja, siapa kata barangan terpakai tidak berguna? Lain kali jangan buang botol ya, haha. Kalau lihat betul-betul dalam gambar tu, ada lumut sebab saya tidak balut atau cat botol, tetapi seminggu sekali saya akan basuh botol tu. Kena rajinkan diri. Saya sertakan gambar ini untuk memberi anda sedikit semangat dan memberitahu, hanya menggunakan botol sahaja pun kita boleh bercucuk tanam, walaupun sebenarnya terkeluar dari tajuk ni, haha. Saya juga ada tanam pokok bendi dalam botol kuih sahaja. InsyaAllah, saya akan kongsikan tanaman saya yang lain kelak.

Biasanya saya akan menyemai dalam span dahulu. Setelah biji benih bercambah saya akan tunggu dalam seminggu atau sehingga daun yang lain tumbuh, kemudian baru saya letak dalam bekas hidroponik. Maaf, bekas ini baru sahaja di bersihkan sebab ada yang sudah di tuai dan ada yang tidak menjadi. Biasalah, cuba dan gagal perkara biasa, yang penting kegagalan kita akan menjadi sebuah buku ilmu buat kita. Setiap kali nak buat sesuatu, kita akan belek buku kegagalan kita dan menjadikan sesuatu kejayaan kelak.
Maafkan saya jika ada kekurangan dari penulisan saya. Jika ada pendapat, pandangan, boleh tulis diruangan komen. Kalau nak lihat tanaman hidroponik saya yang lain, boleh lihat disini Hidroponik : Percubaan Pertama Kali.
Kalau tidak ada masa atau nak beli Set Hidroponik, boleh beli disini Set Hidroponik Jamal Al-Has Hygrow KL
Jika ada sesiapa yang nak tengok cara semai benih, boleh ke Youtube : Cara Semai Benih Sawi Menggunakan Span atau boleh ke Youtube : JOM! Bercucuk Tanam!. Mudah-mudahan ada manfaat untuk sesiapa yang baru nak bercucuk tanam.
Selamat Mencuba! Jom Buat Sendiri!
Sekian.
1 COMMENTS