Wanz Ramli Blog

Terus Mencari Persamaan

Ikan HiasanKedai

Kedai Ikan Hiasan Jalan Pasar, Pudu Sep 2019

Assalammualaikum, Salam sejahtera.

Saya nak kongsi mengenai kedai Ikan Hiasan Jalan Pasar, Pudu. Lama juga tak pergi. Masihkah meriah lagi kedai-kedai yang berada di sana? Jawapannya YA! Masih meriah. Apa yang menariknya disana adalah, Jalan Pasar ini seakan-akan hab bagi sesiapa yang menyukai atau hobi membela Ikan Hiasan ini. Dengan harga yang berpatutan dan sangat murah, aksesori yang banyak pilihan, makanan ikan yang pelbagai jenis, dan paling utamanya adalah terdapat banyak jenis ikan hiasan yang dijual. Daripada harga semurah-murah sen, hinggalah kepada harga yang ribuan. Banyak juga pilihan kedai yang ada disekitar Jalan Pasar ini, ada yang mahal, ada yang murah, ada yang cantik-cantik. Apa yang penting, perlunya mencari kedai yang terbaik, bukan sahaja dari segi harga, malah kualiti barang, aksesori dan juga kualiti ikan itu sendiri. Kenapa kualiti ikan? Sebenarnya ada juga peniaga yang jual ikan hampir ‘nyawa-nyawa ikan’. Perhatikan betul-betul ikan yang kita nak beli tu, jangan main bedal atau main beli sahaja. Balik nanti, letak dalam akurium, terus terkulai. Sesiapa yang berada di sekitar kawasan Kuala Lumpur, ini adalah di antara tempat yang terbaik untuk membelanjakan duit anda membeli ikan hiasan. Bila saya menulis ‘di antara’ maksudnya bukanlah satu-satu tempat yang paling terbaik ya. Mungkin ada lagi yang lebih terbaik dari Jalan Pasar, Pudu ini. Jika ada tempat yang lebih baik dan menarik, boleh komen, saya juga ingin mengetahui tempat-tempat yang menarik lagi. Luar dari kawasan pun tak apa. Luar dari Kuala Lumpur pun tak mengapa, nak kongsi kedai ikan hiasan menarik yang berada di Sabah dan Sarawak pun, tak menjadi masalah. Mudah-mudahan sesiapa peminat yang nak cari ikan hiasan boleh buat rujukkan kelak.

Kalau boleh bila ke Jalan Pasar nanti bawa duit lebih sikit, haha. Bukan apa, asalnya kita pergi nak beli 1-2 ikan sahaja, sampai sana, macam-macam nak beli. Asalnya nak beli ikan ikan kecil dan murah-murah, tengok kat kedai, ambil ikan lampan, jelawat, bandaraya. Haha. Itu semua kebiasanya berlaku, jadi, jangan terkejut beruk sangat. Manalah tahu anda nak bela ikan Kelisa(Arowana) ke, haha.

Kedai Ikan Hiasan ini terletakkan di Jalan Pasar Baharu, Pudu. Berhampiran dengan Pos Malaysia atau boleh cari Market Mall. Boleh tengok peta ni.

Biasanya Ikan Hiasan Jalan Pasar, Pudu ni dibuka seawal 8.30pagi hingga 5.00 petang. Cuma jangan pergi terlalu awal, sebab peniaga masih baru buka kedai dan jangan pergi lewat sangat, nanti terkejar-kejar nak beli, kecuali memang kita dah tahu nak beli apa. Contoh nak beli makanan ikan saja, boleh la pergi lewat.

Sesiapa yang bawa motor, boleh parkir di Market Mall, dulu ada SpeedMart kat situ, sekrang dah tutup. Atau boleh saja letak motor tepi-tepi kedai, kadang ada kedai tutup, boleh letak motor kat situ. Tapi, jangan letak motor sesuka hati, situ laluan agak sibuk, nanti orang marah. Kalau naik kereta pula, boleh letak kereta dekat tempat letak kereta berbayar(RM5). Atau boleh cari tempat letak kereta DBKL. Tolong jangan letak kenderaan anda di bahu jalan, kalau kena saman, melayang duit anda. Disebabkan RM5 anda jimat, saman RM50 anda melayang.

Saya kongsikan sedikit gambar.

Macam mana? Terpukau tak?hehe. Sebenarnya ini adalah sebahagian kecil saja. Banyak lagi ikan hiasan yang cantik-cantik lagi dan yang paling penting adalah MURAH!
Kalau jalan tu, pandang-pandanglah semua kedai. Adakalanya kita tak perasan kedai-kedai yang ada dekat kawasan Jalan Pasar ni. Sebagai contoh 2 kedai ni.

Kedai Alive Aquarium & Pets ni ramai orang tak perasan. Kedai ni terletak diseberang jalan. Kedai WC Aqurium & Pet pula terletak di depan Market Mall, tempat letak motor. Ini kedai baharu dibuka. Ada juga gerai yang dibuka tepi jalan. Kalau tidak salah saya, sabtu ahad akan ada peniaga buka gerai-gerai payung buka tepi jalan. Kalau hari biasa, ada satu je gerai yang dibuka, boleh pergi tengok, dia jual ikan sungai, macam Ikan Jelawat, Lampan, Kelah, jenis yang besar-besar. Harga pun besarlah, haha. Ada juga Ikan Kelisa(Arowana), tapi harganya, sangatlah mahal. Tengok jenis jugalah, kalau yang biasa contoh silver, bawah RM50 pun ada.

Saya harap ada manfaat bagi sesiapa yang nak cari Ikan Hiasan ni. InsyaAllah, saya akan kongsi lagi kelak.

Ikan Hiasan : Permulaan Yang Patut Dibeli Sebelum Bela Ikan Hiasan

Sekian.

Tagged:

1 COMMENTS

LEAVE A RESPONSE

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Related Posts