Wanz Ramli Blog

Terus Mencari Persamaan

Bicara Santai

Makanan ‘Wet Food’ Kucing Ada Kandungan ‘Pork Product’?


Assalammulaikum, Salam Sejahtera.

Dahulu tersebar mengenai makanan kucing yang mempunyai ‘Pork Product’ atau dalam Bahasa Melayunya mengandungi babi atau Bahasa lembutnya khinzir. Betul ke ada khinzir dalam makanan kucing ini?

Kisahnya ketika kucing saya sakit, saya bawa ke Klinik Veterinar. Setelah diperiksa Dr memberitahu saya kucing saya mengalami batu karang, (dalam hati saya terdetik, setahu saya batu karang susah untuk diubati, atau dalam kata lain boleh membawa maut). Tapi Dr terangkan apa yang perlu dibuat, dan harganya(WOW), menakutkan, haha. Siap masuk wad lagi. Tapi demi kucing kesayangan yang cuma ada se-ekor sahaja, terpaksalah.

Baiklah, dipendekkan cerita pembukaan ini, saya terus kepada penulisan utamanya. Betul ke ada khinzir dalam makanan basah kucing? Sebenarnya YA! Disebabkan kucing saya memerlukan makanan khas dan makanan biskut habis, Nurse di Klinik Vet mensyorkan saya memberi makanan basah yang mana mereka pun menggunakan makanan ini sewaktu kucing saya dalam wad. Balik rumah saya pun bagilah kucing saya makan. Bila makanan basah itu hampir habis dan kebetulan saya pun perlu beli makanan kucing Urinary S/O, saya pun ke kedai yang jual makanan ini. Makanan ini susah nak cari, hanya kedai tertentu sahaja. Lepas saya ambil makanan biskut Urinary S/O, terdetik hati saya(mungkin Tuhan nak memberi sesuatu) saya pun ambil yang jenis basah, sebab kucing saya memerlukan air untuk dia kencing. Saya pun ambillah dalam 3 paket makanan basah, ketika nak bayar di kaunter, ada seorang Berbangsa India yang jaga kaunter, beritahu “makanan ini ada pork product, boleh ke?”. Terpinga-pinga saya. Saya tanya “yang lain pun ada ke? Yang jenis biskut ni pun ada juga ke?”. Dia jawab “semua jenis makanan basah mengandungi pork product, kecuali makanan basah A/D”. Saya pun teringat makanan yang diberi oleh nurse tadi. Sampai sahaja saya di rumah, saya tengok, memang ada tulis ‘Pork Product’, awal-awal lagi dia tulis. Bagi saya syarikat tidak ada niat sembunyikan ‘Pork’, kerana pada awal labelnya sudah ditulis ‘Pork Product’. Ya Allah, betapa cuainya saya dalam memilih makanan kucing. Saya berterima kasih kepada orang yang beritahu saya, walaupun dia berbangsa India, tapi dia sangat ambil perhatian mengenai sensitiviti seorang beragama Islam, malangnya Klinik Vet yang disyorkan saya makanan basah itu seorang berbangsa Melayu, malangnya lagi dia tidak memberitahu kandungan makanan itu mengandungi khinzir atau ‘Pork Product’.

Perlukah saya meletakkan kesalahan kebahu beliau? Tidak, kerana bukankah kita juga perlu disalahkan kerana kecuaian kita memilih sesuatu perkara? Atau juga mungkin makanan itu diperlukan untuk kucing saya kerana makanan itu mempunyai ubat untuk kebaikan kucing saya, nak atau tidak, terpaksa diberi, jika tidak batu karang yang sudah dibuang(masih mempunyai sisa) akan datang semula, dan mudarat pada kucing saya lebih besar. Mungkin Nurse dan Dr itu mempunyai sebabnya yang tersendiri. Hanya Allah sahaja yang mengetahuinya.

Kebanyakkan jenama-jenama makanan(makanan basah) yang hebat diluar sana, memang mengandungi khinzir didalamnya. Buat masa ini saya hanya mempunyai kesempatan meneliti dua jenama gergasi yang sentiasa berlegar-legar di sekeliling kita yang mana saya melihat ramai juga yang membeli produk ini. Saya perlu juga tegaskan disini, bukanlah niat mereka untuk menyembunyikan sesuatu kerana pada awal label sudah tertulis ‘Pork’, ini kerana keprihatinan mereka memberitahu kepada pengguna produk yang mana produk ini mengandungi khizir. Cuma kita sahaja yang tidak prihatin dalam sesuatu perkara. Saya harap tidak kira sama ada yang disebut produk A dan B, kemudian produk C kita tidak ambil pusing. Apa yang penting adalah produk A hingga Z, kita perlu melihat label.

Saya perlu sampaikan tanggungjawab saya kepada semua yang menjaga dan mengambil berat mengenai kucing dan makanan kucing, tidak kira sama ada Islam mahupun yang bukan Islam. Apa yang penting dalam penulisan saya bukanlah hanya mengenai ‘Pork’ itu sendiri tetapi secara umumnya adalah kita perlu membaca label setiap barang yang kita nak beli. Tidak kiranya makanan manusia, atau makanan haiwan. Saya harap mesej dan pesanana saya ini akan dikongsi oleh semua orang. Baca label sebelum beli. Walaupun penulisan saya agak ringkas, ambillah mesej atau pesanan ini secara meluas. Ini melibatkan halal haram. Tidak dinafikan ada yang memberi pandangan boleh beri kucing makan mengandungi khinzir sebab kucing tidak terikat dengan hukum hakam, persoalannya bukanlah kucing itu makan apa, tetapi soalan pokoknya tangan kita yang pegang ini. Saya tidak mahu menulis panjang lebar dalam bab hukum hakam, kerana bukanlah bidang saya. Saya disini untuk menyampaikan perkara atau isu makanan basah kucing memang ada ‘Pork Product’ walaupun bukan semua ya, jangan pukul rata. Seperti yang sudah saya tekankan sebelum ini, baca label sebelum beli. Jangan cuai ketika membeli makanan.

Semoga Allah ampuni dosa kita semua.

Sekian.

Tagged:

10 COMMENTS

  1. ISU ISTIHALAH KHINZIR (PERUBAHAN SIFAT BAHAN YANG BERASAL DARI KHINZIR)

    Soalan: Bolehkah Dr MAZA tolong rumuskan isu istihalah bahan-bahan yang asalnya haram terutama khinzir. Harap berikan panduan umum kami rakyat awam?

    Jawapan Dr MAZA:

    Ya, seperti yang kita ketahui pandangan Majlis Fatwa Eropah (European Council for Fatwas and Research), European Fiqh Council, dan Persidangan Fekah Perubatan di Morocco 1997 dan lain-lain tidak mengharamkan istihalah khinzir yang terdapat dalam bahan perubatan, makanan dan gunaan yang lain, sementara Majma’ al-Fiqh al-Islamiy berpusat di Jedah pada keputusan tahun 1986 dan sebahagian pembesar ulama Arab Saudi pula mengharamkan gelatin khinzir yang terdapat dalam bahan perubatan dan makanan. Mungkin kita tertanya apakah pendirian yang wajar kita ambil?

    Saya ingin rumuskan seperti berikut;

    1. Pada asasnya, istihalah yang telah menukar sesuatu bahan najis kepada bahan yang lain seperti bangkai kepada abu, mayat menjadi tanah, arak kepada cuka, baja najis kepada pokok yang subur dan seumpamanya diiktiraf dalam Fekah Islam sejak dahulu. Cumanya, ada mazhab yang menyempitkan asas istihalah ini seperti Syafi’yyah dan Hanabilah (Hanbali). Ada pula yang meluaskannya seperti Hanafiyyah dan Zahiriyyah juga Malikiyyah. Tokoh-tokoh muhaqqiqin (penganalisis) seperti al-Imam Abu Bakr Ibn al-‘Arabi, Ibn Taimiyyah, Ibn Qayyim, al-Syaukani, Sadiq Hasan Khan dan lain-lain menyokong dan meneguhkan hujah bahawa proses istihalah boleh menukar najis kepada bahan yang bersih.

    2. Antara dalil yang disebut oleh para fuqaha dalam hal istihalah ialah hadis Nabi s.a.w:
    نعم الإدامُ الخلُّ
    “Sebaik-baik hidangan cuka” (Riwayat Muslim).

    Cuka berasal dari arak yang berubah secara istihalah. Ada pun hadis-hadis yang melarang menjadi arak itu cuka ditakwilkan sebagai larangan di peringkat awal pengharaman arak yang bertujuan menghapuskan habis-habisan termasuk memecahkan bekas-bekas arak. Padahal bekas-bekas masih boleh digunakan jika dibersihkan. Namun, itu pendekatan di peringkat awal pengharaman.

    Demikian juga Nabi s.a.w menyebut kasturi: أطيبُ الطِّيبِ “Sebaik-baik wangian” (Riwayat Muslim) sedangkan kasturi berasal dari darah kijang yang bertukar menjadi wangian. Bangkai dan darah diharamkan dalam al-Quran. Namun, kasturi yang berasal dari darah dibenarkan kerana bertukar sifat.

    Di sana terdapat lagi dalil-dalil yang lain dari naqli (nas) dan aqli (lojik) yang dipakai dalam masalah ini.

    3. Disebabkan umat Islam tidak menjadi pengeluar, kita asyik menjadi pengguna, maka bahan berasal khinzir tersebar begitu luas dalam pelbagai aspek kehidupan manusia; makanan, perubatan, bahan kecantikan dan lain-lain. Kehidupan manusia, termasuk umat Islam terpaksa berkait dengan bahan-bahan yang berasal dari sumber bahan yang haram. Fatwa dalam hal ini sudah pasti diperlukan

    4. Maka, fatwa tentang hal ini dikeluarkan oleh ulama termasuk yang membabit isu istihalah. Majlis Fatwa Eropah (European Council for Fatwas and Research) yang mengizinkan bahan yang berasal haram tapi telah berubah melalui proses, begitu juga alcohol yang sedikit yang terdapat dalam makanan tertentu yang tiada kesan (istihlak). Berikut teks kesimpulan fatwa :

    Fatwa (34)
    Q) The ingredients of some foods contain items which are denoted by the letter “E” and a string of numbers. We were told that this denotes items manufactured from Lard or Pork bone and marrow. If this is true, what is the Shari’a ruling on such foods?

    A) The items which carry the letter “E” and a string of numbers are additives. Additives are more than 350 compounds, and could be either preservatives, colouring, flavourings, sweeteners, etc. These are divided into four groups according to their origin:
    First: compounds of artificial chemical origin.
    Second: compounds of vegetal origin
    Third: compounds of animal origin
    Fourth: compounds dissolved in Alcohol

    The ruling on all these compounds is that they do not affect the status of these foods being Halal, due to the following:
    The first and second groups are Halal because they originate from a permissible origin and no harm comes from using these items.
    The third group is also Halal, because the animal origin does not remain the same during the process of manufacturing. In fact it is transformed radically from its original form to a new clean and pure form through a process called “chemical transformation”. This transformation also affects the legal ruling on such ingredients.
    Therefore, if the original form was unclean or Haram, the chemical transformation changed it to another ingredient which requires a new ruling. For instance, if alcohol changed and was transformed to vinegar, then it does not remain Haram, but carries a new ruling according to the nature of the new product, which is Halal.
    As for the fourth group, these items are usually colourings and are normally used in extremely small quantities which dissolves in the final product form, which deems it an excused matter.
    Therefore, any foods or drinks that contain any of these ingredients remains Halal and permissible for the Muslim’s consumption. We must also remember that our religion is a religion of ease and that we have been forbidden from making matters inconvenient and hard. Moreover, searching and investigating into such matters is not what Allah (swt) or His Messenger (ppbuh) ordered us to do.

    (terjemahannya) :

    Fatwa (34) – Soalan: Bahan-bahan daripada sebahagian makanan mengandungi item yang ditandai huruf “E’ dan nombor. Kami diberitahu item tersebut dihasilkan daripada lemak dan tulang babi.

    Jika perkara ini betul, apakah hukum syariah terhadap makanan sedemikian?

    A) Item bertanda huruf “E” dan rentetan nombor adalah bahan tambahan (additives) . Bahan tambahan ini mempunyai lebih 350 sebatian dan ia boleh jadi sebagai pengawet, pewarna, perasa dan pemanis.

    Bahan tambahan ini dibahagikan kepada empat kumpulan berdasarkan sumbernya:

    Pertama: Sebatian asal kimia tiruan
    Kedua: Sebatian asal tanaman.
    Ketiga: Sebatian asal haiwan
    Keempat: Sebatian larutan dalam alkohol

    Hukum pada semua sebatian ini adalah ia tidak menjejaskan status halal yang asal bagi makanan kerana perkara berikut:

    Kumpulan pertama dan kedua adalah halal kerana ia berasal daripada bahan yang dibenarkan dan tidak membahayakan daripada menggunakan item tersebut.

    Kumpulan ketiga juga halal, kerana keadaan asal haiwan tidak lagi kekal sama semasa proses pembuatan. Malah ia berubah secara radikal daripada bentuk asalnya kepada satu bentuk baru bersih dan tulen melalui proses yang dipanggil transformasi kimia. Transformasi ini juga memberi kesan hukum mengenai bahan tersebut.

    Oleh itu, jikapun bentuk asal adalah najis atau haram, transformasi kimia telah merubahnya kepada satu lagi ramuan yang memerlukan ketetapan hukum baru. Contohnya, jika alkohol berubah dan telah bertukar kepada cuka, maka ia tidak kekal haram, tetapi membawa hukum baru mengikut sifat bahan hasilan yang baru tersebut, iaitu halal.

    Bagi kumpulan keempat, item ini biasanya pewarna dan digunakan dalam kuantiti yang sangat sedikit, yang larut dalam bentuk produk akhir, yang dikira sebagai satu perkara dimaafkan.

    Oleh itu, apa-apa makanan atau minuman yang mengandungi mana-mana bahan ini masih halal dan dibenarkan untuk kegunaan orang Islam. Kita juga perlu ingat bahawa agama kita adalah agama mudah dan kita telah dilarang daripada membuat perkara yang menyusahkan.

    Lebih-lebih lagi, mencari dan menyiasat perkara itu bukanlah apa yang Allah S.W.T atau RasulNya memerintahkan kita untuk lakukan.

    Anggota Majlis Fatwa Eropah terdiri dari mereka yang berikut;

    1. Professor Yusuf Al-Qaradawi, President of ECFR (Egypt, Qatar)
    2. Judge Sheikh Faisal Maulawi, Vice-President (Lebanon)
    3. Sheikh Hussein Mohammed Halawa, General Secretary (Ireland)
    4. Sheikh Dr. Ahmad Jaballah (France)
    5. Sheikh Dr. Ahmed Ali Al-Imam (Sudan)
    6. Sheikh Mufti Ismail Kashoulfi (UK)
    7. Ustadh Ahmed Kadhem Al-Rawi (UK)
    8. Sheikh Ounis Qurqah (France)
    9. Sheikh Rashid Al-Ghanouchi (UK)
    10. Sheikh Dr. Abdullah Ibn Bayya (Saudi Arabia)
    11. Sheikh Abdul Raheem Al-Taweel (Spain)
    12. Judge Sheikh Abdullah Ibn Ali Salem (Mauritania)
    13. Sheikh Abdullah Ibn Yusuf Al-Judai, (UK)
    14. Sheikh Abdul Majeed Al-Najjar
    15. Sheikh Abdullah ibn Sulayman Al-Manee’ (Saudi Arabia)
    16. Sheikh Dr. Abdul Sattar Abu Ghudda (Saudi Arabia)
    17. Sheikh Dr. Ajeel Al-Nashmi (Kuwait)
    18. Sheikh Al-Arabi Al-Bichri (France)
    19. Sheikh Dr. Issam Al-Bashir (Sudan)
    20. Sheikh Ali Qaradaghi (Qatar)
    21. Sheikh Dr. Suhaib Hasan Ahmed (UK)
    22. Sheikh Tahir Mahdi (France)
    23. Sheikh Mahboub-ul-Rahman (Norway)
    24. Sheikh Muhammed Taqi Othmani (Pakistan)
    25. Sheikh Muhammed Siddique (Germany)
    26. Sheikh Muhammed Ali Saleh Al-Mansour (UAE)
    27. Sheikh Dr. Muhammed Al-Hawari (Germany)
    28. Sheikh Mahumoud Mujahed (Belguim)
    29. Sheikh Dr. Mustafa Ciric (Bosnia)
    30. Sheikh Nihad Abdul Quddous Ciftci (Germany)
    31. Sheikh Dr. Naser Ibn Abdullah Al-Mayman (Saudi Arabia)
    32. Sheikh Yusf Ibram (Switzerland)

    5. Walaupun para ulama bersetuju pada asasnya proses istihalah itu, mereka kadang-kala berkhilaf pendapat tentang apakah sesuatu proses tertentu itu benar-benar merubah sifat bahan-bahan najis itu ataupun tidak. Ada bahan yang diyakini telah berubah, ada yang diandaikan tidak. Dalam soal gelatin babi umpamanya, sarjana fekah masakini berfatwa berdasarkan kepada taklimat saintis kepada mereka. Kadang-kala berlaku khilaf. Majlis Fatwa Eropah (European Council for Fatwas and Research) tadi yang terdiri dari tokoh-tokoh Islam dari Arab dan ulama Islam yang menetap di Eropah, begitu juga European Fiqh Council dan beberapa orang tokoh ilmuwan Islam antarabangsa, mereka berpendapat telah berlaku istihalah yang sempurna. Sementara sebahagian ilmuwan pula menganggap proses istihalah bagi gelatin itu tidak sempurna. Maka, jadilah isu gelatin di sudut itu perkara yang syubhah.

    6. Sesiapa yang mengelakkan sesuatu yang syubhat -sekalipun tidak sampai ke peringkat haram- merupakan perkara yang baik untuk diri dan agamanya. Namun, dia tidak boleh berkeras mengharamkan untuk umat Islam yang lain yang mempunyai pandangan yang berbeza. Dalam soal makan-minum, perubatan, pakaian, perhiasan, kebudayaan setiap pihak mesti mengakui keluasan fekah Islam dan mengiktiraf khilaf fekah yang berasaskan hujah. Tidak boleh hina-menghina dan bermusuhan dalam persoalan amalan peribadi yang seperti ini selagi semua pihak beramal atas dalil yang diyakininya.

    7. Selagi, umat Islam mempunyai sumber yang pasti halal, mereka sepatutnya mengelakkan sumber yang syubhah. Di Malaysia umpamanya, gelatin halal wujud dan boleh didapati, maka memulaukan yang syubhat dapat menggalakkan industry halal.

    8. Umat Islam hendaklah berusaha menjadi pengeluar, bukan sekadar pengguna. Kelemahan industri umat Islam adalah punca berluasan bahan yang syubhat dan juga mungkin haram.

    Assalamua’laikum.saya kongsikan maklumat ini.Saya juga ada kucing perlu extra care, makanan khas sbb ada masalah kesihatan.Saya sedia maklum ada pork dalam makanan kucing.saya cari info yg berkaitan dan jumpa fatwa ini.Harap bermanfaat.Boleh juga baca apa yg Ustaz Azhar Idrus komen berkenaan pork dalam makanan kucing.saya yakin Islam agama mudah dan agama Rahmat.saya juga pada mulanya risau.tapi bila saya baca fatwa rasa lega.Semoga Allah permudahkan urusan kita menjaga kucing sebaiknya

    • Waalaikummusalam, terima kasih atas maklumat ini ya, saya hargai. Betul, kebanyakan makanan khas(basah) bila kucing sakit ini ada kandungan khinzir didalamnya.. Cumanya seperti yang saya tulis diatas, jika kucing kita tak makan makanan tu, mudarat dia lebih besar. Macam kucing saya batu karang, memang ada makanan khasnya.

      Mungkin ada orang tidak faham akan cakap “Bagi je makan apa-apa, sama je”. Sebenarnya tidak boleh, kucing juga kehidupan bernyawa sama macam manusia. Jika kucing yang batu karang makan makanan lain, ianya akan lebih mudaratkan dia lagi. Dia punya sakit nak buang air, kita boleh lihat depan mata. Rasa macam nak menangis tengok dia buang air, teran-teran, tapi tak keluar, kemudian kencingnya tercicir-cicir, menitik.
      Tetapi, akhirnya kucing saya meninggal juga, sebab pundi kencingnya sudah teruk, dan pecah. Hanya orang yang bela kucing, dan anggap kucing itu sebahagian dari adik beradik kita sahaja faham perasaan ini. Satu keluarga kami menangis. Huhu.

      Apa-apa pun, kita perlu menguruskan makanan itu dengan betul, mungkin pakai sarung tangan atau bila nak beri makanan, lapik surat khabar atau plastik, senang kita buangnya nanti.

      Semoga kucing puan sihat-sihat kelak.

      • Asslmmualaikum saya nak tanya kucing saya pun kena batu karang dan kena makan makanan yang mengandungi khinzir (Royal Canin). Persoalan saya jika saya terpegang makanan kucing tersebut adakah saya perlu samak?

        • Waalaikummusalam, Terima kasih kerana sudi singgah ke blog saya ^^

          Batu karang ini penyakit yang susah nak diubati sebenarnya, kucing saya pun mati disebabkan batu karang. Sudah buat operation pun, masih tidak mengurangkan apa-apa. Tolong jangan bagi makanan seperti ikan dan sebagainya ya. Mudah-mudahan kucing puan sihat sentiasa.

          Yang pertama, untuk menjawab perlu samak atau tidak, maaf, saya tidak dapat menjawab, sebab ini soal hukum hakam agama.
          Cumanya apa yang saya baca dan tonton/dengar ceramah, bilamana ianya sudah dicampur segala macam sehingga tidak kelihatan sifat daging khinzir tersebut, ianya bukan najis. Puan boleh tengok link saya bagi dikomen atas.
          Cuba puan baca berbezaan pandangan mazhab dalam hal najis khinzir ini, mungkin puan akan jumpa keringanan ketika ada keperluan yang mendesak. Nyawa kucing pun tetap nyawa.

          Kedua, ada makanan Royal Canin yang biskut tu, yang tu tiada unsur khinzir, kalau kucing lalu makan makanan tu, puan boleh cuba dahulu. Saya dulu pernah cuba, tapi kucing saya makan sikit, lama-lama tak nak makan dah yang biskut tu.

          Tapi kalau keadaan terpaksa, saya nasihatkan puan guna sarung tangan ketika menguruskan makanan dan alas dengan surat khabar. Selebihnya, kita cuba yang terbaik sahaja.

          Saya harap, saya menjawab komen puan. Terima kasih ^^

  2. Assalamualaikum. Saya nak tanya, kalau lepas bagi makanan yg ada pork, air liur atau berak kencing kucing tu kita cebokkan, kena pakai sarung tangan jugak ke? Kucing saya ada diarrhoea teruk, so Dr mmg suruh makan makanan khas untuk usus dia

    • Waalaikummusalam, Terima kasih kerana sudi singgah diblog saya ^^

      Yang pertama, saya minta maaf, saya bukan orang yang boleh menjawab pertanyaan Puan, sebab ini melibatkan bab hukum hakam agama. Cuma, saya boleh bagi pautan untuk Puan dengar ya.

      Hukum Makanan Kucing Ada Lemak Babi/Khinzir :
      https://ms-my.facebook.com/tazkirahdankuliah/videos/makanan-kucing-ada-lemak-babiapa-hukum-nya/1683968358578053/

      Hukum Makanan Kucing Ada Khinzir :
      https://www.youtube.com/watch?v=kP7E9DYbUV8

      Hukum Sentuh Khinzir :
      https://www.youtube.com/watch?v=QT3vP8olJzo

      Pinggan Ada Najis Khinzir :
      https://www.youtube.com/watch?v=RyVRobUPfBw

      Setelah saya membuat sedikit pencarian dan menonton, ini sahaja yang saya dapat. Cuma suka untuk saya ingatkan untuk diri saya. Ya, memang Islam itu mudah, cuma jangan dipermudah-mudahkan.

      Tetapi saya faham situasi Puan alami, sebab saya juga terpaksa memberi makanan khas medical yang mengandungi pork. Jika tidak, mudarat kucing itu akan menjadi lebih teruk. Cuma, nasihat saya sentiasa berhati-hati dalam kendalikan makanan yang mengandungi pork.

      Jika tiada keperluan untuk beri makanan yang mengandungi khinzir, jangan beri. Selepas sahaja kucing saya mati, semua makanan kucing yang mengandungi pork, saya terus buang. Itu antara usaha yang boleh saya lakukan. Huhu.

      Semoga Allah rahmati dan ampuni dosa-dosa kita semua. ^^

  3. tulis panjang2 cerita punyalah bodoh..babi tu haram utk manusia makan. kucing mana ada hukum halal haram ni. tu pun tak reti fikir. acah betul.

    • Assalammualaikum, terima kasih kerana sudi baca dan komen ^^

      Jika tuan membaca artikel saya, saya ada menulis “Tidak dinafikan ada yang memberi pandangan boleh beri kucing makan mengandungi khinzir sebab kucing tidak terikat dengan hukum hakam, persoalannya bukanlah kucing itu makan apa, tetapi soalan pokoknya TANGAN KITA YANG PEGANG”.

      Kekuatiran saya ialah kita yang memegang makanan yang mengandungi unsur khinzir. Saya sendiri mengetahui haiwan tidak terikat dengan hukum halal haram “SEBAB KUCING TIDAK TERIKAT DENGAN HUKUM HAKAM”. Kucing saya pun gigit tikus, lipas, bangkai. Semua itu haram untuk manusia makan.

      Cumanya disini, jika kucing saya gigit tikus bawa masuk dalam rumah saya, saya boleh ambil dan buang, kemudian basuh dan mop. Tetapi berbeza jika kucing saya makan makanan yang ada unsur khinzir, kemungkinan akan bersepah merata-rata. Dan membasuh najis khinzir tidak sama dengan membasuh bangkai tikus.

      Saya juga ada tulis “MUDARAT PADA KUCING SAYA LEBIH BESAR”, jika saya tidak berikan makanan tersebut. Tapi, jika kucing tidak sakit, untuk apa kita beli makanan yang ada unsur khinzir? Bukankah menyusahkan kita nanti? Sebab adakalanya orang tidak mahu beri makanan kucing yang ada unsur khinzir, tetapi mereka tidak perasan pada label. Saya cuma memberitahu kepada pembela kucing supaya berhati-hati memilih makanan kucing supaya tidak ada perasaan was-was yang menyebabkan kita rasa tidak selesa adanya najis khinzir di tempat kucing kita, mungkin ditempat kita solat atau dalam bilik kita. Adakah itu salah?

      Saya hanya menulis tentang makanan basah kucing atau ‘wet food’ yang ada unsur khinzir(tidak semua), adapun makanan kering atau biskut, apa yang saya diberitahu, tiada unsur khinzir didalamnya. Untuk apa kita memilih makanan kucing yang ada unsur khinzir jika tiada keperluan, sedangkan kita mempunyai banyak pilihan makanan kucing yang tiada unsur khinzir dipasaran. Seperti yang saya beritahu tadi, persoalannya bukanlah kucing itu nak makan apa, tetapi soal pokoknya kita yang nak kendali makanan itu.

      Saya harap tuan boleh membaca komen-komen yang lain, yang saya ada membalasnya supaya lebih terang dan jelas tentang pendirian saya.

      Saya berterima kasih pada tuan kerana komen, saya anggap tuan alim, pandai dalam ilmu agama, kerana itu tuan mampu memberi komen begini. Cumanya, kadang-kala kita belajar ilmu hukum halal haram terlalu tinggi, sehingga lupa satu hukum,

      Firman Allah SWT,
      “Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah sesuatu puak (dari kaum lelaki) mencemuh dan merendah-rendahkan puak lelaki yang lain, (kerana) harus puak yang dicemuhkan itu lebih baik daripada mereka; dan janganlah pula sesuatu puak dari kaum perempuan mencemuh dan merendah-rendahkan puak perempuan yang lain, (kerana) harus puak yang dicemuhkan itu lebih baik daripada mereka; dan janganlah setengah kamu menyatakan keaiban setengahnya yang lain; dan janganlah pula kamu panggil-memanggil antara satu dengan yang lain dengan gelaran yang buruk. (Larangan-larangan yang tersebut menyebabkan orang yang melakukannya menjadi fasik, maka) amatlah buruknya sebutan nama fasik (kepada seseorang) sesudah ia beriman. Dan (ingatlah), sesiapa yang tidak bertaubat (daripada perbuatan fasiknya) maka merekalah orang-orang yang zalim.”
      Surah al-Hujurat[49]: 11

      Sabda Nabi SAW,
      “Orang yang beriman itu bukanlah sifatnya memaki hamun, melaknat, berkata kotor dan juga bahasa yang keji.”
      HR Tirmizi

      Terima kasih atas komen tuan ^^. Semoga Allah rahmati dan ampuni dosa kita semua. ^^

  4. Hi, sya nk tnya macam mana cara penyimpanan makanan tu ye sekiranya ada pork by product sbb kucing sya pun dapat canned food yg ada pork liver sbb ada kidney problem…

    • Terima kasih sudi baca blog saya ^^
      Saya simpati atas kucing Puan. Orang yang bela kucing sahaja tahu perasaan ini.
      Sebenarnya susah nak kendali makanan kucing yang ada pork ini. Kena tanya arif.

      Tapi pengalaman saya, saya memang pastikan makanan tersebut dibalut betul-betul. Kemudian masuk dalam beberapa plastik supaya makanan tersebut tidak keluar dari plastik makanan. Jangan lupa pakai sarung tangan ya ^^
      Adapun kalau makanan itu tidak buka lagi, tidak menjadi masalah.

      Saya sangat-sangat syor kan Puan beli yang paket kecil-kecil itu. Kira buka, kucing terus makan habis. Kalau dalam tin ini, susah nak simpan, sebab mesti ada berlebihan.
      Puan beli paket kecil tu sekotak terus. Sekali buka, habis, terus buang. Itu pengalaman saya, harap sangat membantu.

      Tapi kalau Puan nak beli dalam tin juga (sebab biasanya lebih murah), mungkin Puan boleh beli bekas polistren yang kecil (sekadar muat), masuk ais dalam itu dan makanan berlebihan sekali, tutup, bekas itu Puan boleh letak tempat lain. Itu cara paling selamat berbanding letak dalam peti sejuk. Mungkin bagi setengah orang leceh, tapi itu jalan selamat dan buat kita senang hati sikit.
      Tapi kalau ada rezeki lebih, boleh beli peti sejuk yang kecil tu, boleh dijadikan untuk penyimpan makanan kucing. Beli yang murah-murah saja.

      Harap sangat membantu Puan ^^

Leave a Reply to Wanz Ramli Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Related Posts