Japanese Morning Glory


Assalammualaikum, salam sejahtera..

Kali ini saya nak kongsi satu tanaman yang saya tidak pernah terfikir untuk menanamnya dan tidak pernah terfikir ianya menjadi. Apakah tanaman tersebut?

Tanaman pokok bunga. Ya, pokok bunga yang selama ini saya tanaman boleh dikatakan semua tidak menjadi, dan kali ini, Alhamdulillah, menampakkan hasilnya. Siapa yang tidak suka melihat bunga bukan? Pelik atau hairan kalau seseorang itu tidak mahu melihat bunga langsung, hatta lelaki sekalipun pasti akan terdetik hati mereka “Cantik juga bunga ni..” Minat dan suka lihat dua perkara yang berbeza ya. Suka lihat tidak semestinya minat.

Saya akan kongsikan pengalaman, cara tanam dan hasil kepada semua nanti. Dan saya akan kongsikan betapa saya fikir berkali-kali untuk membeli 3 biji benih dengan harga RM5.00 yang berkemungkinan tidak menjadi itu ada.

Japanese Morning Glory
Untuk Pembelian

Pada asalnya memang tidak mahu membeli pun, tapi dalam hati kecil berkata-kata, “kau tak mahu kedepan ke? asyik tanam pokok senang je, penakut nak cuba”. Disebab berlegar-legar perkataan itu, maka saya beli jugalah, lagipun nampak macam lawa saja. Dengan menggigilnya saya buat pembayaran, haha. Harga bukan hanya biji benih ya, tambahan dengan Pos Laju nya sekali.

Dua hari lepas itu, biji benih yang saya anggap mahal bagi saya la, orang lain tak tahu la, selamat sampai. Saya pun buka bekas biji benih, tengok dalam dia letak dalam semacam tiup, tidak tahu kenapa. Mungkin sebab nak jaga kualiti, sesiapa yang tahu sebabnya, boleh komen di ruangan komen.

Tengok biji benih tu ada 3 biji semuanya.

Seperti biasa, sesiapa yang sudah biasa dengan biji benih atau semai biji benih akan menggunakan peatmoss sebagai media tanaman. Bagi yang pemula, boleh cari beli dekat sini.

30/9/2019

Mudah saja sebenarnya nak semai biji benih ini, semai biji benih bukanlah satu persoalan yang besar, cuma apa yang patut kita takut adalah biji benih yang kita semai bercambah atau tidak. Kerana itulah pemilihan media tanaman untuk cambah biji benih perlu teliti betul-betul. Gunakanlah peatmoss.

Baiklah, semai pun sudah, apa yang perlu kita buat seterusnya? Tunggu dan berdoa sahajalah, haha. Tapi mesti jaga airnya, jangan sampai peatmoss kering pula. Jangan letak tempat bawah matahari, ada juga yang tutup atas pasu itu dengan plastik hitam dan banyak lagi cara. Macam saya, tutup atas pasu itu sampai biji benih bercambah, kemudian buka. Tapi jangan biar saja, pastikan peatmoss dalam keadaan ada air. Rajin-rajin buka penutup dan lihat keadaan peatmoss.

4/10/2019

Alhamdulillah, setelah lebih kurang 5 hari, biji benih pun bercambah. Dalam hati ada rasa gembira dan seronok, biji benih mahal ini sudah bercambah. Tapi malangnya, daripada 3 biji benih yang ditanam hanya 2 sahaja yang bercambah. Tapi kira baiklah, daripada tidak tumbuh langsung. Lagi menangis. Kemudian penjagaan mula diperketatkan, air perlu dijaga, letak ditempat yang mana matahari pagi sahaja, kalau tengahari kena, saya akan alih pasu ke tempat yang redup sedikit. Pokok bunga ini apa yang saya tahu, ianya agak cerewet sedikit(kalau salah tolong betulkan saya), mungkin untuk yang baru mencuba, memang sukar, berbeza sebaliknya, bagi orang yang sudah biasa dengan pokok bunga, mudah sahaja bagi mereka. Kata orang, campak-campak, jadi.

Akhirnya, penantian demi penantian, ingin melihat hasil yang kita tanam dan nak tahu juga cantik sangat ke pokok bunga yang kita tanam ini. Dan hasilnya seperti ini.

Japanese Morning Glory

Jujur saya cakap, buat masa ini saya tidak pernah tanam pokok secantik ini(memanglah sebab tak pernah tanam pokok bunga, haha). Tapi memang pokok bunga ini cantik, warnanya yang menyerlah, warna ungunya yang kuat, memang berbaloilah saya tanam pokok bunga ini, dan berbaloi dengan harganya. Cuba lihat gambar dari jauh pula.

Cantik bukan? Saya harap pokok ini mampu bertahan lama, dan bunganya lebih banyak lagi. Bagi saya, bunga-bunga ini akan menjadi terapi mata, minda dan hati kita sebenarnya. Bila kita lihat bunga-bunga yang kita sendiri tanam dari biji benih dan mengeluarkan hasil, dan hasilnya ‘wow’, maka itulah kepuasan kita. Lagi-lagi pokok bunga yang kita tanam hasilnya bunganya banyak dan lawa-lawa. Itu hanyalah pendapat dan pandangan saya sahaja. Siapa setuju angkat tangan, haha.

Sekian.

Be the first to reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *