Assalammualaikum, Salam Sejahtera.
Saya nak kongsi Klinik Haiwan atau Veterinar yang pernah saya cuba perkhidmatannya. Disebabkan kucing saya sakit(batu karang), jadi, saya cubalah perkhidmatan di klinik ini pula, sebelum ini saya ada bawa kucing saya ke klinik lain.

Klinik Haiwan ini agak berpatutan jugalah harganya, nama Klinik Haiwan ini adalah Kitty’s Cottage yang terletak di Desa Pandan. Sesiapa yang berada disekitar kawasan Desa Pandan dan masih mencari-cari mana nak hantar si bulus anda, boleh mencuba perkhidmatan Klinik Haiwan ini. Mereka juga ada Facebook, nama Facebook mereka Kitty’s Cottage Klinik Haiwan & Surgeri Desa Pandan KL. Klinik ini buka setiap hari, kecuali hari Jumaat. Rasanya cuti umum pun kadang mereka buka. Boleh ke facebook mereka untuk maklumat lanjut.
Mereka juga menyediakan perkhidmatan vaksin dan pemandulan kucing, sekarang ini mereka tengah buat promosi kempen pemandulan kucing untuk akhir tahun. Sesiapa yang nak mandulkan kucing boleh tanya pihak Kitty’s Cottage.
Saya suka hiasan kliniknya, walaupun ruangnya sedikit kecil dan, tetapi hiasannya cantik dan selesa. Ada beberapa ekor kucing yang dilepaskan.
Sesiapa yang ingin mencubanya, saya bagi alamat dan berkaitan klinik ini dibawah.
Kitty’s Cottage KL
Klinik Haiwan dan Surgeri
20, Jalan 4/76C, Desa Pandan,
55100 Kuala Lumpur.
Telefon : 03-92021880
WhatsApp : 018-3621880
Facebookk : www.facebook.com/kittyscottagekl/
Waktu Operasi
Isnin – Khamis : 10.30 Pagi – 8.30 Malam
Jumaat : Tutup
Sabtu – Ahad : 10.00 Pagi – 4.00 Petang
Cuti Umum : Tutup
Sekian.