Wanz Ramli Blog

Terus Mencari Persamaan

Bicara Santai

Apakah Melihat Dan Mendengar Juga Membaca?

Assalammualaikum, Salam sejahtera..

“Apakah membaca itu perlu ada buku ditangan? Pada aku melihat dan mendengar itu pun membaca.”

Sani Sudin(Kopratasa)

Lama juga saya termenung kenyataan ini, dan saya rasa saya bersetuju dengan kenyataan Sani Sudin ini, bahawa membaca itu sangat luas bukan hanya terbatas dengan membaca bererti ada buku ditangan. Bagi saya, semua orang boleh membaca dan belajar buku yang sama. Jika buku itu bertajuk ‘A’, semua orang didunia boleh membaca dan mengambil ilmu dari buku ‘A’. Dengan kemodenan yang dicapai hari ini, boleh membaca tanpa batas.

Berbeza melihat. Berlakunya sesuatu depan mata kita yang hanya adanya kita sahaja, mustahil untuk orang lain juga menyaksikan perkara yang sama, dan mengambil pengajaran, ilmu dan pengalaman. Begitu juga dengan mendengar, juga mustahil untuk orang lain mendengar apa yang kita dengar kecuali orang lain itu berada disamping kita. Bagi saya melihat dan mendengar adalah sesuatu pengalaman yang sukar didapati, dan ia juga membaca, bagi saya. Tetapi, saya perlu jujur, saya perlu menolak jika melihat dan mendengar diambil sebagai hujah dalam perkara teras dalam agama. Ianya sekadar memberi pengalaman yang tidak semua orang dapat menyaksikan dan mendengar.

Sebagai contoh, A buang sampah, B menyapu sampah A. Kenapa si A tidak buang terus ke dalam tong sampah, supaya memudahkan si B untuk membersihkan jalan? Melihat awan dan alam semula jadi, dan merasa kebesaran Tuhan, kemudian meluahkan dalam tulisan. Itu maksud saya, mengambil pengajaran dan motivasi untuk kita.

Tetapi, adakah melihat dan mendengar sudah cukup tanpa membaca? Sudah tentulah TIDAK! Seorang penulis memerlukan pengalaman melihat, mendengar dan membaca untuk menghasilkan karya yang hebat. Menggabungkan kesemua unsur-unsur ini akan mencipta karya yang maha hebat. Maha karya.

Setiap orang mempunyai pendapat dan pandangannya tersendiri, ini sekadar pendapat dan pandangan saya sahaja. Mungkin betul, mungkin salah. Boleh menerima atau boleh menolaknya. Jangan menolak buku ditangan, jangan juga menafikan melihat dan mendengar, kesemuanya ilmu.

Sekian.

Tagged:

LEAVE A RESPONSE

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Related Posts