Wanz Ramli Blog

Terus Mencari Persamaan

Bicara Santai

Cara Semak Bil Elektrik TNB Menggunakan aplikasi myTNB

Assalammualaikum, Salam sejahtera..

Smart Keyler(Lazada)

Sejak PKP dilaksanakan, banyak bil-bil yang terjejas termasuk bil elektrik. Sejak PKP, surat bil eletrik tidak diberi secara langsung atau tiada penghantaran bil eletrik ke pemilik rumah seperti kebiasaannya. Jadi, bagaimana kita nak semak bil elektrik? Ada yang cakap bil elektrik naik dan sebagainya. Jangan risau, ada cara mudah untuk kita semak bil eletrik secara atas talian. Jom, semak bil elektrik anda!

myTNB(Tenaga Nasional)

Pertama, anda perlu muat naik aplikasi myTNB

Kemudian tekan pada butang DAFTAR.

Masukan segala butiran yang diperlukan NAMA PENUH ANDA, NOMBOR KAD PENGENALAN, NOMBOR TELEFON, E-MEL, dan KATA LALUAN. Kemudian tekan DAFTAR.

Kemudian ada beberapa soalan yang perlu anda jawap. Jika anda pemilik akaun boleh tekan YA, jika anda menyewa, boleh tekan TIDAK.
Soalan kedua jika anda jawap YA, anda perlu memasukan NOMBOR KAD PENGENALAN PEMILIK. Kalau anda jawab TIDAK, tidak perlu NOMBOR KAD PENGELANAN PEMILIK.

Kemudian akan keluar tambah akaun eletrik. Lepas itu masukan NOMBOR AKAUN atau nak lebih senang gunakan imbasan kod. Kemudian masukan NAMA PEMILIK AKAUN. Jenis akaun itu biarkan pada tetapan kediaman(bagi perumahan). Selepas masukan semua butiran, tekan TAMBAH AKAUN. Kemudian akan keluar bahagian masukan nombor pin yang mana akan dihantar ke nombor telefon anda. SELESAI!

Mudah bukan? Senanglah kita nak semak bil elektrik kita lepas ini, terutamanya di musim PKP ini. Bukan apa, kita ingat surat bil eletrik tidak sampai, kita pun tidak bayar. Sedar-sedar bil elektrik sudah 2-3 bulan tidak berbayar. Bayangkan kalau bil elektrik kita sebulan RM100, 3 bulan sudah RM300. Manalah mampu kita nak bayar bil tunggakan sebanyak itu sekali terus. Nanti kita bising kenapa bil tidak sampai dan sebagainya. Perlu diingatkan, ketika musim PKP ini, pekerja TNB tidak akan hantar bil ke rumah anda. Jadi, rajin-rajinlah semak bil-bil yang ada. Jangan sampai tertunggak banyak sangat. Jenuh nanti nak bayar.
Semoga hidup kita akan dipermudahkan.

Sekian.

Tagged:

LEAVE A RESPONSE

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Related Posts