Wanz Ramli Blog

Terus Mencari Persamaan

Bicara Santai

Assalammualaikum, Salam sejahtera..

Hand Sanitizer(Shopee)

Hari ini hari terakhir berpuasa, hari terakhir berbuka. Puasa 2020 yang tidak pernah digambarkan sebelum ini. Walaupun wabak COVID-19 melanda, tetapi tidak pernah mengurangkan atau melemahkan semangat puasa ramadan kita, walaupun ianya tidak sama seperti tahun-tahun sebelum ini, tetapi ramadan tetap kita lalui, puasa tetap wajib untuk umat Islam seluruh dunia.

Puasa 2020 yang sangat sukar untuk kita tahun ini. Berpuasa dalam keadaan ketakutkan sehingga masjid diarah tutup demi mengekang wabak ini terus dijangkiti dan terus tersebar. Jika sebelum ini kita dapat menunaikan Solat Sunat Tarawih berjemaah, jalan bersama-sama ke masjid, tetapi tahun ini kita tidak dapat melakukannya. Mungkin hikmahnya disini, kita jarang lihat keluarga berjemaah menunaikan Solat Sunat Tarawih hanya bersama keluarganya sahaja. Pelbagai ragam manusia dapat kita lihat dalam video-video di Youtube, Facebook, Twitter, lagat kanak-kanak.

Sebagai seorang manusia yang biasa-biasa ini, semestinya tidak banyak sikit, ada kesan buat kita tahun ini. Sebelum ini dengan kemeriahan bazaar ramadan, juadah yang begitu dahsyat, sehingga sampai ke bazaar, tidak tahu nak beli juadah apa, punya banyaknya makanan yang dijual. Boleh dikatakan kita akan merantau ke ceruk-ceruk bazaar ramadan yang ada, bila orang cakap sini sedap, sana sedap, kita akan ke situ. Aktiviti berjalan sambil ‘melawat’ setiap bazaar yang ada dan membeli segalanya yang ada, terhenti. Ada juga tradisi sebelum ini yang akan mengambil cuti dan berpuasa beberapa hari bersama keluarga dikampung, tahun ini tidak dapat berpuasa dan berbuka bersama kerana kita tidak dibenarkan melakukan perjalanan merentas negeri. Tiada kedengaran mercun dan asap bunga api juga tidak kelihatan. Jika sebelum ini seminggu sebelum raya, kemeriahan mercun, bunga api, lampu kelip-kelip memeriahkan lagi kehadiran Syawal. Tetapi tahun ini, semua itu tidak seakan tiada.

Saya harap, wabak ini akan segera hilang. Walaupun World Health Organization(WHO) mengatakan ianya tidak akan hilang, tetapi sekurang-kurangkan kita tidak hidup dalam keadaan ketakutkan lagi. Apa yang paling penting, ini normal kehidupan baharu. Jaga jarak anda, bersin tutup mulut, sentiasa bawa ‘hand sanitizer’, jangan bersentuhan. Untuk generasi akan datang, bacalah sejarah ini, demi kehidupan yang lebih baik akan datang. Demi keluarga kita.
KITA JAGA KITA, KITA MESTI MENANG!

Sekian.

Tagged:

LEAVE A RESPONSE

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Related Posts