Resipi : Ulunthu Vadai

Assalammualaikum, Salam sejahtera.

Hari ini saya nak kongsikan resipi Ulunthu Vadai dari masyarakat India. Entah tiba-tiba teringin nak makan. Jadi saya cari resipi dan cubaan kali pertama berhasil! Jom, saya kongsikan bahan-bahan dan cara-caranya.


Bahan-bahan :-

  • Ulunthu Dal/Urid Dal – 1 Cawan
  • Daun Kari – 5-6 Tangkai
  • Cili Kering – 2 Batang
  • Cili Api – 2 Biji
  • Bawang Besar – 1/2 Biji
  • Halia – 1/2 Inci
  • Jintan Putih – 1 Sudu Kecil
  • Lada Hitam – 1 Sudu Kecil
  • Garam – 1 1/2 Sudu Kecil
  • Air – 4 hingga 6 Sudu Besar

Cara-cara :-

  1. Mula-mula, rendamkan kacang ULUNTHU DAL dalam air selama 2-3 jam sehingga betul-betul kembang. Pastikan air diisi penuh ya, sebab kacang akan serap air.
  2. Setelah rendam, kisar kacang sampai betul-betul halus, kalau kasar nanti bila masak tidak sedap, rasa macam berketul-ketul isi dia.
  3. Siap bahan kacang, kita ke bahan kering pula. Potong hiris DAUN KARI, CILI KERING, CILI API. BAWANG BESAR, HALIA pula potong kecil-kecil(Fine Dice). LADA HITAM ada resipi dia masuk sebiji-sebiji, tapi saya masuk yang jenis sudah dikisar tu.
  4. Kemudian semua bahan sudah siap, campurkan bahan potongan tadi dan garam ke dalam kacang yang sudah dikisar. Gaul sehingga sebati ya. Masukan air sedikit demi sedikit, jangan masukan semua sekali. Adunan itu jangan lembik sangat nanti susah nak goreng.
  5. Bila sudah sebati, panaskan minyak. Api jangan besar sangat. Bila minyak sudah panas, bolehlah men’donut’ Ulunthu Vadai tu. Boleh tengok cara dekat Youtube, sebab saya pun tidak mahir sangat.
  6. Goreng sehingga kuning ke-emasan atau sehingga masak. Boleh angkat dan letak atas tisu, sebab berminyak. Dan siap dihidangkan. Selamat menjamu selera!

Selamat mencuba.
Jom Masak Sendiri!

Sekian.

Be the first to reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *