Wanz Ramli Blog

Terus Mencari Persamaan

KedaiTanaman

Set Hidroponik, Jamal Al-Has Hygrow KL

Assalammualaikum, Salam sejahtera..

(Nak lihat tanaman atau cara semai? Boleh ke Youtube : JOM! Bercucuk Tanam!)

Hidroponik? Pasti ramai yang sudah tahu apa itu hidroponik, bukan? Tetapi tidak tahu mana nak beli set lengkap hidroponik. Berita baik untuk sesiapa yang berada sekitar di Ibu Kota, Kuala Lumpur. Saya nak kongsikan kepada sesiapa yang baru nak cuba tapi tidak tahu mana nak beli, atau kepada peminat hidroponik. Jamal Al-Has Hygrow ada menjual dan menyediakan pakej set lengkap hidroponik dengan harga yang sangat berpatutan. Siap menyediakan perkhidmatan penghantaran dan pemasangan secara PERCUMA(tertakluk pada harga) lagi.

Ini memudahkan kita sebagai pelanggan senang untuk berkomunikasi dan boleh lihat sendiri barang yang kita nak dan dipasang depan mata kita. Sesiapa yang baru nak mencuba, jangan risau, boleh tanya sahaja bagaimana cara nak jaga pokok hidroponik, InsyaAllah, Jamal Al-Has Hygrow akan jawab sekadar yang mampu.

Cuma dari segi penghantaran, kawasannya agak terhad, hanya sekitar Taman Keramat KL, Setiawangsa KL, Kampung Baru KL. Jamal Al-Has juga tidak menyediakan perkhidmatan Pos buat masa ini. Tetapi sesiapa yang tinggal diluar kawasan dan bekerja disekitar, boleh saja berjumpa dimana-mana(kawasan berdekatan) untuk membuat pengambilan. Jangan risau, cara pemasangannya tidak rumit, Jamal Al-Has akan memberitahu dan tunjuk ajar cara bagaimana nak pasang. Macam main lego saja.

Jom kita tengok, apa pakej yang ditawarkan oleh Jamal Al-Has Hygrow. Oh ya, sebelum itu, anda boleh menggunakan kod saya yang mana anda akan menerima PERCUMA Baja AB dan PERCUMA biji benih. Kodnya akan saya letak di bawah.

Pakej Set Hidroponik Comel (3Hygrowpot)

Pakej Set Hidroponik Comel (3 Hygrowpot)

  • Ketinggian 16 inci, Lebar 27 inci
  • Baja AB (500Ml Baja A/ 500Ml Baja B)
  • Cocopeat 700 Gram
  • Harga RM80.00
  • Caj tambahan untuk penghantaran dan pemasangan
  • PERCUMA KOD TAWARAN : 2 Jenis Benih(Pilihan ada dibawah)
Pakej Hidroponik Set 2 Tingkat (6 Hygrowpot)

Pakej Hidroponik Set 2 Tingkat (6 Hygrowpot)

  • Ketinggian 18 inci dan 12 inci, Lebar 27 inci
  • 3 Pasu setiap tingkat
  • Baja AB (1L Baja A/ 1L Baja B)
  • Cawan sukatan
  • Cocopeat 1.4 Kg
  • Harga RM160.00
  • Caj tambahan untuk penghantaran dan pemasangan
  • PERCUMA KOD TAWARAN : Baja AB 500ml + 2 Jenis Benih(Pilihan ada dibawah)
Pakej Hidroponik Set 3 Tingkat (9 Hygrowpot)

Pakej Hidroponik Set 3 Tingkat (9 Hygrowpot)

  • Ketinggian 24 inci, 18 inci dan 12 inci, Lebar 27 inci
  • 3 pasu setiap tingkat
  • Baja AB (1.5L Baja A/ 1.5L Baja B)
  • Cawan sukatan
  • Cocopeat 2.5 Kg
  • Harga RM240.00
  • PERCUMA penghantaan dan pemasangan sekitar Taman Keramat KL, Setiawangsa KL, Kampung Baru KL.
  • PERCUMA KOD TAWARAN : Baja AB 1L + 3 Jenis Benih(Pilihan ada dibawah)
Pakej Hidroponik Mega (18 Hygrowpot)

Pakej Hidroponik Mega (18 Hygrowpot)

  • Ketinggian 24 inci, 18 inci dan 12 inci, Lebar 59 inci/ 1.5 meter
  • 6 pasu setiap tingkat
  • Baja AB ( 3L Baja A/ 3L Baja B)
  • TDS meter
  • Cawan sukatan
  • Cocopeat 4.5-5 Kg
  • Harga RM450.00
  • PERCUMA penghantaan dan pemasangan sekitar Taman Keramat KL, Setiawangsa KL, Kampung Baru KL.
  • PERCUMA KOD TAWARAN : Baja AB 1.5L + 3 Jenis Benih(Pilihan ada dibawah)
Pakej Hidroponik Mega (27 Netpot)

Pakej Hidroponik Mega (27 Netpot)

  • Ketinggian 24 inci, 18 inci dan 12 inci, Lebar 59 inci/ 1.5 meter
  • 9 pot dan span setiap tingkat
  • Baja AB (3L Baja A/ 3L Baja B)
  • TDS meter
  • Cawan sukatan
  • PERCUMA tambahan 27 span untuk penanaman semula
  • Harga RM370.00
  • PERCUMA penghantaan dan pemasangan sekitar Taman Keramat KL, Setiawangsa KL, Kampung Baru KL.
  • Baja AB 1.5L + 3 Jenis Benih(Pilihan ada dibawah)

Inilah pakej-pakej yang terdapat di Jamal Al-Has Hygrow. Bagi saya semuanya berpatutan. Apa yang saya suka mengenai produk ini, jika dilihat jarak diantara pot dengan pot yang lain sedikit jauh dan tidak terlalu rapat. Apa yang diberitahu, Jamal Al-Has Hygrow memang menjarakan sedikit antara pot dengan pot yang lain kerana kalau kita tanam pokok seperti terung, cili, timun dan sejenis pokok yang agak besar, pokoknya kurang berlanggar antara satu sama lain. Berbeza dengan sesetengah produk, saya ada jumpa antara pot dengan pot yang lain terlalu rapat, ini akan menyebabkan jarak pokok terlalu dekat dan berlanggar, susah untuk pokok membesar. Mungkin mereka merapatkan kerana ingin menjimat ruang, lagi jimat ruang, lagi banyak pot yang boleh letak. Kalau kita tanam pokok seperti sayur, atau salad, ianya tidak menjadi masalah, kerana pokok sayur dan salad tidak terlalu besar. Tetapi, ada juga pokok salad yang daunnya mengembang dan lebar. Saya sendiri pun dulu akan pilih lagi banyak pot, lagi banyak pokok. Akhirnya, pokok terlalu rapat.

Saya juga syorkan bagi sesiapa yang ingin mencuba dan baru nak mencuba, boleh ambil Pakej Set Hidroponik Comel (3 Hygrowpot). Bukan apa, baru mencuba, takut nanti tiba-tiba malas pula, membazir. Bak kata pepatah, “Hangat-Hangat Tahi Ayam”. Haha. Cuba dahulu Set Hidroponik Comel, kemudian boleh tambah lagi dimasa depan. Lagi satu, ukur kawasan yang nak letak. Supaya nampak cantik.

Oh ya, jika ingin mendapatkan PERCUMA Baja AB dan Biji Benih dari Jamal Al-Has, boleh bagi kod : wanz2020hygrow. Anda akan dapat PERCUMA baja AB dan PERCUMA biji benih. InsyaAllah, biji benih ini berkualiti.

Boleh pilih biji benih

Sebarang pertanyaan boleh hubungi:
Jamal Al-Has(Encik Jamal)
017-878 5612
Kod tawaran : wanz2020hygrow

Bolehlah buat tawar menawar. InsyaAllah, orangnya peramah. Cuma jangan minta yang aneh-aneh dan tidak masuk akallah ya. Masing-masing perlu hormat satu sama lain. Pembeli perlu hormat penjual, penjual perlu hormat pembeli. Kalau kita tidak selesa dengan penjual itu, pilihan terbaik ialah jangan beli dengan dia. Saya pun kalau penjual itu macam malas nak layan saja, tanya pun nak marah-marah. Baik tinggal saja. Banyak lagi penjual yang baik-baik, walaupun harga sedikit mahal, tapi layanan baik.
Selamat Bercucuk Tanam! Selamat Berhidroponik!

Sekian.

Tagged:

1 COMMENTS

LEAVE A RESPONSE

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Related Posts