Kandungan Gula Pada Air Cincau Atau Air Herba Atau Air Sejenis Dengannya

Author:

Assalammualaikum, Salam sejahtera..

Ramai diantara kita bila terlihat “Eh.. Air Cincau la, elok untuk kesihatan ni”, “Eh.. Air herbalah, baik untuk kesihatan ni..”. Pasti kita akan beli, apatahlagi “Eh.. Air Cincau Herba la.. Boleh beli ni”. Sudahlah cincau, herba pula tu. Pastilah kita tertarik dan membelinya.

Tapi tahukah anda kadang-kala kandungan gula pada air yang dikatakan baik ini agak tinggi? Bukan kerana cincau itu tidak elok atau herba itu tidak baik, tetapi cara pembuatan air itu sendiri tidak bagus.

Disebabkan cincau atau herba tersebut tidak ada rasa atau rasa masam, pahit dan sebagainya, jadi pihak pembuat air atau kilang itu akan memasukan kandungan gula yang agak tinggi untuk menanamkan atau terbenamkan rasa herba tersebut. Dan disebabkan rakyat Malaysia yang kebanyakannya menyukai makanan dan minuman manis, untuk mencapai piawaian atau citarasa standard orang Malaysia, pengilang akan menambah kandungan gula dalam minuman mereka untuk menambahkan rasa kesedapan dan kesegaran ketika kita minum. Ya la kan, kalau tawar je, siapalah nak beli produk mereka, bungkus kilang la jawapnya.

Tetapi kesannya adalah, rakyat Malaysia akan dibelenggu dengan penyakit kencing manis atau diabetes yang mana tiada kesudahannya dan tidak akan hilang selagi ada pemintaan makanan dan minuman bermanis ini tinggi. Kalau kita perhatikan, penyakit kencing manis ini bukan hanya pada golongan berumur, akan tetapi penyakit ini didapati pada golongan muda juga, sangat membimbangkan sebenarnya. Terlebih lagi pada keluarga yang mewarisi dan mempunyai rekod penyakit kencing manis.

Zaman ini, untuk membeli apa sahaja produk perlulah kita membaca label kandungan nutrisi dan bahan yang terdapat dalam produk tersebut. Tidak kiralah air cincau atau air asam jawa, atau air serai atau air kelapa atau air herba atau sejenis dengannya, perlulah kita lihat kandungan gula yang terdapat didalamnya. Kadang-kala, air-air seperti ini lebih banyak kandungan gulanya daripada air soda yang dikatakan memudaratkan. Jadi, berhati-hati ketika memilih minuman.

Tetapi bukanlah bermakna kita boleh minum soda pula. Setiap makanan dan minuman ada hadnya.

“……..dan makanlah serta minumlah, dan jangan pula kamu melampau; sesungguhnya Allah tidak suka akan orang-orang yang melampaui batas”

Surah Al-Araf[7:31]

Islam juga telah menggariskan cara hidup manusia, tiada sesiapa yang lebih mengetahui diri manusia itu sendiri, melainkan Tuhan Pencipta Alam. Ikutilah Al-Quran dan Sunnah Nabi. Banyak pengajaran dan cara hidup didalamnya yang boleh kita ambil.

Terima kasih yang sudi membaca. Semoga kita dilindungi dan menjaga kesihatan.

Sekian.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *