Wanz Ramli Blog

Terus Mencari Persamaan

Bicara Santai

Pesta Buku Antarabangsa KL – Pesta Buku Dalam Talian

Assalammualaikum, Salam sejahtera..

Rata-rata pencinta buku atau ulat buku setiasa menunggu setiap tahun untuk membelanjakan duit yang dikumpul di Pesta Buku Antarabangsa(PBAKL). Ini seolah-olah satu kemestian atau acara tahunan bagi mereka. Siapa yang tidak suka, jika harga buku yang ditawarkan semurah RM7.00!

Disebabkan pendemik COVID-19 melanda dunia termasuklah Malaysia, PBAKL 2020 ditangguhkan. Berita ini sedikit sebanyak menyedih pembaca dan pencinta buku untuk melaburkan semua duit yang mereka simpan untuk tawaran harga buku yang jauh lebih murah dari biasa dan potongan yang sangat luar biasa.

Tetapi pihak PBAKL mengambil satu inisiatif, membawa satu perubahan atau reformasi dari PBAKL yang dibuat secara langsung kepada dalam talian. Dengan pengumuman ini, dapat menggembirakan pencinta buku, dan juga melegakan penerbit-penerbit buku yang ada. Kerana penerbit-penerbit buku telah mencetak ratusan ribu naskah buku, jika ianya dibatalkan, maka, kerugian yang besar akan ditanggung oleh penerbitan buku. Dan ini juga menepati Kuala Lumpur Ibu Kota Buku Dunia.

Bagi saya, yang pernah ke beberapa kali ke PBAKL. Mengubah dari PBAKL kepada Pesta Buku Dalam Talian(PBDT), mungkin dapat mengurangkan risiko jangkitan COVID-19 dan tidak perlu untuk bersesak-sesak ke PWTC. Mungkin bagi sesetangah orang, pergi ke PBAKL dan bersesak itu pengalaman yang menyeronokan dan seolah-olah terasa seperti ‘pemburu’ buku. Dari kedai ke kedai yang lain. Saya juga menyukai pengalaman dan perasaan ini. Tetapi bagi sesetengah orang yang lain, peralihan dari PBAKL kepada PBDT, menyenangkan dan tidak perlu keluar, tidak perlu bersesak, hanya buka telefon, buat pembelian, kemudian tunggu, dan sampai. Ini lebih memudahkan.

Tawaran buku pada tahun ini sangat hebat, dan harganya sangat luar biasa. Terdapat sejumlah 10,000 buku yang berharga RM7.00! Lebih 140 penjual dengan lebih 30,000 buah buku judul terkini!

Marilah kita bersama-sama meraikan Pesta Buku Dalam Talian terbesar di Malaysia. Dan menjadikan amalan membaca sebagai budaya kita. Tidak kiralah sama ada dalam kereta atau sedang berjalan, atau sedang lepak mamak. Jangan kita terlalu khayal dengan media sosial yang kadang-kala tiada manfaatnya langsung.

PESTA BUKU DALAM TALIAN TERBESAR DI MALAYSIA BERLANGSUNG SELAMA 14 HARI!
PBAKL Online X Shopee [25 JUN – 8 JULAI 2020]

  • Lebih 140 penjual buku & semakin bertambah
  • Lebih 30,000 judul terkini
  • 30,000 baucar pelanggan baru
  • 10,000 baucar pembelian oleh penerbit
  • 20,000 diskaun seluruh platform
  • 10,000 x Tawaran RM7.00
  • 5,000 baucar pelanggan sedia ada
  • 4,000 baucar permainan
  • 4,000 baucar tempoh terhad

SUDAHKAH ANDA BERSEDIA? KITA GEGARKAN SAMA-SAMA DI
SHOPEE.COM/KLFBF
https://www.facebook.com/kualalumpurbookfair/

Sekian.

Tagged:

LEAVE A RESPONSE

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Related Posts