Wanz Ramli Blog

Terus Mencari Persamaan

Kedai

(Smart Keyler) Semburan Serangga Organik, Menghalau Semut, Lipas, Anai-Anai

Assalammualaikum, Salam sejahtera..

Lavender

Alhamdulillah, sudah dua kali saya menggunakan produk Smart Keyler ini sebenarnya dan sangat berpuas hati dengan produk ini. Mula-mula diberi oleh pakcik saya, kemudian saya membelinya. Sangat berkesan membunuh semut dan hindari dari semut datang. Kalau sembur kawasan semut, InsyaAllah, dalam beberapa hari semut tak datang. Tetapi disyorkan sembur seminggu atau dua minggu sekali untuk mencegah dari semut datang. Kalau tidak semut bukan hanya sekadar berpesta, malah dia gigit kita pula.

Apa yang penting produk ini adalah Organik, tidak berbahaya. Jadi, mudah kita nak sembur mana-mana yang kita nak. Ianya diperbuat dari bahan seperti serai wangi yang mana memang terbukti menghalau semut, nyamuk, tikus dan haiwan sejenis dengannya.

Harganya pula tidaklah terlalu mahal, sesiapa yang sudah ada botol semburan, boleh beli yang paket isi semula sahaja, murah sikit. Smart Keyler ini banyak warna, tapi semua sama saja, tidak ada beza. Kecuali ada edisi Lavender. Bau agak kuat dan wangi.

Kalau ada yang ingin mencari, produk apa ya yang bagus, boleh halau semut tapi Organik. Smart Keyler diantara produk yang ada. Boleh cuba beli dan menggunakannya. Boleh beli di SHOPEE Smart Keyler(Tekan Disini).

Sekian.

Tagged:

LEAVE A RESPONSE

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Related Posts