Wanz Ramli Blog

Terus Mencari Persamaan

Bicara Santai

The Nahara, Kalumpang. Tempat Mandi Sungai

*Iklan ini tidak berbayar, dan semua penulisan ini atas pengalaman saya sendiri. Pengalaman pada waktu dan ketika itu. Mungkin waktu saya pergi semua dalam keadaan baik, dan mungkin anda pergi keadaan sebaliknya. Saya mohon maaf.

Assalammualaikum, Salam sejahtera..

Saya nak kongsi kepada anda semua diantara tempat yang menarik dan terbaik untuk mandi sungai. Iaitu The Nahara, Kalumpang.

The Nahara, Kalumpang

Tempat ini berbayar, kalau tidak salah saya dalam RM8 begitu,(kalau tidak salah). Kalau nak kata mahal sangat pun tidak. Tetapi, jika anda seperti saya yang pergi mungkin sebulan sekali atau entah berapa kali dalam setahun, itu sudah murah. Dengan kemudahan yang ada, bersih, cantik dan sangat alam semula jadi, bagi saya kalau RM8, bahkan RM20 pun saya sanggup. Cuma janganlah mandi sejam sahaja, memanglah tidak berbaloi. Kalau boleh datang awal pagi, balik petang.

Untuk pengetahuan pembaca sekalian, The Nahara ini adalah kawasan persendirian. Untuk mengekalkan kebersihan dan kecantikan alam semula jadi, sudah tentu duit diperlukan. Jadi, setiap kali nak masuk, kita perlu membayar demi perkhidmatan yang terbaik.

Selain ‘walk in’ mandi sungai, kalian juga boleh menyewa gazebo dengan harga mengikut saiz yang nak anda sewa. Kalian juga boleh melakukan aktiviti BBQ, tempat BBQ juga disediakan. Tapi kalau bawa sendiri pun bagus juga. Manalah tahu ada yang tidak suka menggunakan barang-barang yang sudah dipakai orang lain. Jadi, lebih mudah bawa sendiri, lagi baik dan dijamin bersih.

Jika kalian nak bermalam ala-ala ‘camping’ pun boleh. Kalian boleh menyewa khemah yang disediakan atau kalian juga boleh menyewa chalet dan rumah.

Mengenai air sungainya, tiada apa yang boleh di rungutkan, semuanya terbaik. Airnya yang sejuk, segar, bersih. Dan berhati-hati juga, kerana ada bahagian airnya sangat dalam, tidak sesuai untuk kanak-kanak. Suasananya yang nyaman, tidak tercemar. Kawasannya bersih dan pekerja The Nahara sentiasa pantau orang yang sedang mandi, takut-takut ada apa-apa yang berlaku. Dan kebersihannya pun dipantau.

Apa yang boleh saya katakana disini, The Nahara diantara tempat mandi sungai yang menarik dan terbaik. Oh ya, The Nahara juga ada menyediakan bilik air, bilik mandi, kafe, dan surau untuk kemudahan kita nak solat. Tak ada lah kita nak terkejar-kejar nak solat atau cari tempat solat. Semua kemudahan sudah disediakan. Jadi, berbaloi bukan apa yang kita bayar? Saya sendiri sudah berkali-kali pergi. InsyaAllah, ada masa dan rezeki, saya akan ke sana lagi.

Selain itu, ada juga tempat-tempat untuk bergambar, seperti pintu masuk(maaf saya tidak punya gambar, lupa nak ambil), ada kolam ikan, jambatan, atas-atas batu, dan banyak lagi.

Nasihat saya, selalu menjaga kebersihan, jangan buang sampah merata-rata. Jagalah sungai kita, sungai kita, air kita. Kemudian, sentiasa berwaspada dalam apa jua aktiviti yang dilakukan. Sentiasa pantau anak kita Ketika sedang bermandi-manda. Bila musim hujan, berjaga-jaga, kerana saya sendiri dapat pengalaman melihat dua kali(hari yang berbeza) kepala air dengan mata saya sendiri. Sangat menakutkan. Tetapi, menurut pekerja disitu, kepala air disana tidak pernah melepasi had tempat kita. Walaupun begitu, kita mesti berwaspada, manalah tahu, sepanjang bertahun-tahun tidak melepasi had, kita datang pula melepasi apa yang sepatutnya. Takut juga. Kata orang, alam semula jadi sukar untuk diramal. Tetapi kalau kita berjaga-jaga dan berwaspada, InsyaAllah, tiada perkara buruk yang berlaku.

Selamat Bercuti! Berwaspada!
Hargailah Sungai Kita! Sungai Kita, Air Kita!

The Nahara, Kalumpang
019-431 2193
Facebook : Nahara Resort Kalumpang

Sekian.

Tagged:

LEAVE A RESPONSE

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Related Posts