Wanz Ramli Blog

Terus Mencari Persamaan

Tanaman

Hidroponik : Lama Tidak Berhidroponik!(Bahagian 1)

Assalammualakum, Salam sejahtera..

(Nak lihat tanaman atau cara semai? Boleh ke Youtube : JOM! Bercucuk Tanam!)

Kebelakangan ini terasa macam nak berhidroponik semula pula. Sebenarnya lama juga saya berhenti bercucuk tanam ini, semasa Perintah Kawalan Pergerakan(PKP) dilaksanakan, kemudian rasa nak keluar rumah pun takut, padahal halaman rumah saja.

Perasaan nak bercucuk tanam ini membuak-buak pula seminggu dua ini. Disebabkan biji benih tidak ada, tidak beli, kalau ada pun sudah rosak. Maka, saya ambil keputusan menanam apa sahaja yang senang dicari. Kebetulan saya nak buat air teh pudina, saya ke pasar beli daun pudina, kemudian batang pudina saya ambil dan rendam untuk beberapa hari supaya akarnya tumbuh.

Kalau anda semua terasa nak bercucuk tanam tapi tiada biji benih atau alatan atau sebagainya. Jangan risau dan tidak perlu menghabiskan duit dahulu, mula dari kecil dan senang. Kalau suka pudina, beli daun pudina di pasar, kemudian rendamkan batangnya, ambil yang agak-agak tua sedikit, kemudian tunggu dalam beberapa hari supaya akarnya tumbuh. Kalau boleh tukar air sehari sekali, jangan sampai batang busuk pula. Agak-agak daunnya bercambah, maksudnya batang pudina itu dalam keadaan yang baik. InsyaAllah, saya akan cuba buat proses cara nak tanam pudina menggunakan keratan batang yang dibeli di pasar sahaja. Kos pun murah, senang cari.

Pudina

Selain dari pudina, ayah saya ada tanam pokok cili(tapi tak tahu cili apa) dan pokok ketumbar. Tapi ayah saya campak sahaja benih-benih ini dalam pasu-pasu yang ada, dan Alhamdulillah menjadi. Saya pun ambillah beberapa anak pokok yang ada, hehe. Sebab konsep saya kali ini, tanam apa yang ada. Yelah kan, baru nak mula balik, orang kata nak dapat mood bercucuk tanam semula, nanti beli macam-macam benih, sekerat jalan, dah malas pula.

Kalau ada sesiapa nak tahu cara saya tanam pokok pudina, boleh ke Youtube : Cara Tanam Pudina Menggunakan Keratan Batang

Oh ya, saya juga ada semai benih pak choi, tapi disebabkan benihnya sudah lama, maka banyaknya yang tidak bercambah atau dalam erti kata lainnya benihnya sudah rosak. Menyimpan benih perlu betul sebenarnya, ada cara bagaimana nak menyimpan biji benih. Biji benih mesti dalam keadaan baik, kawasan kering, tidak panas, kalau boleh pek biji benih jangan guna yang jenis plastik nampak dalam, plastik mesti kedap udara, kemudiannya masukan dalam peti sejuk(bukan peti ais ya). Saya harap pak choi saya boleh bertahan, kalau tengok dari pokoknya macam tidak berapa subur. Tetapi kita lihat nanti. Jika diberi baja yang cukup, penjagaan yang baik, InsyaAllah, semuanya akan baik.

Pak Choi

Kebetulan saya nak beli tanah, jadi saya beli sekali benih Sawi Jepun jenama baba, untuk pengetahuan, jenama baba ini antara jenama yang sangat bagus dan berkualiti(cuma kadang kala dapat yang tidak berkualiti juga), lihat jugalah harganya RM4.90 untuk satu pek. Sebelum beli, pastikan semak tarikh luput terlebih dahulu, dan pastikan juga kita beli dengan peniaga yang boleh dipercayai. Sebab ada peniaga yang menjual sahaja, tetapi tidak tahu bagaimana menyimpan biji benih dengan betul dan hasilnya bila kita beli, biji benih rosak.

Semalam saya sudah menyemai biji benih Sawi Jepun menggunakan span, ini projek kehadapan saya. InsyaAllah, seminggu dua lagi kita tengok hasilnya, dan saya akan kemas kini hasil saya nanti. Jumpa akan datang ya, hihi. Tunggu.. Kalau nak tengok cara saya semai benih sawi boleh ke, Youtube : Cara Semai Benih Sawi Menggunakan Span

Sebelum itu, bolehlah tengok-tengok hasil saya sebelum ini, boleh tekan pautan dibawah
Hidroponik : Percubaan Pertama Kali
Hidroponik : Jom Buat Sendiri-(DIY) Bekas Hidroponik
Set Hidroponik, Jamal Al-Has Hygrow KL

Sekian.

Tagged:

LEAVE A RESPONSE

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Related Posts