Wanz Ramli Blog

Terus Mencari Persamaan

Tanaman

Hidroponik : Lama Tidak Berhidroponik(Bahagian 2)

Assalammualaikum, Salam sejahtera..

Seperti yang dijanjikan, saya akan mengemas kini dan menunjukan hasil-hasil saya selepas 2 minggu lebih atau lebih tepatnya 17 hari kemudian. Boleh lihat penulisan saya yang sebelum ini, Hidroponik : Lama Tidak Berhidroponik(Bahagian 1) Maaf kerana lewat sedikit, hasil yang saya ambil dalam gambar-gambar ini pada tarikh 26/7/2020. Jadi seperti yang dijanjikan, jom melihat hasil saya!

Oh ya, sebelum itu saya ada semai benih daun sup, ketumbar dan kuchai. Kebiasaannya pokok herba ini agak susah nak semai, kemungkinan untuk tidak bercambah tinggi, dan masa cambahannya juga agak lama. Saya semai pada 16/7/2020.

Saya menggunakan jenama JC Garden, sebab sebelum ini pun saya pernah menggunakan jenama ini, dan hasil pun baik walaupun tidak seratus peratus(jarang pun jenama benih boleh cambah seratus peratus ni).

Belah kiri sekali itu pokok bayam Brazil, hehe. Saja nak cuba menggunakan hidroponik. Orang kata bayam Brazil ini sedap. InsyaAllah, ada rezeki boleh buat goreng tepung. Setiap kali anda menyemai biji benih, pastikan anda tulis atau labelkan nama pada pasu-pasu supaya anda tidak terlupa mana satu daun sup, mana satu ketumbar. Sudahlah daunnya lebih kurang sama. Pastikan juga anda letak nama jenama benih anda. Bukan apa, kalau tidak jadi atau jadi, anda tahu benih ini jenama apa, senang nak beli kemudian hari.

Dan hasilnya selepas 10 hari setelah semai, ada yang menjadi, ada yang tidak. Sedih. Mungkin cara saya salah.

Boleh tengok daun sup dan ketumbar, Alhamdulillah bercambah dengan baik. Tetapi pokok kuchai hanya naik satu saja. Itu pun sudah macam rambut Si Upin dah, haha. Adoi.

Jom kita balik kepada tajuk asalnya. Seperti yang sama tulis sebelum ini, pokok pak choy saya macam tidak boleh bertahan, dan ya, memang tidak tahan dan mati. Mungkin sebab pokoknya atau percubaan saya menggunakan sabut kelapa. Mungkin sabut itu sangat basah dan berair, jadi sebab itu juga pak choy tidak boleh tahan dan membusuk kemudian mati. Begitu juga percubaan saya atas pokok daun ketumbar juga tidak tahan dan mati. Tetapi pokok pudina yang ditanam melalui keratan batang dan pokok cili yang dialih, keputusannya sangat baik dan tumbuh secara sihat. Jom cuci mata!

Pudina

Cantik kan pertumbuhan pokok pudina ini? Saya suka sambil lalu sentuh daunnya kemudian bau. Rasa nyaman saja. Saya tidak tahu sama ada sesuai ataupun tidak menanam pokok pudina menggunakan kaedah hidroponik macam ini(Netpot), sebab apa yang saya tahu pokok pudina ini macam meliar sikit. Kalau tanam di tanah, akarnya akan menjalar dan akan tumbuh macam pokok pandan. Boleh dikatakan macam rumput, boleh jadi semak halaman. Mungkin juga saya salah baca. Oh ya, sebab apa saya masukan gambar akar pokok pudina? Kerana kebiasaan orang yang tanam pokok melalui keratan batang, kita akan tengok akarnya bukan daunnya, sebab akar akan menunjukan sama ada pokok yang kita tanam melalui keratan batang itu tumbuh dan membesar atau tidak. Kerana daun bukan pengukur pokok yang ditanam melalui keratan batang sihat atau tidak, berbeza dengan pokok yang kita semai melalui biji benih. Jadi kita tumpukan akarnya, kalau akarnya makin baik dan banyak, InsyaAllah, pokok yang kita tanam itu sihat. Kadang daun je bercambah, akarnya tidak. Kalau ada sesiapa nak tahu cara saya tanam pokok pudina, boleh ke Youtube : Cara Tanam Pudina Menggunakan Keratan Batang. Baiklah, jom lihat pokok kedua(cili) pula.

Pokok Cili

Pokok cili juga dalam keadaan baik. Cuma saya tidak tahu pokok cili api atau cili merah. Kalau ditanya sesuai atau tidak, saya boleh menjawap atas pengalaman saya sendiri. Untuk saya, saya pernah tanam pokok cili api menggunakan kaedah ini, dan menjadi, dan hasilnya juga baik. Bunga dan buah cilinya juga banyak, pada mulanya saya pun tidak sangka ianya tumbuh dan mendatangkan hasil. Tetapi disebabkan COVID-19 ketika itu melanda, nak keluar rumah pun takut. Jadi, pokok cili saya mati disebabkan tidak isi air. Sayang seribu kali sayang.

Saya ada juga beritahu yang saya ada menyamai benih sawi jepun. Ini hasilnya.

Inilah hasilnya dari 10/7/2020 – 26/7/2020. Pertumbuhan agak lambat sebab saya lambat alih. Sibuk sikit. Nampak tidak saya balut dengan plastik? Sebenarnya saya nak kongsi sekali bagaimana saya alih anak pokok saya ke dalam netpot, tapi nanti penulisan ini akan jadi panjang pula, bukan apa, takut pembaca bosan pula. Kalau nak tengok cara saya semai benih sawi boleh ke, Youtube : Cara Semai Benih Sawi Menggunakan Span

Nanti saya akan kongsikan bagaimana cara saya alih, dan sebab apa saya balut plastik, sebab apa saya selesa menggunakan penutup lubang air hidroponik, dan bagaimana mengurangkan nyamuk masuk kedalam bekas hidroponik kita. Nyamuk ini penting ya, jangan ambil mudah, sesiapa yang menggunakan teknik tradisi atau kratky, kebiasaannya nyamuk akan masuk sebab airnya dalam bekas agak tenang, berbeza menggunakan pam air. InsyaAllah saya akan kongsikan kelak. Penulisan saya bukanlah yang terbaik, hanya pengalaman saya sendiri sahaja, pengalaman kecil. Ambillah jika ada manfaatnya. Sebelum itu, ini gambar perkongsian terakhir saya untuk hari ini.

InsyaAllah, jika tiada apa-apa halangan, pokok saya akan membesar dan memenuhi ruang yang ada. Dan saya akan cuba untuk kemas kini perkembangan pokok-pokok yang saya tanam. Bagi sesiapa yang nak beli set hidroponik, boleh ke Set Hidroponik, Jamal Al-Has Hygrow KL. Boleh lihat-lihat mana yang berkenan.

Selamat berhidroponik! Selamat Hari Raya Aidiladha! Sambutlah dengan sederhana memandangkan wabak COVID-19 masih belum hilang, jaga kesihatan, jaga diri. Kita jaga kita.

Sekian.

Tagged:

LEAVE A RESPONSE

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Related Posts