Assalammualaikum, Salam sejahtera..
Beberapa hari kebelakangan ini, ada desas desus yang mengatakan Malaysia rasis atau tidak mesra pendatang asing atau kejam. Bermulanya isu Rohingya kemudian disusuli dengan media antarabangsa, Al-Jazeera.
Betul ke Malaysia rasis dengan pendatang asing ini? Masing-masing mempunyai pendapatnya yang tersendiri, dan ini pendapat dan pandangan saya.
Jika nak berkata Malaysia ini rasis atau tidak mesra pendatang asing, kita perlu membawa hujah dan fakta. Bukan hanya sekadar satu dua isu atau mendengar daripada seorang dua orang. Bagi saya, jika kita mengambil isu Rohingya kebelakang, orang luar akan cakap Malaysia kejam kerana menolak pendatang dari Myammar(Rohingya) ketika mereka dalam keadaan susah dan memerlukan bantuan. Tetapi malangnya kepada mereka yang berkata Malaysia kejam ini tidak membaca dan tidak mempunyai pengetahuan sejarah yang mana Malaysia telah menerima bangsa Rohingya ini sudah 30 tahun. Sepanjang 30 tahun kita menerima, tetapi hanya tahun ini kita merasakan Malaysia tidak mampu menerimanya lagi, terus Malaysia dituduh kejam. Sangat kejam orang yang mengatakan begitu. Dikatakan bangsa Rohingya di Malaysia 200,000 orang, itu yang diketahui, bagaimana pula yang beranak dan tidak didaftarkan pula? Mungkin lebih dari itu. Lihat sahaja di Selayang.
Mengenai media antarabangsa Al-Jazeera pula, kita sendiri boleh lihat bagaimana teruknya wartawan lokasi mereka. Ketika Malaysia melakukan lockdown dikawasan PKPD, wartawan ini sesuka hati sahaja masuk dan buat liputan dilokasi, ini sangat melanggar peraturan. Ini sahaja sudah menunjukan wartawan mereka sangat teruk. Apatahlagi fakta-fakta yang dikatakannya. Menangkap si pelaku kesalahan, kemudian dilemparkan rasis? Dimana salahnya? Diberi makan, tempat tidur, dikatakan layanan seperti anjing? Lemparan apakah ini? Seolah-olah ada tangan-tangan ghaib sedang melakukan kerja fitnah ini. Saya harap, kita terus protes media ini sehingga mereka memohon maaf.
Baiklah, kita pergi kepada isu asal yang kita nak bincangkan ini, Malaysia rasis, kejam?
Biasanya orang yang mengatakan begini, sangat tidak mengenal Malaysia dengan lebih mendalam atau sekadar duduk di negara sendiri kemudian dengar berita dari media yang tidak bertanggungjawab. Rakyat Malaysia sangat menerima pendatang asing, bahkan pendatang asing tanpa izin(PATI) pun. Ramai sahaja PATI yang diambil kerja sambilan, seperti kemas rumah, cuci pinggang, potong rumput dan sebagainya. Walaupun salah, bagi rakyat Malaysia “Kesian dorang ni, merantau negara orang cari duit, entah makan entah tidak. Selagi dia baik dan buat masalah, kita ok je”. Adakah ini dikatakan rasis, kejam?
Ketika Palestin dibedil oleh Negara Haram israel. Ramai rakyat Palestin yang lari keluar ke negara-negara lain termasuklah Malaysia. Tetapi apa yang Malaysia dan rakyatnya lakukan? Ya, Malaysia menerimanya dengan hati yang terbuka. Kita lihat negara-negara lain pula seperti Syria, Mesir, Iran. Bilamana negara mereka berperang, mereka juga lari dan menetap dibanyak negara, dan salah satunya adalah Malaysia. Kita boleh lihat sendiri, berapa banyak kedai arab yang berada disini. Di bukit bintang sebagai contoh, terdapat banyak kedai arab disana. Bila kita bercakap mengenai kedai shisha, mesti kedai itu kedai arab. Orang Malaysia tidak ada masalah dengan mereka.
Ketika Acheh dilanda Tsunami yang maha dahsyat. Banyak tempat tinggal yang musnah dilanda Tsunami. Kebanyakan dari mereka keluar dari Acheh dan menjadikan Malaysia sebagai tempat tinggal sementara, dan sehingga ke hari ini mereka disini, sehingga beranak-pinak. Dan ekonomi orang Acheh disini juga agak baik, banyak kedai runcit Acheh dibuka disini, kedai gunting rambut juga kebanyakannya dikuasai oleh orang Acheh. Tetapi rakyat Malaysia tidak mempunyai masalah dengan mereka. Kita masih potong rambut dikedai mereka, masih membeli dikedai mereka. Warga Indonesia juga ramai bekerja dan menetap disini, ada yang datang secara sah, ada juga secara haram. Sebelum ini kita boleh lihat warga Indonesia bekerja dipasar-pasar. Mereka bekerja dibawah Melayu, Cina, India dan mereka dilayan dengan baik, (tanpa menafikan segelintir pekerja mereka dilayan dengan teruk). Tetapi secara umumnya mereka bebas bekerja. Adakah rakyat Malaysia meludah mereka sambil berjalan? Tidak! Adakah rakyat Malaysia mengatakan ‘anjir’? Jauh sekali tidak! Tetapi ada segelintir dari mereka yang mengatakan Malaysia kejam. Hairan.
Bagaimana pula dengan rakyat Bangladesh, Nepal? Ya, mereka juga bekerja disini. Sebelum ini kita tidak mempunyai masalah pun dengan mereka. Yang potong rumput ini pun kadang-kala orang-orang mereka. Tetapi kenapa bangsa Rohingya kita mempunyai masalah dan pertikaian? Kenapa Rohingya? Kenapa yang lain kita tidak ada masalah? Masalah kita dengan Rohingya adalah mereka ini tidak mahu berasimilasi dengan budaya Malaysia. Ya, walaupun nampak kecil, tetapi itu masalah teras dan besar sebenarnya. Sebab apa? Bila sesuatu bangsa atau kaum luar itu tidak mahu menerima budaya dan adab dan adat setempat, ianya menjadi satu masalah. Sesebuah negara bertamadun, kita mempunyai budaya kita sendiri seperti salah satunya menjaga kebersihan. Bilamana sesuatu bangsa itu bagi mereka membuang sampah itu perkara biasa. Perkara ini sangat tidak boleh diterima oleh sesebuah negara yang bertamadun. Buang air besar dan buang air kecil merata, makan kemudian meludah, disitu makan disitu buang. Budaya begini kita tidak boleh terima oleh kita. Sangat-sangat tidak boleh terima. Apatahlagi ada suara-suara segelintir dari mereka inginkan hak sama rata dan kawasan Selayang sebagai tempat mereka atau dalam kata yang lain sebagai negeri mereka. Walaupun ada yang berkata ini berita fitnah. Kita lihat sahaja di Selayang sebelum ini, dengan lambakan mereka berniaga, sudahlah diberi berniaga, buang sampah merata-rata. Sesiapa yang biasa lalu dikawasan itu, mereka akan tahu sebelum ada mereka dan sesusah ada mereka disitu. Dengan sampah, kotak, polisterin, meludah sana sini. Bayangkan mereka sudah menetap disini 30 tahun, tetapi masih dengan perangai dan pembudayaan ketika ditanah sendiri. Saya tidak cakap pendatang yang lain semuanya baik, semuanya boleh berasimilasi dengan rakyat Malaysia, cuma bangsa Rohingya ini kebanyakannya sukar diajar.
Tetapi, adakah semua bangsa Rohingya ini bermasalah? Jawabnya tidak! Sebagai manusia, kita perlu bersikap adil. Tidak boleh pukul rata semua. Jika ada yang mengatakan mereka ini Al-fatihah pun tidak tahu. Berkemungkinan besar orang itu berjumpa dengan bukan orang Rohingya dan bukan orang Islam. Mereka ini orang yang selalu ke Masjid, mana mungkin mereka tidak tahu langsung membaca Al-Fatihah. Saya tidak boleh menafikan, kebanyakan bangsa pendatang memenuhi ruang Masjid dan Surau kita. Untuk mengatakan mereka langsung tidak tahu membaca Al-Fatihah, sangat teruk tuduhan seperti ini. Kita tidak suka seseorang, tetapi jangan sampai melemparkan sesuatu yang tidak benar. Sebagai seorang Islam, bersikap adillah dalam semua perkara. Mungkin orang itu berjumpa dengan orang Rohingya yang tidak tahu mengenai agama, jangan katakan Rohingya, bangsa kita(Melayu) sendiri pun ada yang tidak reti solat, apatahlagi membaca surah.
Kesimpulannya, Malaysia tidak rasis atau kejam atau apa sahaja. Malaysia sangat mengalu-alukan sesiapa sahaja yang ingin mencari rezeki disini. Disini pelarian diberi pekerjaan dan berniaga, adakah mereka yang mengatakan Malaysia rasis dan kejam ini mengetahui bahawa negara lain yang menerima pelarian tidak dibenarkan bekerja? Bukan itu sahaja, mereka tidak dibenarkan langsung keluar dari kem pelarian. Hidup mereka susah, hanya bergantung daripada makanan yang diberi oleh badan sukarelawan. Adakah Malaysia rasis, kejam? Cumanya sebagai rakyat Malaysia, sampai bila Malaysia ingin memberi laluan dan menolong pendatang asing, sedangkan disini masih ada yang duduk dipondok buruk. Ya, nilai kemanusian itu perlu ada disetiap dada manusia, tetapi, ada had dan batasnya. Cukuplah 200,000 bangsa Rohingya disini atau mungkin lebih, sebagai rakyat Malaysia, saya tidak menolak mereka, tetapi sudah sampai masanya Malaysia menapis setiap pendatang asing yang datang ke Malaysia. Kita tidak mahu yang datang, kemudian tidak pulang-pulang seperti warga China. Pihak bertanggungjawab yang kita harapkan sendiri menggadai kedaulatan negara dan menjual kad pengenalan kepada mereka. Sungguh memalukan! Dan kita juga tidak mahu tragedi di Pulau Bidong yang menetapkan pelarian Vietnam berulang kembali. Jangan disebabkan nilai kemanusian yang terlalu tinggi, sehingga Malaysia diancam kedaulatan negara suatu hari nanti.
Sekian.