Wanz Ramli Blog

Terus Mencari Persamaan

Puisi

Kehidupan Diri

Tak perlulah kita mengambil tahu kehidupan keluarga orang lain,
sehingga dalam selimut dan dalam kain..
Apakah kita sudah kehabisan kehidupan,
sehingga hal rumah dan tangga orang digembar-gemburkan..


Hidup kita zaman ini terlalu singkat,
bila-bila masa saja akan diangkat..
Kalaupun kita masih terselamat,
bukankah dunia hampir kiamat..


Mungkin kata orang “oo.. neraka”
Tetapi khabar Quran kepada manusia..
Sesiapa masuk ke neraka,
ingin balik semula ke dunia.


Zaman ini, zaman akhir dunia,
tiada masa untuk mencari seluar dalam apa yang orang guna..
Sepatutnya mencari apa sahaja yang boleh kita bawa didunia,
supaya boleh tukar menjadi tiket ke syurga.


Yang menerima nasihat pendosa,
Yang memberi nasihat juga pendosa..
Jangan memasukan diri kita ke syurga,
dan jangan pula mencampakan orang ke neraka..


Kedua-dua dari kita bercitakan syurga,
tiada sesiapa diantara kita ingin ke neraka.
Hanya orang gila sahaja mengidamkan neraka,
dan tidak mempercayai nikmat syurga.

Tagged:

LEAVE A RESPONSE

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Related Posts