Wanz Ramli Blog

Terus Mencari Persamaan

Tanaman

Assalammualaikum, Salam sejahtera..

(Nak lihat tanaman atau cara semai? Boleh ke Youtube : JOM! Bercucuk Tanam!)

Saya nak kongsikan cara saya tanam pudina menggunakan teknik keratan batang. Sebenarnya tak susah sangat pun, cuma perlu tahu bagaimana caranya sahaja. Cuma saya nak mengatakan disini. Lain padang, lain belalang. Lain orang, lainlah caranya(macam tak kena je..). Setiap orang, lain-lain caranya. Bagi saya semua cara betul, cuma sesuai atau tidak dengan cara kita sahaja. Jadi, jangan cakap, ini salah, itu salah ya. Raikan setiap cara orang. Oh ya, saya akan besertakan video sekali ya. Jadi kalau tak faham jangan risau.

Kalau nak tahu, batang pudina ni saya beli dipasar sahaja, beli pudina, ambil daunnya buat teh, kemudian batangnya ambil. Cari yang tua-tua sikit, jangan muda.

Saya akan tulis satu per satu caranya, kalau nak gambaran boleh ke video CARA TANAM PUDINA MENGGUNAKAN KERATA BATANG.

  1. Ambil batang pudina, kemudian potonglah dalam 3-4 inci.
  2. Kemudian, disini ada dua cara. Pertama anda boleh rendamkan keratan batang pudina kedalam air terus. Kedua(cara saya lakukan), anda boleh ambil span cuci pinggan tu, kemudian potong, dan buat lubang ditengah, supaya keratan batang tu boleh masuk dalam span tu. Lepas itu, rendam ke dalam air.
    Kenapa saya guna cara span bukan rendam terus dalam air? Saya pun tak tahu, haha. Sebenarnya saya pernah cuba teknik rendam batang terus ke dalam air, tetapi apa yang saya perasan, kita perlu tukar air tu setiap hari, kalau tidak, air akan menjadi busuk, dan keratan batang pudina pun akan membusuk. Jadi, saya pun cuba teknik lain(guna span). Bila guna span, keratan batang tidak perlu rendam terlalu dalam, sebab span tu akan meresap air, dan keratan batang tadi tidaklah berendam ke dalam air sentiasa, jadi batangnya tidaklah busuk dengan cepat. Fuh, saya harap pembaca faham apa yang saya nak sampaikan ni.
  3. Akhir sekali, tunggu sahajalah sehingga keratan batang mengeluarkan akarnya. Lama ke masa yang diambil untuk akarnya keluar/tumbuh? Menurut pengalaman saya, akarnya akan tumbuh seawal hari ke-5 atau hari ke-6. Pada penglihatannya, kita dapat lihat daunnya tidak layu, tapi bukan bermaknanya akarnya sudah tumbuh atau akarnya subur. Dalam penanaman cara keratan batang, untuk melihat pokoknya sihat dan membesar dengan baik atau tidak, jangan hanya melihat pada daunnya, tetapi lihat pada akarnya. Akar pokok sangat memainkan peranan.
  4. Dalam menentukan proses peralihan keratan batang ni, kita perlu pastikan akarnya betul-betul tumbuh dengan baik dan sihat. Caranya tengok akarnya, semakin banyak akarnya, maksudnya pokok dalam keadaan baik, dan sedia untuk dialihkan. Saya ada buat video dari cara tanam, hingga ke alih pokok. Saya akan sertakan pautannya. Perkembangan Pokok Pudina.

Tidak susah kan? Hanya perlu tahu caranya sahaja. Bagi saya, konsep tanaman ni luas. Jangan hanya tengok pertanian dari sudut tanaman sayur sahaja. Kalau kita tengok tanaman sayur, mesti kita akan cakap “halaman besar bolehlah. Sayur susahlah” dan sebagainya. Kita perlu lihat tanaman dari segi yang berbeza. Tanaman bukan terhad kepada sayuran atau buah-buahan, kita ada tanaman herba. Yang mana ruang yang diambil tersangatlah minima. Sebagai contoh, tanaman pudina. Ruang yang digunakan kecil sahaja. Walaupun pudina ini jarang ditanam, bagi saya untuk berjinak-jinak, pudina salah satu pokok yang mudah ditanam. Daunnya juga boleh digunakan. Boleh buat air.

Kadang kita buat secawan teh, bolehlah petik sehelai dua masuk dalam teh. Macam saya dulu jarang buat air teh pudina ni, sebab malas nak pergi beli. Lepas tu kena beli se-ikat pula, membazir. Tapi sejak tanam pudina ni, kerap pula buat air teh pudina. Mana tidaknya, tinggal nak petik saja. Kelebihan pokok pudina ni, dia tumbuh dengan cepat setelah dipetik. Kalau air dan baja cukup, dalam seminggu lebih sudah boleh dipetik semula.

Saya ada 4 pokok pudina, dan 2 lagi dalam proses membesar. 4 pokok pudina pun bagi saya sudah cukup banyak. Sekali petik, boleh buat 2 jug air. Sekarang ni hampir seminggu sekali saya akan petik buat air teh pudina. Jadi, kenapa mesti kita perlu mengeluarkan duit untuk ke kedai beli daun pudina, sedangkan kita boleh tanam sendiri.

Akhir kata dari saya, JOM! Bercucuk Tanam!

Sekian.

Tagged:

LEAVE A RESPONSE

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Related Posts