CARI PENDAPATAN PASIF? TANPA MERAGUKAN? JOM DAFTAR AZADEL(TEKAN DISINI) SYARIKAT LOKAL DAN HALAL.
Assalammualaikum, Salam sejahtera..
Pernah tak anda mendengar produk Atomy?
Jom saya cerita sikit, apa itu Atomy Malaysia.
Produk Atomy daripada negara K-POP iaitu negara Korea. Produk ini sudah terkenal didunia, cuma di Malaysia baru sahaja diperkenalkan. Baru 4 tahun. Untuk mendapat kepercayaan orang terhadap sesuatu produk, bagi saya 4 tahun itu masih baharu. Produk ini juga boleh menghasilkan point dan point boleh menjana duit sampingan! Boleh dikatakan buat duit jugalah. Orang kata ekonomi hari ini sedang jatuh. Mungkin ini peluang anda menjana pendapatan sampingan. Saya akan ceritanya dibawah.
Apa yang Atomy ini jual?
Menariknya Atomy ni, dia menjual barang keperluan. Bukan hanya kesihatan, kecantikan, tetapi barang keperluan dapur, seperti berus basuh pinggan, sabun tangan, sabun pencuci baju. Bahkan barangan seperti berus gigi, ubat gigi pun ada. Saya sudah mencuba Kopi Arabica dia. Sedap jugalah. Harga pun bagi saya, biasa-biasa, tidak terlalu murah, tidak juga terlalu mahal. 200 paket RM 140.00, kiranya jatuh pada harga RM0.70. Siapa yang ada pejabat atau buat perniagaan rumah penginapan(homestay), berbaloilah beli. Atau nak pergi jalan ke. Jangan risau, ada sijil Halal dari Korea Muslim Federation.
Tapi di Atomy ini, ada satu produk yang mana ianya menjadi kegilaan dan peminatnya yang tersendiri. Pada asalnya bila saya diperkenalkan produk ini, saya rasa biasalah ‘marketing’ lebih saja. Tapi bila saya buat carian, ramai sebenarnya telah mencuba produk ini, bahkan orang putih pun. Dan di Malaysia, Prof Muhaya dan Dr Tengku Asmadi juga berkongsi mengenai kelebihan produk ini. Apa nama produk ini? Namanya Atomy HemoHIM! Kalau kedua-dua mereka mengatakan ianya baik, jadi, apa salahnya kita mencuba bukan? Mak saya dan makcik saya pun mula mencubanya. Harganya RM390.00.
Anda boleh mencuba produk ‘Killer’ daripada Atomy ini. “Ishhh.. Halal ke produk Korea K-Pop ni?” InsyaAllah, Halal. Sebab ada sijil halal. Opsss tunggu, ada ke produk Atomy ini tidak halal? Saya kena jujur dalam bab ini. Buat masa ini ada satu produk yang saya perasan, ada tertulis,
* BE CAREFUL WHILE COOKING
MANUFACTURED IN FACILITY THAT ALSO PROCESSES EGG, MILK BUCKWHEAT, PEANUTS, SOY, WHEAT, MACKEREL, CRABS, SHRIMP, ‘PORK’, AND TOMATOES
Jadi, berhati-hati kalau nak beli makanannya. Beli yang ada tulisan halal di atas produk.
Atomy Potato Ramen Instant noodle
Tiada Sijil HalalAtomy Sandwich Laver
Ada Sijil Halal
Saya kena jujur dalam bab makanan ini. Dalam kita mempromosikan sesuatu benda, jangan terlalu ‘syok’ cakap produk yang kita promosi itu semuanya baik. Walaupun bahan-bahan yang digunakan bebas khinzir atau arak, tetapi kita kena pastikan kilangnya juga bebas dari pemprosesan bahan tidak halal. Jika tidak salah saya, semua produk yang ada dalam Atomy ini dibuat dipelbagai kilang berlainan. Jadi, mana produk yang halal, ianya dibuat dikilang yang lain. Jadi, boleh hubungi pihak Atomy untuk mendapat kepastian.
Selain itu, ada produk seperti kecantikan, penjagaan muka. Kalau tidak salah saya, Prof Muhaya juga menggunakannya. Saya akan kongsi pautannya.
Nak Vitamin? Pun ada juga.
Seperti apa yang saya bagitahu sebelum ini, menariknya Atomy ini ialah, mereka menjual barangan keperluan. Apa yang dia jual? Jom tengok gambar ini.
Apa lagi dia jual?
Jadi, sepertimana yang saya katakan tadi. Ianya bukan sekadar menjual produk kecantikan, tetapi banyak lagi produk dia. Cuma malangnya mereka tidak membenarkan ahlinya menjual produknya ke tempat lain. Hanyalah di laman sesawangnya sahaja. Mungkin untuk menjaga kualiti atau menjaga keaslian produk mereka. Dan setiap orang yang nak membeli, perlukan akaun Atomy. Pendaftaran adalah percuma.
Mungkin nampak leceh sikit. Apa yang bagusnya, kita boleh buat duit sampingan dalam ni. Nak kata MLM pun, entahlah. Tapi hakikatnya MLM la. Dalam Atomy ini, anda tidak perlu pun jual produk. Saya juga pernah alami program sejenis MLM, apa bezanya MLM yang sebelum ini saya masuk dan apa yang saya lihat(pandangan saya) mengenai program MLM, anda perlu menjual barang dan anda tertekan dan menekan orang bawahan untuk menjual barang. Membeli sejumlah barang dari syarikat, kemudian mencari orang untuk menjual, mencari ‘downline’, dan sebagainya. Lagi ramai orang beli, lagi mudah untuk memenangi kereta mewah. Boleh dikatakan “Kau tak jual, kau tak dapat. Kau jual, kau dapat, aku dapat”. Kadang orang bawah pulun menjual bagai nak gila, yang atas dapat imbuhan. Lagipun kadang produk yang kita ikut serta tu, bukanlah produk harian. Siapalah yang nak beli hari-hari. Ada juga MLM jenis rangkaian makan kawan.
Berbeza dengan Atomy(apa yang saya tahu), Atomy menjual pelbagai jenis produk dari kesihatan, kecantikan sehingga barangan keperluan. Dan kita tidak perlu membeli dan menjual, dan dalam Atomy tiada tekanan atau paksaan untuk menyuruh orang membeli produk atau menjual produk sebab barangan di Atomy adalah barangan keperluan. Setiap masa orang guna dan pasti orang beli. Cuma perlu mempromosikan Atomy Malaysia saja, konsep mempromosikan barangan atau sesuatu produk, bukanlah hanya berlaku di dalam Atomy sahaja, bahkan ianya berlaku disetiap sektor perniagaan. Kemudian jika orang bawah anda beli, dapatlah ‘Point’. Jika tidak mahu cari orang dan mempromosikan produk, jadi sebagai pengguna pun boleh.
Cumanya(banyak pula cuma) kelayakan untuk ada menjadi ‘Distributor’ anda hanya perlu membelanjakan duit anda atau dalam bahasa mudahnya anda perlu membeli barangan Atomy lebih daripada 10,000 Point dalam lingkungan RM80-100 setahun. Saya yakin, anda akan beli produk ini pasti melebihi 10,000 point setahun. Jadi, kenapa nak membazir point anda begitu sahaja. Sedangkan anda boleh membuat duit tambahan dengan menjadi ‘Distributor’ dimusim ekonomi jatuh sekarang ini.
Pautan yang dijanjikan
Prof Muhaya https://www.youtube.com/watch?v=zxlh-YFaldM
Dr Tengku Asmadi https://www.youtube.com/watch?v=PN2DkWEgcTU&t=25s
Sepertimana yang saya beritahu tadi, Atomy bukan terikat dengan hanya satu jenis produk. Jika anda berasa tidak senang dengan produk kecantikan atau produk kesihatan, takut akan bahan-bahan terlarang dan sebagainya. Anda boleh cuba kopinya. Atau mungkin boleh cuba sabun cuci pinggan, sabun basuh, berus gigi, ubat gigi, berus pinggan. Banyak lagi barangan keperluan harian yang ada dalam Atomy Malaysia.
Saya menulis ini sekadar perkongsian sahaja mengenai Atomy Malaysia ini. Jika ada sesiapa yang berminat nak beli atau nak tengok-tengok produk apa ada. Boleh ke laman sesawang Atomy Malaysia.
http://www.atomy.com/my/Home/Product/MallMain
Boleh lihat produk yang saya beli dan cubanya sendiri.
Produk ATOMY Kelengkapan Diri(Boleh Tekan Disini)
Jom membeli sambil dapat Point!
Sekian.
*** KEMASKINI 6/1/2021 :
Terdapat banyak perbahasan mengenai Atomy, sebagai manusia, kita perlu bersifat adi; dan jujur dalam mana kita mempromosi sesuatu produk. Jadi, semoleknya kita membaca keseluruhan penulisan yang ada tanpa ada rasa berat sebelah. Yang berhaluan Atomy, perlu terima segala fakta yang ada jika ianya betul. Dan sebaliknya, berhujahlah dengan fakta yang betul dan tuntas, jangan kita “Copy Paste” kemudian bila orang berhujah, kita tidak tahu jawaban balas. Pokok pangkalnya, kedua-dua belah pihak jangan hina menghina, jangan maki memaki. Jika keluar fatwa dari pihak berkuasa kelak, yakni Majlis Agama Islam mengenai hukum Atomy. Kedua-dua pihak perlu berlapang dada, menerimanya. Adapun tokoh-tokoh yang sedang berdialog, berdebat, saya yakin mereka orang-orang yang ada ilmu, dan saya tidak mahu memetik nama tokoh-tokoh tersebut, jika petikan saya salah, ianya akan menjadi suatu keburukan. Dengar dan baca apa yang mereka katakan. Saya tidak boleh ulas panjang, kerana ini bukan bidang saya. Apa yang saya takutkan adalah kedua-dua belah pihak menfitnah antara satu sama lain. Berhujahlah dengan fakta, jangan mengatakan perkara yang orang tidak buat, dan jangan mengata perkara yang orang tidak berkata. Jangan mengatakan orang nak jatuhkan orang kita, tidak boleh tengok orang kita senang, dan sebagainya. Dan jangan pula ada yang mengatakan mereka nak orang kita sesat, atau sebagainya. Saya harap pihak Agama akan masuk dalam kekalutan ini, dan menjadikan isu ini tuntas mengenai hukumnya. Saya juga ada menulis mengenai Promosi Produk vs Hamba Produk. Ingat, kita hanya promosi produk, bukan hamba kepada produk atau hamba kepada syarikat produk. Jika salah, ianya salah, jika betul, ianya betul. Sekian.
InsyaAllah, saya akan kemaskini perkembangan baharu dari masa ke semasa.
*** KEMASKINI 7/1/2021, Jam – 01:13 :
Alhamdulillah, kedua-dua tokoh hebat yang sangat saya angkat dan kagumi Saudara Firdaus Wong Wai Hung dan Saudara Afyan Mat Rawi, telah pun berjumpa dan berbincang. Dan ramai lagi tokoh seperti DTA(Dr Tengku Asmadi), Bro Amin Idris, keluarga MRM dan ramai lagi, telah berbincang. Apa yang mereka bincangkan, InsyaAllah akan diberitahu kelak. Perjumpaan ini sangat memberi manfaat kepada semua orang. Bagi saya kedua-dua belah pihak mempunyai hujah mereka sendiri, tetapi, apa yang saya tahu, tidak seorang pun dari mereka mengeluarkan hukum Halal mahupun Haram, kerana hukum ini terletak dibadan Majlis Fatwa Agama. Apa yang mereka bincangkan adalah organisasi Atomy itu sendiri. Saya tidak mahu ulas panjang, takut tersalah kata. Apa yang akan dinyatakan kelak oleh kedua-dua tokoh ini, setiap orang perlu berlapang dada, tidak kira dari pihak kanan mahupun kiri. Kita sebenarnya bersaudara selagi mana Bertuhankan Allah SWT dan kiblat yang sama. Contohilah kedua-dua tokoh ini, tidak terlalu fahaman melampau dan tidak pula terlalu ambil mudah. Nantikan kenyataan mereka. Semoga Allah rahmati kita semua. Sekian.
InsyaAllah, saya akan kemaskini perkembangan baharu dari masa ke semasa.
*** KEMASKINI 7/1/2021, Jam – 18:45 :

Alhamdulillah, kenyataan yang sangat-sangat ditunggukan sudah pun dikeluarkan oleh kesemua pihak baik daripada pihak MRM yang diwakili Saudara Ustaz Firdaus Wong Wai Hung, Saudara Ustaz Ahmad Iqram Mohammad Noor, Saudara Ustaz Aiman Banna. Dari pihak Atomy Malaysia DTA Team diwakili oleh Dr Tengku Asmadi, Saudara Amin Idris, Saudara Fadzli Aziz, Saudara Afyan Mat Rawi, Saudara Abu Mahdi Nik Mansor, dan Saudara Abu Talib Husin. Kesemuanya mempunyai hujah masing-masing, tetapi apa yang saya dapat dalam kenyataan ini, tiada sesiapa yang menyesatkan antara satu sama lain, tiada sesiapa yang mengatakan ingin menjatuhkan atau menutup periuk nasi dan sebagainya. Ada juga yang kata poket penuh, agama pun sanggup gadai. Berat tuduhan ini. Ada diantara mereka membeli produk Atomy sebab murah dan berbaloi, tidak pernah terlintas seorang makcik dikampung ingin menggadaikan agamanya kerana sesuatu produk. Sebagai contoh, Vitamin C RM80/90pek guna selama 3 bulan. Berbanding di farmasi sebotol Vitamin C harga RM80 guna selama sebulan. Kebanyakan Vitamic C di farmasi dari negara luar dan bukan produk Muslim. Tidak mungkin seorang makcik ingin menggadaikan agamanya(Islam) demi hanya membeli Vitamin C dari Atomy. Jadi, berhati-hati dalam kita menyesatkan orang.
Ini satu pengajaran buat kita sebagai orang awam dan orang bawah, jangan bertelagah, jangan menghina, jangan menyesatkan, sedangkan tokoh-tokoh ini boleh berbincang antara satu sama lain. Yang mengeluarkan kenyataan demi kenyataan tidak bergaduh, tidak bermasam muka, anehnya kita yang membaca kenyataan tokoh-tokoh ini bertelagah, menghina, memaki antara satu sama lain.
Saya sangat tertarik setiap bahagian kenyataan yang dikemukakan yang boleh kita baca. Sangat bersederhana dan ada isinya. Walaupun bersederhana, tetapi ada beberapa yang kedua-dua pihak setuju dan tekankan. Isi yang ke-3 perlu ditekankan dan jangan berhenti disitu, kerana isi ke-4 ialah sambungannya. Sesuatu yang produk yang halal dan disahkan halal oleh badan yang dipertanggungjawabkan, tidaklah boleh sewenang-wenangnya berkata ianya haram. Jika kita hendak berdiskusi mengenai Atomy Kristianisasi, kita tumpu pada perkara ini. Keluarkan semua hujah-hujah dan bukti sepertimana MRM lakukan.
Tetapi isi yang paling penting yang sangat-sangat perlu ditekankan adalah “SEMUA YANG BERIMAN ITU BERSAUDARA!”. Selagi seseorang itu beriman, jangan mudah untuk mengkafirkan atau menyesatkan orang lain. Kita tidak boleh mengatakan jika seseorang itu beli barangan orang bukan Islam, maka ianya sesat atau kafir. Balik kepada isi yang pertama dikenyataan tersebut.
Saya harap persengketaan ini akan berakhir dengan baik dan jayanya, tetapi jangan sesekali tutup pintu diskusi jika ada sesuatu perkara berlaku dihadapan kelak. Berlapang dadalah dengan apa-apa sahaja diskusi, jawab dengan penuh berhemah, sopan dan santun, dan penuh rasa rendah diri yang mana sebagai orang awam, terhadnya ilmu kita sebenarnya, biarlah pihak bijak pandai yang arif memberi hujah. Jika disebelah Atomy, Saudara Afyan Mat Rawi sangat bersederhana dan dipertengahan, saya harap orang dibawahnya mengikut setiap jejak langkahnya. Saudara Ustaz Firdaus Wong juga berada dijalan sederhana dan pertengahan. Yang penting diskusi dan hujah menjadikan kita lebih rapat lagi, InsyaAllah.
Jika ada sesiapa yang was-was, jangan sertai Atomy dan sesiapa yang sudah ikut serta, kemudian rasa was-was, janganlah dibuang produk kita beli itu, guna dan pakai sahajalah. Buang sesuatu barang yang kita sudah membeli, pertama membazir, kedua apa yang kita sudah beli mereka sudah pun dapat duit kita, jadi, kenapa mesti dibuang. Gunalah, kemudian berhenti dan jangan beli lagi. Kecuali barangan itu tidak halal.
Mana-mana ahli yang mempunyai bonus, jika boleh dan mampu, keluarkanlah sebahagian dari harta itu kepada orang yang memerlukan, derma, sedekah dan yang paling penting zakatlah. Tidak mampu banyak, sikit pun tidak mengapa. Tidak mampu semua, jangan tinggalkan semua.
Semoga pihak berwajib dan ada kuasa seperti Mufti dan Majlis Agama Islam dapat berbincang dan mengeluarkan fatwa. Bagi saya fatwa pihak berkuasa agama sangat diperlukan dan penting, jika ianya difatwakan Haram, maka haram, jika ianya difatwakan Harus, maka harus.
Adapun yang mengatakan kandungan Vitamin C Atomy ada babi/khinzir/ ‘Pork’. Ianya jelas, kotaknya bukan dari Atomy Malaysia. Saya masih mencari jawaban, InsyaAllah, jika saya dapat jawaban, saya akan masukan di bawah(kemaskini) kelak. Sekian.
InsyaAllah, saya akan kemaskini perkembangan baharu dari masa ke semasa.
*** KEMASKINI 7/1/2021, Jam – 23:00 :
Alhamdulillah, maklumat terbaharu saya dapat. Hukum menyertai Atomy, Mufti Selangor. ” Bagi mengelakkan sebarang keraguan dan was-was adalah lebih baik sekiranya mengelakkan diri daripada terlibat dalam perniagaan ini”. Seorang Mufti telah menyuarakan pendapatnya, maka, lebih eloklah buat masa ini ahli-ahli Atomy memberhentikan aktiviti promosi, membeli dan mengambil orang, seperti penulisan dari Saudara Afyan Mat Rawi. Semoga Allah ampuni dosa-dosa kita, dan rahmati kita semua. Kita promosi produk, bukan hamba kepada produk. Sekian.
Saya bukan ahli dibawah mereka(orang didalam gambar digambar), tetapi saya sangat mengangkat dan kagum dengan pemikiran mereka, mereka sangat pegang pada prinsip, jika Atomy suatu hari nanti dihukum sebagai Haram oleh pihak agawan(Mufti atau Majlis Agama Islam), mereka sedia meninggalkan. Bagi saya, inilah jihad yang sangat hebat, mengakui kesilapan dan kesalahan, sedia untuk mengakuinya. Jika yang bukan ahli mengata bermacam-macam seolah-olah tidak pernah mengaku kesilapan, tetapi Saudara Afyan Mat Rawi dan beberapa tokoh yang lain, sedia untuk meninggalkan Atomy serta merta jika hukumnya difatwakan haram. Tahniah, dan terima kasih kepada semua tokoh yang terlibat mencari jalan haq dan meninggalkan yang batil.
(Tolong baca sebetul-betulnya penulisan mereka, supaya tidak dianggap salah. “Sehingga keluar keputusan rasmi daripada para Mufti”.)
InsyaAllah, saya akan kemaskini perkembangan baharu dari masa ke semasa.
*** KEMASKINI 7/1/2021, Jam – 00:30 :
Di Facebook Firdaus Wong Wai Hung, ada menyiarkan bahawa wakil dari Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan telah hadir ke MRM bagi membincangkan isu Atomy. InsyaAllah, mungkin tidak lama lagi kita akan dapat jawaban dari salah seorang Mufti di Malaysia, iaitu Mufti Wilayah Persekutuan mengenai hukum menyertai Atomy. Tidak dinafikan, setiap fatwa-fatwa dari Mufti WP sangat ditunggu-tunggukan. Saya harap ianya dapat menyelesaikan kemelut ini, dan saya juga berharap kesemua para Mufti akan memberi fatwa mereka mengenai hukum menyertai Atomy atau hukum membeli produk Atomy. Sebab ada yang mengatakan “Kami tidak menjana pendapatan, cuma membeli produknya sahaja”. Seperti yang kita tahu, hukum bermuamalat dengan orang kafir adalah harus. Cuma persoalannya, bolehkah menyokong produk yang mana syarikatnya menyumbang kepada organisasi Agama. Seseorang yang berada didalamnya kemudian menyumbang atas namanya, itu hak dia untuk menyumbang dan tiada kene mengena dengan syarikat. Tetapi menyumbang kepada kebajikan Agama mereka, membuat rumah ibadah atas nama syarikatnya, itu menjadi masalah dan persoalannya. Tapi, memfitnah seseorang yang tidak melakukan apa yang kita kata, sama ada yang dituduh itu Islam, ataupun bukan Islam, ianya dilarang. Tidak kira dari pihak kanan, ataupun kiri, hukumnya tetap sama, haram dan dilarang.
Saya juga tidak akan mengulas apa yang ditulis atau dikatakan oleh tokoh-tokoh yang saya masukan disini, saya sekadar menyampaikan sahaja. Kerana saya orang awam biasa, bukanlah bidang saya untuk mengulas, mengkritik. Saya cuma menyampaikan semula sahaja disini. Jika tokoh-tokoh ini melihat tulisan saya dan ada kesalahan, mohon tegur. Sekian.
InsyaAllah, saya akan kemaskini perkembangan baharu dari masa ke semasa.

*** KEMASKINI 11/1/2021, Jam – 02:00 :
Assalammualaikum, kemaskini ini bukanlah perkembangan fatwa atau pandangan tokoh agama, cuma ini sekadar luahan hati saya sahaja, luahan hati saya bukan hujah dalam agama, sekadar renungan sahaja. Sejak menaiknya isu Atomy ini, perbincangan dan perbahasan pada awalnya dalam ruang lingkup yang baik. Ramai berbahas dan berhujah soal pokok dalam Atomy ini. Apakah hukum bermuamalat dengan orang kafir. Apakah hukumnya membeli dengan syarikat yang keuntungannya disalurkan kepada kristianisasi. Adakah benar Atomy menyalurkan keuntungannya kepada organisasi kristianisasi.
Tetapi saban hari diskusi, berbahasan ini semakin keluar dari ruang yang sepatutnya, semakin menyimpang dan semakin karut dan melampaui batas. Tidak kira dari pihak mana sekalipun, kedua-duanya berhujah perkara yang bukan soal pokok lagi. Hari ini mereka bukan berhujah tetapi seakan melabel. Ini bahaya. Semoga Allah melepaskan diri saya dan pembaca dari perbahasan dan hujah perkara sebegini.
Sebab apa saya berkata ini bahaya? Ada dikalangan mereka yang kehabisan hujah, dan tiada apa yang boleh mereka katakan, melain melabel orang lain. Seperti saya berkata tadi, kedua-dua belah pihak. Bukan sekadar melabel, bahkan menfitnah antara satu sama lain.
Hari ini, ada yang meragui keimanan orang lain, dan mengatakan sesat, dan lebih teruk lagi, sehingga mengkafirkan! Perbuatan yang melampau! Adakah dengan membeli produk orang kafir menjadikan kita kafir(lihat kenyataan bersama isi yang pertama)? Mengkafirkan orang lain tanpa hujah, kafir itu akan balik kepada diri kita sendiri. Jika membeli produk orang kafir menjadikan kita kafir, bagaimana seseorang yang merokok? Sudahlah rokok itu jenama orang kafir, produk juga orang kafir, bahkan cop halal pun tidak ada, jangan katakan cop halal JAKIM, cop halal negara lain pun tiada, cop halal palsu pun tidak ditemui. Adakah mereka boleh tergolong dalam kafir atau menyokong kafir? Perkara mengkafirkan orang lain bukanlah semudah ABC. Walaupun saya tidak merokok, tetapi menghukum perokok bersekongkol dengan orang kafir pun saya tidak mampu untuk berkata, apatahlagi mengkafirkan orang sewenang-wenangnya. Ada juga yang mengatakan “Nasib baik saya tak beli, kalau tidak, jadi kafirlah saya”. Ada juga yang mengatakan orang-orang yang beli produk Atomy telah mengkristianisasikan dan memurtadkan orang Melayu Islam. Hujah apakah ini? Menfinah orang tanpa ada bukti, berat tuduhan sebegini. Adakah makcik yang dikampung hanya membeli Vitamin C RM80, makcik ini telah bersama-sama mengkristiankan orang atau memurtadkan orang? Ada yang berkata mereka buat demi duit, masyuk, masuk poket dan sejenis dengannya, walapun tidak betul, tetapi itu cumalah perbualan yang biasa. Tetapi, menyesatkan orang, mengkafirkan orang, mengatakan ahli Atomy Malaysia(Melayu Islam) mengkristianisasikan orang, atau memurtadkan orang. Seperti yang saya tulis pada awal tadi, perbahasan ini sudah jauh menyimpang daripada persoalan pokok.
Adapun dari pihak ahli Atomy sendiri. Maaf ya, saya tidak berat sebelah, saya perlu jujur dan adil dalam mengatakan sesuatu perkara. Dalam kenyataan bersama yang dibuat(rujuk kenyataan bersama diantara MRM dan Atomy DTA), jelas mengatakan Atomy co Ltd terlibat dengan kristianisasi. Jelas perkara itu. Tiada sesiapa boleh menafikan bilamana kenyataan dibuat bersama. Tetapi ramai yang masih mengatakan Atomy tidak terlibat dalam dana kepada missionari kristianisasi. Bagaimana untuk dinafikan jikalau tokoh-tokoh yang hadir dan mempersetujui kenyataan ini, kemudian kita boleh menafikan? Dan hujah-hujah yang digunakan dari ahli Atomy mengatakan, “Kami tolong orang. Kami memberi mereka pendapatan. Sejak kami bersama Atomy, ukhwah kami sangat baik. Kami belajar bersama-sama, menolong orang”. Ya, ini benar, saya tidak boleh menafikan perkara ini, kerana saya sendiri berada didalam ruang mereka. Jika ada orang yang susah dikampung, tiada pendapatan, bilamana mereka menjadi ahli dan orang atasnya sudah mempunyai pendapat yang cukup, mereka akan beri ahli baru kepada mereka yang memerlukan(menjadi downline)untuk menjana pendapatan. Ini memang ada dalam pemikiran Atomy kumpulan DTA itu sendiri. Sesiapa yang tidak pernah berada dalam kumpulan ini, pasti tidak tahu bagaimana mereka tolong menolong, sangat hebat. TETAPI, ini bukan persoalannya. Kerana itu saya mengatakan berbahasan hari ini sudah diluar konteks apa yang sepatutnya kita bahas. Kita bukanlah bercerita perkara tolong menolong atau bantu membantu, tetapi kita bercerita mengenai hukum, adakah Atomy menyalurkan keuntungannya menyokong Kritianisasi, dan apakah hukumnya kita membeli produk dengan syarikat yang menyokong pergerakan missionari kristian. Kita perlu memahami teks dan konteks. Saya tahu ada kebanyakan orang cakap “Duit dia, biarlah dia nak buat apa”. Benar, seseorang yang menyumbang dana kepada agama mereka(kafir) adalah hak mereka. Tetapi jika seseorang itu membuka sesuatu syarikat perniagaan demi untuk menyumbang dana kepada ajarannya dan mengembangkan ajarannya, itu yang menjadi persoalan hukum. Bilamana untungnya lebih, maka, lebihlah missionari yang didanakan untuk membuat kerja-kerja dakwahnya. Jika lebih ramai “pendakwah” mereka, maka, lebih ramailah orang memasuki ajarannya. Tidak mustahil keuntungan tadi memberi kesan kepada orang Islam juga, dan tidak mustahil dengan keuntungan mereka tadi dapat menarik orang Islam kepada ajarannya. Dengan duit yang kita beli tadi, mereka membeli orang Islam yang lemah. Inilah perbahasan yang sepatutnya kita bahaskan. Bukan mengkafirkan orang, menfitnah, mengatakan orang nak tutup periuk nasi, orang nak menghalang kita buat baik, orang nak menyekat orang susah terus senang. Perbahasan apakah ini? Apa sebenarnya yang kita hendak bahaskan? Melabel orang sana sini, tetapi tidak membincangkan soal pokok. Sampai bila nak selesai? Ada juga yang memetik nama Ustaz Ebit Liew dengan mengatakan “UEL tolong orang Melayu, Cina, India. Tolong Islam, Kristian, Buddha, Hindu, tak ada pun orang bising? Kenapa kami dalam Atomy nak tolong orang susah, bagi pendapatan, nak bising?”. Ada yang samakan perjuangan mereka dengan UEL. Entahlah. Saya tidak minat memetik nama orang sesuka hati untuk meng-YA-kan perjuang saya. Ada pula yang berkata “Saya dah lama berhenti tengok dia ni(pendakwah berbangsa Cina), sebab sejak dia rasa yang dia lebih Melayu daripada Melayu”. Astaghfirullah al azim. Sahabat pembaca sekalian, kenapa kita mesti berkata sebegini. Hujah apakah ini sebenarnya, apa yang kita nak bahaskan? Allahuakbar. Semoga Allah melindungi kita semua. Hujah sebegini tidak membangun dan tidak mendatangkan faedah, apatahlagi untuk mencari hukum. Sebenarnya banyak lagi perkara yang kedua-dua belah pihak bicarakan yang keluar dari persoalan pokok. Tapi, saya tidak mahu menulis lagi. Cukuplah sekadar ini, saya tidak berani untuk menanggung dosa yang sedia banyak ini, jika tulisan saya disalah erti atau tersalah tulis.
Perbahasan melabel dan menfitnah ini semakin buruk keadaannya, ianya meleret dan tiada berhentinya. Saya harap pihak Majlis Agama Islam Negeri memberi fatwa mengenai perkara ini demi menutup keburukan yang lebih besar lagi. Sehingga ke saat ini, hanya Portal Mufti Selangor sahaja yang mengeluarkan pendapatnya. Walaupun ada yang cakap “Hanya sekadar chatting”. Tetapi, untuk mengeluarkan sesuatu pendapat, mestilah ada penghujahannya. Pendapat dari portal Mufti, tidaklah boleh sewenang-wenangnya beri pendapat. Saya masih menunggu fatwa rasmi dari Mufti Wilayah Persekutuan.
Mulai kini, saya tidak akan mengemaskini perkembangan kecuali daripada pihak bertanggungjawab hal ehwal agama(Majlis Agama Islam Negeri dan Majlis Fatwa Kebangsaan) sahaja.
Semoga saya dan sahabat pembaca sekalian berlepas diri dari perbahasan label-melabel dan fitnah-menfitnah orang. Semoga Allah melindungi kita dari menfitnah dan difitnah. Semoga Allah menjauhi kita dari perbuatan ini. Semoga Allah rahmati kita semua. Doalah sahabat sekalian daripada menfitnah dan difitnah. Saya sentiasa takut dengan perkara sebegini. Doakan saya sekali. Kadang kala dalam kita menulis terlalu asyik sehingga lupa untuk mengawal emosi. Kerana emosi mempengaruhi tulisan kita.
Jika ahli Atomy/ atau ahli yang memberi nasihat(tidak fitnah, tidak maki orang lain) didapat salah, mereka bertaubat kepada Allah SWT, berubah, mengeluarkan harta syubhah mereka(jika fatwa mengatakan perlu dikeluarkan), mudah-mudahan Allah menerima dan mengampunkan dosa mereka. Tetapi jika kita menfitnah, kemudian bertaubat kepada Allah SWT, belum tentu dosa kita terampun, saya rasa semua maklum bahawa dosa dengan makhluk hanya terampun bilamana kita sendiri meminta ampun kepada mereka. Berdoalah supaya kita bukan dari golongan penfitnah. Jangan sampai kita merangkak diakhirat kelak. Dan kepada tokoh-tokoh dari kedua belah pihak, ya, bukan mudah untuk menahan mulut orang dan melarang perbuatan orang, tetapi tanggungjawab kita sebagai orang yang diikuti, paling tidak, nasihatlah, ‘post’lah satu kenyataan di Facebook, beritahu perbuatan pengikut kita sudah melampui batas.
Kita sepatutnya balik kepada perbahasan atau persoalan pokok.
Apakah hukum bermuamalat dengan orang kafir?
Apakah hukumnya membeli dengan syarikat yang keuntungannya disalurkan kepada kristianisasi, Yahudi(Kafir)?
Adakah benar Atomy menyalurkan keuntungannya kepada organisasi kristianisasi?
Jika kita dapat jawaban semua ini, maka, terjawablah sudah hukum Atomy, dan adakah Atomy ini berunsur syuhah.
Jika Majlis Fatwa telah mengeluarkan fatwa, maka, terimalah dengan berlapang dada. Saya rasa jika majoriti Mufti(mungkin 5 buah negeri ke atas)telah mengeluarkan fatwa yang sama, maka, tiada apa yang boleh kita lakukan, melainkan akur.
Sekian.
InsyaAllah, saya akan kemaskini perkembangan baharu dari masa ke semasa.
*** KEMASKINI 13/1/2021, Jam – 08:35 :
Pandangan Dr Rozaimi Ramle berkaitan dengan “Bolehkah Membeli Produk Dimana Hasil Keuntungan Digunakan Untuk Sebaran Dakwah NON MUSLIM”
https://www.facebook.com/promediatajdid/posts/1743989892448428
InsyaAllah, saya akan kemaskini perkembangan baharu dari masa ke semasa.
*** KEMASKINI 14/1/2021, Jam – 09:40 :
Saya tertarik pandangan yang diberi oleh Dr Zaharuddin Abd Rahman dalam satu wacana “Bisnes MLM : Sah atau Salah” dipenghujung wacana Dr Zaharuddin ada kongsikan sesuatu yang bagi saya agak menarik, dan ini menjadi panduan kita sebagai seorang yang benar-benar percaya bahawa Allah memberi rezeki kepada kita. Apa pandangan beliau?(Tolong tonton wacana ini. Mungkin ada satu dua perkataan yang saya terlepas pandang)
“Saya peribadi tidak menuju kepada syarikat ini dan saya tak kaji. Dan saya bincang pasal Multi Level yang umum. Kalau ada diluar sana siapa-siapa yang terlibat dalam Money Game yang memperalatkan Multi Level dia kena berhenti. Kalau ada melibatkan yang haram tadi kalau confirm yang haram, kalau confirm maka dia kena berhenti. Kerana disebutkan dalam dalam kaedah usul dia menyebutkan (………..) iaitulah satu perkara kalau ghalib zhon ni berlaku maka dia macam betul-betul berlaku walaupun tidak berlaku…………. Sebagai akhirnya saya nak khatamkan dengan dua panduan dari Al-Quran dalam bab bilamana bertembungnya keperluan dunia, keperluan pendapatan dengan keperluan akhirat. Allah sebut yang pertama dalam surah Al-Jumaah Ayat 11 (Sila rujuk Al-Quran),
KATAKANLAH APABILA KAMU DAPAT NAMPAK SATU PERNIAGAAN DAN PERMAINAN. LALU KAMU TINGGALKAN MEREKA(khatib, berkhutbah), KATAKANLAH : KEPADA MEREKA BAHAWA SESUNGGUHNYA ADA DISISI ALLAH ITU LEBIH BAIK DARIPADA PERNIAGAAN DAN PERMAIANNYA ITU
Yang paling menusuk jiwa saya satu lagi ayat Al-Quran dalam Surah At-Taubah Ayat 28 (Sila rujuk Al-Quran),
WAHAI ORANG YANG BERIMAN, SESUNGGUHNYA ORANG KAFIR MUSYRIK ITU NAJIS, SELEPAS TAHUN INI JANGAN BAGI LAGI ORANG KAFIR MUSYRIK MASUK MASJIDIL HARAM(MASUK KAWASAN MASJIDIL HARAM)
Maka akibat pada ayat itu sahabat-sahabat menjadi sesak dada kerana apa, kerana mereka membeli daripada orang musyrik. Dan sebahagian mereka menjual kepada orang musyrik, mereka mendapat keuntungan daripada orang musyrik ini, hasil daripada peniaga dipasar-pasar. Tetapi apabila Allah tak boleh dah, mereka sesak dada. Lalu mereka merayu pada Nabi, Nabi tunggu wahyu, Allah sambung.
KALAU KAMU TAKUT JADI PAPA KEDANA, MISKIN KERANA INGIN IKUT ALLAH PUNYA ARAHAN, KETAHUILAH ALLAH YANG MEMPERKAYAKAN KAMU BUKAN HARTA ITU.
Jadi, sama-samalah kita kalau terlibat dalam mana-mana bisnes yang haram, bagi saya forex trading itu haram, kalau kamu kata dapat untung bagi saya tidak dihalalkan. Contoh Multi Level yang dihalal kalau ada, tak boleh terlibat, money game kalau boleh membuatkan kamu jadi bilionaire, kaya sekalipun, boleh bagi banyak kerja, boleh bagi makan ramai orang, tapi kerana dia haram. Dia hanya menjauhkan manusia dari Allah, bukan daripada mendekatkan kerana tiada keberkatan dalam pendapatan itu, Wallahu A’lam. – Ustaz Dr Zaharuddin –
Cuma akhir sekali Dr Zaharuddin ada mencelah, dan saya rasa Dr Zaharuddin memberi padangan mengenai syarikat Atomy itu sendiri, kata beliau. “Kalau boleh bincang dengan mereka bukan turunkan apa-apa daripada web mereka tapi mereka kena apa sahaja hasil dapati daripada syarikat Malaysia, tidak boleh disalurkan kepada aktiviti, contoh. Kalau itu dapat dijayakan itu satu kejayaan yang besar.
Itulah diantara perkongsian yang bagi saya sangat terkesan bilamana mendengarnya. Dr Zaharuddin Abd Rahman ini seorang tokoh dalam bidang Shariah Kewangan Islam. Dan saya pasti beliau sudah matang dengan selok belok syarikat MLM yang cuba mempermainkan, yang cuba menyembunyikan apa sahaja agenda disebalik tabir. Dengan kata-kata Dr Zaharuddin ini jelas, tidak kiralah menolong orang, bantu membantu, dapat beri makan kepada orang, hatta dapat memberi pendapatan ketika musim PKP, jelas, jika ianya jelas bertentangan dengan syariah Islam, maka, tidak boleh. Berilah seribu alasan tolong menolong atau bantu membantu sekalipun, tetap tidak boleh. Dan Dr Zaharuddin ada menyebut mengenai, jangan takut jadi papa kedana, Allah yang memperkayakan kamu. Ini satu kepercayaan yang harus kita pegang sampai mati. Tapi bukanlah bermaksud kita hanya duduk ditikar sejadah sahaja, dan menunggu rezeki jatuh dari langit.
Tetapi, bukan bermakna kita boleh menfitnah orang sesuka hati, dan menfitnah produk yang diberi kehalalannya dengan mengatakan terdapat kandungan babi, sijil tipu dan sebagainya. Walaupun saya cenderong kepada menarik diri lebih baik, jika ianya difatwakan oleh Mufti Wilayah Perseketuan kelak, tetapi menyuruh Ahli Atomy keluar dengan cara menfitnah makan produk yang tidak halal, atau makan babi atau holy water, atau apa sahaja, itu bukan cara saya. Saya sendiri telah usahakan untuk mendapat jawapan adakah Vitamin C Atomy mengandungi babi /‘pork’. Alhamdullilah, seminggu saya tunggu jawapan, akhirnya dapat jawapannya. Saya harap pihak Atomy akan jelaskan perkara ini.
Jadi, berhujahlah dengan fakta, dan berhujahlah dengan benar serta bertakwa kepada Allah. Setiap insan melakukan kesalahan. Dan untuk menyuruh ahli Atomy keluar secara mengejut, itu juga bukanlah sesuatu yang mudah. Kita sendiri pun jika perkara yang haram dibuat, tetapi sudah dibudayakan dalam diri, bukan mudah untuk ditinggalkan begitu sahaja. Itulah manusia. Perlu ada masa, dan setiap orang imannya tidak sama, ada masa naik dan ada masa turun. Jangan samakan iman kita dengan iman orang lain. Mungkin kita iman kuat, solat tidak pernah tinggal, dosa pun jarang lakukan, kemudian kita nak herdik orang lain begitu sahaja. Tidak adillah. Janganlah herdik orang seperti kita tidak penah lakukan dosa, kita insan, berdakwahlah secara insan. Sekian.
InsyaAllah, saya akan kemaskini perkembangan baharu dari masa ke semasa.
*** KEMASKINI 26/5/2021, Jam – 09:35
Kenyataan terkini dari JAKIM mengenai ATOMY.
JAKIM telah mengeluarkan satu kenyataan terkini di ruangan Facebook Jabatan Kemajuan Islam Malaysia(JAKIM) mengenai hukum ATOMY. Walau bagaimanapun, JAKIM masih tidak mengeluarkan hukum ATOMY secara tuntas. InsyaAllah, sama-sama kita tunggu fatwa dari JAKIM. Tetapi, apa yang JAKIM ditekankan dan dibincangkan adalah “PANDANGAN HUKUM BERKENAAN PERNIAGAAN YANG MENYUMBANG KEPADA GERAKAN ANTI ISLAM” atau dikenali sebagai Missionary Kristian. Ini sangat menarik, kerana persoalan pokoknya bukanlah ATOMY itu sendiri, tetapi penyumbang kepada gerakan dakwah kristian atau apa-apa agama itu sendiri yang bermasalah. Jika kedai Ah Chai mengatakan beliau buka perniagaan untuk gerakan agamanya, atau Mutusamy mengatakan “Saya jual barang ini untuk organisasi agama saya”, tidak kira sesiapa dan perniagaan apa pun, jika ianya dibuka kerana ingin menyumbang dan mendakwah umat Islam kepada agama mereka, ini yang menjadi pertikaian. Adakah kita boleh bermuamalat dengan mereka. Sebagai umat Islam, kita perlu berhati-hati. Tiada sesiapa didunia ini yang memegang teguh pada agamanya, akan menyumbang kepada organisasi agama lain.

One thought on “Apa Itu Atomy Malaysia”