Assalammualaikum, Salam sejahtera..
Kebelakangan ini, memang ramai orang yang menjual satay. Cuma nak dapat satay yang betul-betul sedap tu, susah sikitlah. Adakalanya satay sedap, kuah tak sedap. Ada pula kuah sedap, satay pula biasa-biasa. Kombinasi satay dan kuah kacang bersama nasi impit ni, sangat menggiurkan sebenarnya. Yang menulis ni pun terliur, haha.

Tetapi tahukah anda? (haha..) Di keramat ada satu kedai satay ni yang sangat sedap dengan rasa kemanisan gula yang bertan-tan(tak tahulah berapa tan gula yang mereka letak dalam resipi ni) memang sedap, dan manis, berkilat-kilat satay dia. Untuk membuat satay, gula sangat mainkan peranan besar, jika gulanya sedikit, kebiasaannya memang tak sedap, tapi kalau gulanya banyak. Booom! Memang terangkat dan ternaik kencing manis kita, haha. Jangan makan selalu oii.

Balik kepada kedai satay tadi. Nama kedai satay ni ialah Satay Zainah Ismail. Saya tidak cakap kedai satay ni paling sedap atau tersedap atau terhebat. Cuma saya boleh cakap ianya DIANTARA yang sedap pernah saya makan. Sataynya agak besar tambahan puas jugalah makan, kuah kacangnya pun sedap. Kombinasi satay dan kuah kacangnya sangat kena dan sebati. Cuma nasi impitnya waktu saya beli, agak kurang, tapi masih lagi baik saja. Dalam masakan ni, biasalah, waktu kita datang sedap, orang lain datang tak sedap pula, kan? Tapi, buat masa ini saya sudah cuba berkali, rasanya sama sahaja. Bagi saya, setiap pencinta satay, kena cuba Satay Zainah Ismail ni.
Cuma! Peringatan! Satay dia agak terlalu manis, mungkin bagi seseorang yang kurang suka pada kemanisan, satay ni mungkin. Saya ulang balik ya, MUNGKIN kurang suka satay ini. Ini sekadar pendapat dan pandangan saya sahaja, untuk saya satay ni memang sedaplah. Kita perlu fahami, dalam merasa dan mengulas sesuatu makanan, kebiasaannya pendapat kita tidak sama. Sebab setiap orang dibesarkan dengan lidah yang berbeza-beza, maksud saya lidah kita dibesarkan dengan makanan yang berbeza sejak dari kecil lagi, sudah pastinya setiap orang mempunyai rasa yang berbeza. Kerana itu dalam penulisan saya ini, saya tidak akan meletakan penilaian atau rating, sudah pastinya selera kita berbeza. Jadi apa yang perlu kita buat adalah, kita cuba terlebih dahulu.

Mengenai harganya..
Satay Ayam – RM1.30
Satay Daging – RM1.70
Satay Perut – RM1.40
Nasi Impit – RM0.50

Satay Ayam RM1.30 Satay Daging RM1.70 Satay Perut RM1.40
Jika dilihat pada saiznya, berbaloi sebenarnya. Kenyang! Bagi saya harganya biasa-biasa sahajalah, maklumlah hidup di Kuala Lumpur, susah nak dapat murah-murah macam di kampung. Kalau murah pun, mesti satay dia kecil saja. Makan satu tak cukup, kena makan dua, serupa sajalah beli yang mahal sikit ye dak?
Baiklah, dekat mana kedai satay ni? Paling senang untuk menjawab ialah, berhampiran dengan UTC Keramat, dan Stesen Minyak Petron, masuk simpang tu, Jalan Keramat, kedai tu berada di sebelah kanan. Atau sesiapa yang jauh, boleh naik LRT turun di Stesen Damai. Saya akan bagi alamat dan tunjuk petanya dibawah.
Satay Zainah Ismail
Jalan Keramat,
54000, Kuala Lumpur.
Tel : 03-42569973
Waktu operasi
Setiap hari
6:00 Petang – 11:30 Malam

Selamat menjamu selera!
Sekian.