Wanz Ramli Blog

Terus Mencari Persamaan

Bicara Santai

Assalammualaikum, Salam sejahtera..

Hari ini saya nak review sesuatu yang mana saya rasa kerja usaha ini patut ditolong atau disokong. Saya menulis ini berdasarkan pandangan dan penglihatan saya sahaja. Apa yang saya nak review ni? Macam serius saja.

Saya nak review Dokumentari Conspiracy The Series ( Bahagian/Episod 1). Siapa tukang cakapnya? Ustaz Ibnu Rijal. Apa yang seronok mengenai Ustaz Ibnu Rijal, beliau sentiasa berada ditengah perbincangan. Beliau tidak pro atau anti, beliau juga tidak setuju sesiapa yang mengatakan semuanya Illuminati/Freemason, termasuklah nasi lemak dikatakan “agenda” mereka membentuk piramid. Dan beliau juga tidak setuju dengan orang yang menolak bulat-bulat teori-teori konspirasi yang ada. Jika nak tahu pemikirannya, bolehlah buat pembelian Conspiracy The Series, harganya RM69.00, boleh tonton trailer

https://www.youtube.com/watch?v=p5tTxtXoBsk

Jom kita ulaskan, apa diantara yang Ustaz Ibnu Rijal(UIR) katakan didalam Series (Bahagian/Episod 1)

Ustaz Ibnu Rijal membawa suatu persoalan, ketika Nabi Musa berkata kepada Bani Israil Masuklah ke Tanah Suci(Palestin) atas perintah Allah, tetapi mereka menolaknya dan berkata mereka tidak akan masuk ke negeri itu buat selama-lamanya.

Pada asalnya mereka ini menolak untuk berada di Tanah Suci yang dijanjikan Allah buat mereka, TETAPI, hari ini, siapa yang beriya-iya inginkan tanah suci yang sekarang ini bernama tanah Palestin lebih tepatnya lagi Baitul Maqdis??? Pelbagai konspirasi mereka cipta supaya mereka menguasai Tanah Suci yang pada asalnya kaum mereka tidak mahu. Apa sebenarnya yang ada dalam Baitul Maqdis ini? Dan siapa sebenarnya mereka ini?

Persoalan ini akan diteruskan seperti penceritaan, kemudian Ustaz Ibnu Rijal akan sambung mengenai The Knight Templar. Bagaimana pada asalnya mereka ini golongan yang pegang teguh pada ajaran agama, kemudian bilamana mereka menguasai Baitul Maqdis, dan selepas itu, The Knight Templar semakin keluar dari ajaran sebenar kerana dikatakan mereka menemui sesuatu di dalam Baitul Maqdis. Apakah yang mereka jumpa? Belilah CD Conspiracy The Series. Haha. Ketua The Knight Templar dibakar pada tahun 1314 dan diharamkan kerana membawa ajaran sesat dan perkara bidaah dalam agama Kristian. Mereka semakin menyembah syaitan. Mungkin juga organisasi ini sebenarnya yang berada di Tanah Haram Israel? Atau siapakah mereka?

Baiklah, itu diantara yang diceritakan dalam bahagian/episod 1. Dokumentari ini pada awalnya sedikit pelahan, tetapi pada pertengahannya, membuatkan kita nak dengar dan terus nak dengar lagi. Sangat menarik. Oh ya, saya bukan staf atau team Unais Mediaworks, setiap pembelian sahabat semua tiada kena mengena dengan saya dan tiada apa yang saya akan dapat atas pembelian sahabat semua. Saya mempromosi ini sekadar sukarela sahaja. Sebab perbincangan ini tidak terlalu ultra teori konspirasi dan tidak juga menolak semua teori yang ada.

Kelebihan perbincangan Ustaz Ibnu Rijal adalah beliau mengumpulkan semua maklumat baik dari ulamak atau tokoh Islam dan juga tokoh dari dunia barat, tetapi tunjangnya Al-Quran dan Sunnah. Ustaz Ibnu Rijal bukan hanya cakap kosong seperti sebahagian orang bercerita mengenai teori itu dan ini, tetapi tiada sandaran atau rujukan. Mustahil orang lain nak dengar, apatahlagi percaya teori-teori yang mereka cipta tanpa rujukan. Dunia hari ini adalah dunia ilmiah, setiap perkara mesti ada rujukan, dan perbincangan Ustaz Ibnu Rijal ada semua itu. Adakah beliau sentiasa benar dan betul? Pastinya tidak, kerana beliau bukan Nabi. Ada betulnya apa yang beliau katakan, mungkin ada juga salah, itu perkara biasa sebagai seorang insan. Tetapi apa yang baik dan bagusnya Ustaz Ibnu Rijal, beliau sentiasa membuka ruang perbezaan. Ini kelebihan pemikiran beliau.

Apa yang penting, kita perlu sentiasa berada digarisan tengah supaya tidak tergelincir terlalu ke kanan, dan terlalu ke kiri. Jadi, jom sama-sama kita sokong pembikinan ke arah agama.

DVD Conspiracy The Series
Harga – RM69.00
012-471 7005
Unais Mediaworks

Sekian

Tagged:

LEAVE A RESPONSE

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Related Posts