Wanz Ramli Blog

Terus Mencari Persamaan

Bicara Santai

Assalammualaikum, Salam sejahtera..

Baru-baru ini heboh mengenai satu aplikasi Waktu Solat, Quran bernama Muslim Pro yang dikatakan telah menjual maklumat peribadi kepada tentara US. Saya tidak tahu apakah itu benar atau tidak, tetapi apa yang dikeluarkan oleh pihak Muslim Pro, mereka menafikan perkara tersebut.

Saya pun agak terkejut bila mendengar berita ini sebab saya seorang pengguna aplikasi tersebut. Bila dapat sahaja berita, berbelah bahagi saya untuk uninstall atau biarkan sahaja. Sehingga saya buka Facebook Muslim Pro dan mengeluarkan kenyataannya. Bagi saya Muslim Pro antara aplikasi yang terbaik pernah saya guna. Kesemuanya ada didalamnya. Waktu solat, Quran dan sebagainya.

Tetapi hikmahnya jadi begini adalah, saya menemui pengganti aplikasi ini. Walaupun ianya tidak sehebat Muslim Pro, tetapi ianya seakan-akan Muslim Pro. Dan lebih menariknya lagi, aplikasi ini dari negara kita sendiri, iaitu MALAYSIA. Banggalah dengan produk kita.

Apa nama aplikasi ini?

Waktu Solat Malaysia

WAKTU SOLAT MALAYSIA. Namanya sahaja kita sudah tahu ianya datang dan dibuat di Malaysia. Menurut app info, aplikasi ini telah lahir pada 4 Januari 2014, tetapi hari ini, barulah saya mengetahuinya. Seperti yang saya beritahu tadi, ini antara hikmahnya dari kejadian ini. Menurut app info ini juga, aplikasi ini dilahirkan oleh Media Prima Digital Sdn Bhd (Ala, yang TV3 tu). Sekurang-kurangnya kita meletakan sedikit lebih kepercayaan kita ke atas syarikat ini. Yang mana memang boleh dipercayai.

Mungkin ada yang berkata-kata ” Ala, selama ini pakai Facebook, Instagram, Youtube…… Semuanya bukan selamat, kenapa kita nak kecoh”. Kita perlu faham sesuatu, memberi, mencuri, dipaksa beri, atau memang aplikasi itu dibina sebab inginkan maklumat peribadi dengan menjual, isu yang berbeza. Isunya bukan selamat atau tidak, isunya dikatakan mereka menjual. Jika benar mereka menjual, ini perkara yang sangat jelik. Seolah-olah mereka menjual orang Islam kepada musuh Islam. Saya mengharap berita yang mengatakan mereka menjual maklumat orang Islam itu tidak benar.

Baiklah, kita berbalik kepada aplikasi Waktu Solat Malaysia. Apa yang menarik mengenai aplikasi ini, ianya hampir sempurna seperti Muslim Pro. Seperti yang saya katakan tadi, Muslim Pro antara aplikasi yang tebaik, bagi saya. Cumanya ada sedikit kekurangan pada Waktu Solat Malaysia ini. Jom kita lihat apa yang menarik mengenai aplikasi Waktu Solat Malaysia.

Saya suka muka depan yang sederhana dan buka-buka sahaja, ianya menunjukan arah kiblat. Dan apa yang menariknya bilamana arah kiblatnya betul, akan berwarna hijau dan akan bergetar. Bermakna arah kiblat kita betul.

Dan menariknya lagi, semestinya ada waktu solat. Lihat pada jam tersebut. Muka depannya agak sederhana dan tertera waktu solat. Tetapi, apa yang saya perasan, kebanyakan aplikasi seperti ini, bila ada waktu solat atau azan, tiada Quran. Jika aplikasi Quran, tiada waktu solat. Mungkin kerana itu juga ramai memilih aplikasi Muslim Pro. Tetapi, Alhamdulillah, aplikasi ini ada kedua-duanya, kerana itu juga saya mengatakan tadi, aplikasi Waktu Solat Malaysia hampir sempurna. Kenapa hampir sempurna, bukan sempurna? Saya akan beritahu nanti, jadi, tunggu ya. Kita cerita yang baik-baik dahulu.

Selain itu, terdapat beberapa lagi perkara yang menarik perhatian saya dalam aplikasi ini. Ianya ada informasi seperti media, yang akan kongsi video-video ceramah. Ada juga tatacara berwuduk, niat solat, wirid dan zikir, doa solat, doa qunut, doa selepas azan, solat dhuha. Tatacara solat jamak ini juga menarik bagi saya, dan banyak lagilah. Cuma ada beberapa yang saya suka dan nak tekankan adalah, masjid dan halal food. Muslim Pro juga ada informasi mengenai ini dan Waktu Solat Malaysia juga ada. Sangat menarik bagi saya.

Saya pernah ke suatu kawasan yang baharu, yang tidak pernah saya lalu. Ketika itu waktu solat. Jadi, ketika itu saya guna Muslim Pro, mudah untuk saya buat carian, ada atau tidak masjid disekitar itu dan yang terdekat. Ini satu kemudahan yang bagus dan terbaik dan wajib ada. Mungkin aplikasi seperti halal food bukan pilihan teratas buat kita, tetapi ianya bagus untuk ada, dalam masa yang sama bolehlah promosi kedai Islam yang ada disekitar kita.

Baiklah, kita balik kepada pertanyaan, kenapa hampir sempurna, kenapa bukan sempurna? Jawapannya ada pada gambar dibawah.

Ini bahagian Al Quran, Surah Al-Fatihah dalam aplikasi Waktu Solat Malaysia. Cuba bandingkan aplikasi ini dengan Muslim Pro. Yang mana Muslim Pro terdapat warna-warna tajwid. Saya tidak tahu jika ada tetapan yang saya terlepas pandang yang boleh memasukan warna tajwid. Jika ada, tolong beritahu saya dan saya akan tarik semula tulisan bahagian ini.

Kerana bagi saya, dengan adanya warna tajwid ini, ianya lebih mudah kepada si pembaca seperti saya, dan lebih menarik perhatian. Saya rasa Waktu Solat Malaysia boleh lakukannya dan saya harap sangat mereka lakukannya. Jika mereka ubahsuai bagi lebih cantik sedikit dan memasukan warna-warni dan hukum tajwid, ianya lebih sempurna dari sedia ada. Saya harap ini sampai kepada pihak aplikasi Waktu Solat Malaysia, Media Prima Digital Sdn Bhd. Saya berharap sangat, boleh ubah kepada warna warni yang saya sebutkan tadi. Walaupun saya tahu asasnya aplikasi ini “Waktu Solat”, bukan Al-Quran. Tetapi sudah alang-alang ada, lebih molek ditambah baik. Mungkin dapat meningkatkan pengguna akan datang.

Oh, seperkara lagi, atau mungkin boleh buat suara orang mengaji sekali seperti Muslim Pro, bilamana kita tekan pada ayat, jadi kita boleh dengar cara sebutan bacaan dan sebagainya. Mungkin memerlukan sedikit kos. Dan saya rasa, pihak Waktu Solat Malaysia boleh mengenakan bayaran yang berpatutan atau sumbangan ke atas pembanggunan aplikasi tersebut. Pasti mereka akan bayar. Jika harganya tidak melampau, saya juga akan sumbangkan duit saya keatas aplikasi ini sepertimana saya sumbang kepada Muslim Pro. Jika harganya berbaloi dengan apa yang kita dapat.

Saya faham Waktu Solat Malaysia bukan Muslim Pro atau Muslim Pro bukan Waktu Solat Malaysia. Cuma, ini sekadar pandangan dari saya, itu sahaja. Siapa yang tidak mahu jika produk Malaysia diguna oleh semua orang dan menaikan produk Malaysia itu sendiri.

Sebenarnya banyak lagi aplikasi yang ada, cumanya saya tertarik dengan aplikasi ini. Yang mana ada waktu solat dan dalam masa yang sama ada Quran dan perkara-perkara yang menarik lagi. Saya harap anda suka dengan perkongsian saya ini dan yang mana rasa tidak tahu nak tukar aplikasi apa, boleh ke aplikasi Waktu Solat Malaysia(Iklan tidak dibayar ya).

Sekian.

Tagged:

LEAVE A RESPONSE

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Related Posts