Wanz Ramli Blog

Terus Mencari Persamaan

Bicara Santai

Kampong Pisang Bersiri-siri? Arahan Terbaharu Mamat Khalid

Assalammualaikum, Salam sejahtera..

REVIEW 18 PUASA DI KAMPONG PISANG

KAMPONG PISANG BERSIRI-SIRI
Judul : Kampong Pisang Bersiri-siri
Episod : 12
Tarikh Ditayangkan : 7 Disember 2020
Arahan : Mamat Khalid
Produksi : Astro Shaw Sdn Bhd

Kampong Pisang bersiri-siri? Apa benda itu?

Ya, ini tidak lain dan tidak bukan mesti arahan pengarah hebat Mamat Khalid, kedengaran judul sahaja, boleh tahu arahan siapa. Siapa tidak kenal dengan pengarah Mamat Khalid yang boleh dikatakan kebanyakan hasil arahannya mesti pelik dan kelakar atau komedi. Daripada filem Zombie Kampung Pisang, Man Laksa, Rock, Estet sehingga kepada Hantu Kak Limah. Bagi saya, hasil buah tangannya sangat langka. Tetapi, inilah Mamat Khalid.

Saya sentiasa menunggu arahan daripada beliau, memang benar adakalanya hasil tangan beliau ada waktunya kurang. Tetapi, secara keseluruhan filemnya sangat seronok dan bagi sesiapa yang sukakan filem hayal dan fantasi, ianya boleh diterima. Sebaliknya, sesiapa yang jiwanya kearah filem serius, mungkin akan mengatakan, “Filem bodoh saja”. Tidak mengapa, itulah pandangan dan pemikiran setiap manusia. Jika Mamat Khalid juga tidak kisah dan menerima pandangan, kenapa kita nak berbalah mengenainya.

Perlu memahami sesuatu disini, filem Mamat Khalid adalah filem bersifat komedi, jarang benar jika filem itu diletakan sebagai filem komedi ianya bersifat realiti. Kebanyakannya adalah hayalan dan fantasi. Maksudnya disini, filem seperti ini perlu di ‘layan’ secara santai dan lupakan hal realiti keduniaan. Tonton, kelakar, gelak-gelak, lepas itu biarkan ianya berlalu pergi. Jangan terlalu ambil serius atau berkata, “Eh, kenapa macam tu.. Eh, macam pelik je.. Eh, tak logiklah”. Dan memang filem komedi tiada kelogikannya. Jadi, ‘layan’ sahaja untuk mengisi masa lapang kita, habis sahaja tayangan, kita hidup seperti biasa. Itu sekadar pendapat saya sahaja.

Balik kepada Kampong Pisang Bersiri-siri.

Ketika ditemu bual dalam tayangan perdana, Mamat Khalid mengatakan imaginasi Kampung Pisang ini terlalu dekat dengan diri beliau. Zaman beliau dahulu, terdapat banyak kampung pisang, walaupun tiada dalam peta katanya, tetapi bila ditanya “Dimana” orang akan jawap “Di Kampung Pisang”. Disebabkan keakraban penduduk kampung itu, tercetusnya idea untuk membuat cerita kampung pisang.

Kebiasaannya pengarah akan meletakan kisah-kisah atau kenangannya didalam karyanya. Itu bukan sesuatu yang janggal bagi dunia karya. Tetapi kebiasaannya mereka tidak mengatakan ini cerita atau kisah sebenar kerana mungkin tidak mahu mengaitkan atau terikat dengan kisah penceritaan sebenar, dan kebiasaannya akan diolah menjadi lebih diterima oleh penonton.

Katanya lagi, ketika membikin siri ini, sangat letih, sukar atau susah untuk menjayakan dari sebuah filem kepada siri, sangat susah katanya. Kerana pegangan Mamat Khalid ialah untuk memberi kepuasan kepada penonton siri ini seperti merasai menonton sebuah filem.

Mamat Khalid, sentiasa memberi yang terbaik untuk penontonnya atas niat memberi kepuasan kepada penontonnya dan beliau sentiasa meletakan keseronokan ketika berkarya. Memang benar, melihat sedutannya sahaja membuatkan kita tidak kering gusi. Boleh tonton Trailer Official. Tapi jika perasan, lagu-lagu yang dimainkan disetiap cerita Mamat Khalid pun kebunyikan kelakarnya. Dan setiap lagu-lagu yang dimainkan, kena dengan situasi penceritaannya. Mungkin juga perasaan saya sahaja.

Dahulu ketika keluarnya filem Zombie Kampung Pisang, terlalu ramai yang kritik filem ini. Kerana pada waktu itu, siapa sahajalah orang Malaysia yang buat filem ZOMBIE. Zombie? Filem hayal dan fantasi. Tidak peliklah dikritik hebat. Selepas diterangkan, barulah penerimaan orang Malaysia terhadap filem ini. Kemudian setelah 13 tahun berlalu, Mamat Khalid menghasilkan siri Kampong Pisang Bersiri-siri. Pasti semua peminatnya tidak sabar menunggu arahan terbaharu dari beliau. Termasuklah saya, seorang peminat karya Mamat Khalid. Mungkin ada yang cakap filem Kala Malam Bulan Mengambang, bosan, tetapi menarik bagi saya.

Seperti biasa, arahan Mamat Khalid tidak terlepas dari kehidupan orang kampung yang membawa kita kealam kampung, lepak dikedai kopi, berborak, bersembang benda pelik-pelik dan kelakar, bercerita perkara berjuta-juta ringgit dan lebih menariknya lagi, tidak terlepas dari situasi kehidupan atau isu rakyat itu sendiri yang dikomedikan. Ada juga kritikan sosial yang dilemparkan.

Seperti terdapat dalam Kampung Pisang Bersiri-siri, mengenai ketiadaan bekalan air, lihat sahajalah dialognya, ada unsur sabotaj katanya. Ini yang menarik mengenai arahan Mamat Khalid yang sentiasa meletakan unsur-unsur rakyat kedalam cerita beliau. Sentiasa melawan arus, dan tiada orang yang ambil serius mengenai lawaknya di dalam filem. Biasalah, politik kan isu sensitif. Kalau di filem Hantu Kak Limah “Oh, dah ada jambatan dah. Saya mati-mati ingatkan ada UFO”. Ini kelebihan yang ada pada arahan Mamat Khalid.

Ada beberapa babak yang menarik dalam sedutan Kampong Pisang Bersiri-siri ini, diantaranya babak.

Seorang perempuan datang ke Kedai Pak Jabit.
Seorang Perempuan : Pak Jabit, mi kari.
(Pak Jabit tersengih-sengih)
Seorang Perempuan : Kuah Laksa
(Terkejut orang sekeliling dengan reaksi muka Pak Din)
Pak Jabit : Nak berapa bungkus?
Seorang Perempuan : Sebungkus…… Makan sini.
(Terkejut Pak Jabit)

Babak lainnya ketika orang minyak masuk dalam rumah.
“Aku tak rela…. Aku tak rela… Aku tak rela” sambil bergolek-golek, kemudian susun bantal lepas itu buat-buat tidur. Apa ke heynyalah. Haha.

Ada lagi babak kelakar, tapi tidak seronoklah kalau cerita semua kan. Ada sahaja dalam youtube, tapi saya kurang minat nak tonton. Kalau sudah tonton, nanti kuranglah lawaknya bila tayang di kaca tv nanti.

Tetapi apa yang menariknya siri terbaharu ini, ianya menampilkan pelakon-pelakon yang hebat disamping menggantikan pelakon yang sudah meninggalkan kita(semoga Allah rahmati mereka) dan ada pelakon baharu yang dimasukan, seperti watak Barkoba yang dilakonkan oleh Bell Ngasri, watak Faguha Jabar dilakonkan oleh Rashid Othman, yang mana kedua-dua pelakon ini mungkin diserap masuk atas bakat mereka dalam 16 puasa. Mungkin. Dan ramai lagi pelakon yang ada.

Diantara pelakon-pelakon hebat yang ada ialah.

  • Kazar Sairi – Pak Din
  • Bell Ngasri sebagai Barkoba
  • Aziz M Osman sebagai Pak Jabit
  • Dewa Sapri – Cik Purnama
  • Mat London(Ahmad Ibrahim) sebagai Pak Karim
  • Awie sebagai Husin
  • Sharwani sebagai Wani
  • Latiff Zami sebagai Manap
  • Joey Daud sebagai Daud M
  • Nazeera Sardi sebagai Cik Chun
  • Rashid Othman sebagai Faguha Jabar
  • Tj Isa
  • Elly Suriaty
  • Kamarool Hj Yusoff
  • Ahmad Yassin
  • Rasydan Zakaria
  • Dan ramai lagi

Kalau kita perhatikan betul-betul, kebanyakan pelakon yang ada dalam arahan Mamat Khalid, pelakon yang kurang terkenal dimata orang, tetapi bagi saya, mereka ini tersangatlah hebat. Lontaran dialog dengan mimik muka mereka, sungguh terkesan dan teringat-ingat lawaknya. Dan kebiasaannya pelakon yang diambil oleh Mamat Khalid adalah pelakon yang sama, mungkin juga kerana Mamat Khalid senang bekerja dengan mereka.

Jika lihat dari sedutan, terdapat ramai lagi penampilan khas dari watak Hantu Kak Limah yang akan muncul, nak tahu siapa? Pastikan anda berada didepan kaca televisyen pada 7 Disember 2020, siaran Astro Citra & Citra HD.

Sekian.

Tagged:

LEAVE A RESPONSE

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Related Posts