CARI PENDAPATAN PASIF? TANPA MERAGUKAN? JOM DAFTAR AZADEL(TEKAN DISINI) SYARIKAT LOKAL DAN HALAL.
Assalammualaikum, Salam Sejahtera..
Kali ini saya nak kongsikan produk Atomy yang saya beli, setelah sebulan lebih saya guna produk Atomy, hari ini saya nak cerita sedikit. Yelah, cakap beriya-iya kalau tidak pernah cuba produk, macam mana nak promosi kan?
Kalau sebelum ini saya bercerita Apa Itu Atomy. Sekarang ini setelah mencuba sendiri sebulan lebih, saya bagitahu apa kelebihan produk Atomy. Tapi saya bercakap mengenai produk yang saya sudah cuba sahaja ya.
Sebelum saya bercerita mengenai produknya, saya akan mulakan dengan. Apakah Atomy boleh menjana pendapatan sampingan? Jawapannya, YA! Jika anda rajin mempromosikan produk, anda akan dapat menjana duit tambahan. Ingat ya, dalam Atomy, kita tidak jual barang, kita hanya mempromosikan Atomy itu sendiri. Tidak perlu ada stok ditangan, tidak perlu buang aliur jual produk. Apa kelebihan di Atomy, kita hanya mempromosi jenama sahaja. Dan kelebihannya lagi, dalam Atomy, ianya tidak terhad hanya kepada sesuatu produk atau terikat hanya dengan satu jenis produk. Atomy meliputi kesemua keperluan diri. Daripada kecantikan, kesihatan hinggalah kepada kelengkapan diri atau barangan keperluan diri.
Jadi kelebihannya yang lain, mudahlah kita nak promosi produk Atomy kan? Kita promosi ubat gigi, berus gigi, sabun pencuci pinggan, produk penjagaan kulit, shampoo, dan banyak lagi. Sesetengah ‘MLM’, mereka hanya menjual satu atau dua jenis produk sahaja. Jika syarikat itu jual barang kecantikan, hanya produk kecantikan. Jika syarikat itu jual kopi, kopi sahajalah. Ini berbeza dengan Atomy. Semua produk ianya jual, diantaranya ialah apa yang saya nak kongsi sebentar sahaja lagi. Jika anda berminat untuk menyertai atau ikut serta, boleh whatsapp nombor dibawah, berserta maklumat. Jangan risau, pendaftaran adalah PERCUMA! Dan setiap pembelian kita akan dapat point(PV).
Ramai sebenarnya sudah menyertai Atomy ini, sebab banyak barangan keperluan ada didalamnya dan sambil beli, sambil menjana pendapatan sampingan. Saya tidak mahu memetik atau menjaja artis sekian, atau orang sekian atau ustaz sekian. Saya tidak mahu menjual nama orang. Cuma apa yang saya boleh kongsikan adalah, saya dibawah kumpulan DTA, atau Dr Tengku Asmadi. Alhamdulillah, hampir setiap minggu beliau membuat kelas online, bagi sesiapa yang baharu atau tidak tahu, InsyaAllah, kumpulan DTA sangat membantu, tak kedekut ilmulah orang kata.
Baiklah, setelah panjang lebar pembuka kata saya tadi, jom saya kongsikan produk yang pernah saya cuba di dalam Atomy.

Ini adalah diantara produk yang pernah saya cuba, saya akan cuba pergi satu per satu ya. Mungkin akan ada yang kurang dan saya tidak akan ulas. Kita ke berus gigi dan ubat gigi dulu.
Ubat Gigi
Besar – RM64.00 / 3,000 PV
Kecil – RM20.00 / 2,760 PV
Atomy menawarkan 2 saiz ubat gigi, 200g dan 50g. Apa yang menarik ya mengenai ubat gigi ini? Pertamanya adalah MURAH! Ya, murah. RM64 murah? Jangan kita tengok pada harga jualan sahaja, lihat apa yang ditawarkan. Harga RM64/ 1 set. Apa itu 1set? Cuba lihat gambar diatas, 1set mempunyai 5 ubat gigi yang seberat 200g. Cuba kita bahagikan. RM64/5 = RM12.80. Satu ubat gigi jatuh pada harga RM12.80. Jika yang kecil, 1set terdapat 4 ubat gigi. RM20/4 = RM5.00 untuk setiap satu. Bagi saya ianya murah, dan sebenarnya menjimatkan. Ubat gigi Atomy ini guna sedikit sahaja. Satu tiup kecil saya guna untuk 3 orang, lama juga tahan. Rasanya pun tidak terlalu mint. Sebahagian ubat gigi, rasa mintnya sangat kuat. Saya rasa, anda harus cuba. Belilah yang tiup kecil, hanya RM20.00 dan dapat point 2,760 PV. “Nak tanya boleh tak? Hmm.. Halal ke?”

Jangan risau, Atomy akan letakan sijil halal dalam setiap produk mereka ke laman sesawang. Kebiasaannya bahagian bawah akan ada sijil halal. Baiklah, seterusnya, berus gigi.

Berus Gigi
RM34.00 / 4,700PV
Terdapat 2 jenis berus gigi di dalam Atomy, cumanya saya hanya cuba yang ini. Sepertimana yang saya katakan tadi, saya hanya kongsi produk yang saya cuba sahaja.
Apa kelebihan berus gigi Atomy ini? MURAH. Jawapan senang. “Asyik murah saja?”. Kerana itu saya beli produk Atomy, sebab murah. RM34.00 sahaja terdapat 8 batang berus gigi. RM34/8 = RM4.25 sebatang! Adakah tidak cukup murah? Kelebihannya lagi, berusnya lembut, rasa sedap sahaja. “Berus lembut? Hati-hati, kot-kot berus dia dari bulu khinzir ke. Jangan main guna sahaja!”. Jangan risau, InsyaAllah ianya halal. Saya sertakan sijil halal dibawah, atau boleh buka laman sesawang Atomy Malaysia.

Saya faham, produk-produk yang melibatkan makanan atau masuk ke rongga mulut, kita akan was-was, dan memang patut pun kita rasa begitu. Sebagai seorang Islam yang beriman dan bertakwa atau takut akan azab Tuhan, kita tidak boleh ambil mudah dan remeh. Kelak kita akan mengadap Tuhan. Saya pun takut, dan sentiasa mencari logo halal dalam setiap barangan melibatkan masuk rongga mulut ini. Jika ada yang ambil remeh dan cakap “ala.. produk tu nampak ok je, bedal sahajalah”. Tak apalah, itu hal mereka dengan Tuhan. Kita ada tanggungjawap kita dengan Tuhan. Tidak dinafikan juga, ada produk yang tidak mengandungi bahan tidak halal dan boleh digunakan berdasarkan kajian dan bacaan atau tanya para alim, adakah boleh menggunakan produk seperti ini. TAPI! Memfitnah sesuatu produk lain tidak halal walaupun sudah disahkan halal oleh badan organisasi yang diiktiraf, ini perbuatan yang tidak baik. Jangan sebab kita tidak suka sesuatu produk atau tidak suka dengan seseorang yang promosikan sesuatu produk, kita fitnah ada DNA babi, bulu babi, anjing berkeliaran dekat kilang, anjing jilat kita tidak nampak dan sebagainya. Tidak suka, janganlah beli. Mudah. Jangan sampai memfitnah. Baiklah, sesi ceramah sudah habis, haha. Produk seterusnya.

Herbal Shampoo
RM44.00 / 4,800 PV
Shampoo herba RM44.00, macam mahal saja? Yang ini harganya nak kata mahal, pun tidak. Nak kata murah pun, tidak juga. Tetapi persoalannya disini, berbaloi atau tidak? Ya, bagi saya berbaloi. Sebab? Kebiasaannya shampoo herba ini memang harganya mahal. Dan saya guna shampoo ini, sedikit sahaja. Tetapi baunya, siapa yang jenis tidak suka bau-bau herba, sukar untuk menerima baunya, haha. Tapi saya suka shampoo ini, rasa macam lembut dan segar saja rambut saya bilamana selepas digunakan. Cara-cara nak guna shampoo ini, perlu biarkan shampoo ini selama 1-2 minit, sambil-sambil gosok bahagian-bahagian rambut dan kulit kepala. Kemudian bilas. Jangan risau, selepas bilas dengan air, bau herba itu akan hilang. Tidaklah kita punya rambut bau pelik sahaja nanti. Seterusnya.

Dish Detergent
RM29.00 / 2,900 PV
Baliklah, ini diantara produk Atomy yang saya suka. Pertama, rasa macam malas nak cakap, tapi kena jugalah. MURAH! Sebab apa murah? Sedangkan harganya RM29.00? Pertama sebab beratnya 1kg. Kedua cecairnya sangat pekat, kebiasaannya saya hanya menggunakan setitik atau dua titik sahaja. Ketiga, ianya pelbagai kegunaan. Basuh pinggan, basuh buah, dan yang ini produk tidak tulis, tapi saya cuba sendiri. Sabun ini saya cuba buat cuci dinding dan lantai, dan kolah bilik air, haha. Jimat kan? Satu produk, saya guna pakai dibanyak tempat. Saya kalau cuci lantai atau dinding atau kolah dalam bilik air, saya guna sabun mandi yang jenis cecair itu sahaja. Tapi dah alang-alang ada Dish Detergent Atomy ini, saya cubalah setitik dua. Bersih pula. Jadi sebab itulah saya kata ianya murah. Saya ada baca, air lebihan basuh buah, sebab yang ini boleh basuh buah ya. Air lebihannya jangan buang, tapi buat basuh dinding bilik air, atau meja kaunter dapur, atau basuh sinki ke. Oh ya, saya juga ada cuba basuh perkakas dapur. Saya kongsikan dibawah.
Sebelum Selepas
Menarik bukan? Yang ini saya tidak berapa rajin. Saya ada tengok perkongsian gambar digroup saya. Dari hitam, jadi cantik. Tapi saya perlu jujur. Jika periuk belanga atau kuali yang sudah bertahun-tahun tidak dicuci dengan baik sehingga berkerak-kerak, masa yang diambil untuk basuh dan cantikan semula mengambil masa jugalah. Saya kongsikan yang lain sekali.
Sebelum Selepas
Sebelum Selepas
Sebelum Selepas
Ini diantara tempat-tempat yang saya cuci. Maaflah, ini sekadar testimoni. Saya terpaksa membiarkan sedikit lama, untuk nampak kotoran degil. Sebab nak uji, keberkesanan atau tidak Dish Detergent ini. Tapi ini atas uji diri sendiri ya, tidak ada dalam cara-cara kegunaan ya. Tapi apa yang seronoknya Dish Detergent ini, guna sedikit sahaja. Cubalah, ini diantara produk yang saya syorkan. Seterusnya.

Vitamin C
RM80.00 / 7,800 PV
RM80/90 paket = RM0.89, sehari ambil 1 paket, tahan selama 3 bulan. Kesimpulannya anda boleh kiranya. Saya tidak mahu guna kelebihan murah lagi, walaupun sebenarnya sudah sebut, haha. Sebenarnya kebanyakan orang beli di Atomy, memang sebab murah dan jimat, selain itu dapat kumpul point. Mengenai produk Vitamin C ini, saya tidak tahu nak komen apa. Sama juga dengan produk HemoHIM. Vitamin C ini saya makan, saya bancuh dengan air, sebab jenis serbuk kan. HemoHIM pula mak saya yang makan. Untuk membuat penilaian dalam masa sebulan ini, tidak adillahkan. Macam saya baru seminggu cuba Vitamin C. Bab ini, saya akan serah kepada pengguna yang betul-betul sudah cuba lama. Memang ada pun orang menggunakan HemoHIM ini rasa lebih sihat, kaki rasa kuat, tenaga bertambah. Cumanya sepertimana saya beritahu awal tadi, saya hanya memberi pandangan setiap produk yang saya cuba. Ini pegangan saya dalam mempromosikan produk atau barangan. Setiap orang berbeza bukan?


HemoHIM
RM390.00
Saya tidak menafikan, HemoHIM ini memang agak sedikit mahal. Kerana satu paket jatuh pada harga RM6.50. Tetapi, perlulah kita ketahui, ini adalah ubat atau supplement, sudah pastinya mahal. Dengan kajian yang mereka lakukan dan sebagainya, sudah pasti harganya sedikit mahal. Cumanya, jika ianya baik dan memberi kelebihan untuk kita, daripada berjalan sakit kepada berjalan dengan baik, apa salahnya kita cuba bukan? Oh ya, yang terkahir saya nak kongsikan ialah Foam Cleanser.


Foam Cleanser
RM34.00 / 3,000 PV
Produk ini saya guna. Cumanya apa yang saya tahu, ianya jimat. Sebab saya guna sedikit sahaja, tapi banyak sebenarnya bila kita sudah gosok ditapak tangan. Saya sebelum ini tidak biasa pun guna produk pencuci muka, jarang benarlah pakai. Tapi yang ini, saya memang guna. Rasa macam lembut sahaja, tapi taklah bila pakai pencuci muka ini, tengok dekat cermin muka jadi macam ala-ala korea, melampaulah, haha. Entahlah, mungkin orang perempuan lebih baik membuat penilaian. Mungkin anda pembaca wanita, boleh cuba. Mengenai lotion itu, saya tidak guna, tapi mak saya guna. Dia cakap ok je. Bab bahagian kecantikan ini, saya kurang sikit, haha. Tapi keperluan harian macam Dish Detergent itu, saya boleh hurai panjang sedikitlah.
Baiklah, habis pun. Ini semua produk yang saya ada dan diantaranya saya cuba. Kerana itu saya katakan, Atomy tidak terhad kepada satu atau dua jenis produk, ianya meliputi kelengkapan diri kita. Tapi, jika anda merasa was-was mengenai produk kecantikan dan kesihatan atau merasakan takut ada bahan terlarang atau apa sahaja, anda boleh cuba produk seperti Dish Detergent, sabun pencuci baju, berus gigi, span pencuci pinggan, shampoo, sabun, dan banyak lagi. Saya pun banyak menggunakan produk keperluan harian sahaja. Jangan terlalu ghairah untuk membeli dan mencuba semua produk yang ada, ikut kemampuan kita. Jangan sampai ada risiko kerugian duit. Tapi kalau nak kata ada kerugian pun, tidaklah juga kerana kesemua produk yang kita beli, kita guna, kalau bagus, kita promosi. Macam saya, kesemua barangan yang saya beli, memang saya guna, maksudnya, tiada pembaziran dan risiko kerugian. Jadi, apa salahnya kita cuba bukan?
Pendaftaran percuma, beli dapat point, jika rajin dapat jana pendapatan sampingan. “Kalau tidak mahu jana pendapatan? Lecehlah nak cari orang sana sini”. Jadi sahajalah pengguna, masih boleh dapat point, cumanya point kita hanya tersimpan sahajalah.
Jika anda nak mencuba produk, sebenarnya banyak lagi produk Atomy ini, saya kongsikan pautannya ATOMY MALAYSIA. Banyak faktor orang beli di Atomy, tetapi bagi saya faktor utamanya sebab murah dan jimat. Kenapa perlu berbelanja lebih, sedangkan ada harga yang lebih murah bukan? Anda boleh lihat tulisan saya sebelum ini APA ITU ATOMY MALAYSIA. Sampai sini sahaja tulisan saya, terima kasih kerana sudi baca panjang lebar tulisan saya mengenai produk Atomy ini. Jika ada kekurangan, maafkan saya.
Sekian.
*** KEMASKINI 6/1/2021 :
Terdapat banyak perbahasan mengenai Atomy, sebagai manusia, kita perlu bersifat adi; dan jujur dalam mana kita mempromosi sesuatu produk. Jadi, semoleknya kita membaca keseluruhan penulisan yang ada tanpa ada rasa berat sebelah. Yang berhaluan Atomy, perlu terima segala fakta yang ada jika ianya betul. Dan sebaliknya, berhujahlah dengan fakta yang betul dan tuntas, jangan kita “Copy Paste” kemudian bila orang berhujah, kita tidak tahu jawaban balas. Pokok pangkalnya, kedua-dua belah pihak jangan hina menghina, jangan maki memaki. Jika keluar fatwa dari pihak berkuasa kelak, yakni Majlis Agama Islam mengenai hukum Atomy. Kedua-dua pihak perlu berlapang dada, menerimanya. Adapun tokoh-tokoh yang sedang berdialog, berdebat, saya yakin mereka orang-orang yang ada ilmu, dan saya tidak mahu memetik nama tokoh-tokoh tersebut, jika petikan saya salah, ianya akan menjadi suatu keburukan. Dengar dan baca apa yang mereka katakan. Saya tidak boleh ulas panjang, kerana ini bukan bidang saya. Apa yang saya takutkan adalah kedua-dua belah pihak menfitnah antara satu sama lain. Berhujahlah dengan fakta, jangan mengatakan perkara yang orang tidak buat, dan jangan mengata perkara yang orang tidak berkata. Jangan mengatakan orang nak jatuhkan orang kita, tidak boleh tengok orang kita senang, dan sebagainya. Dan jangan pula ada yang mengatakan mereka nak orang kita sesat, atau sebagainya. Saya harap pihak Agama akan masuk dalam kekalutan ini, dan menjadikan isu ini tuntas mengenai hukumnya. Saya juga ada menulis mengenai Promosi Produk vs Hamba Produk. Ingat, kita hanya promosi produk, bukan hamba kepada produk atau hamba kepada syarikat produk. Jika salah, ianya salah, jika betul, ianya betul. Sekian.
InsyaAllah, saya akan kemaskini perkembangan baharu dari masa ke semasa.
*** KEMASKINI 7/1/2021, Jam – 01:13 :
Alhamdulillah, kedua-dua tokoh hebat yang sangat saya angkat dan kagumi Saudara Firdaus Wong Wai Hung dan Saudara Afyan Mat Rawi, telah pun berjumpa dan berbincang. Dan ramai lagi tokoh seperti DTA(Dr Tengku Asmadi), Bro Amin Idris, keluarga MRM dan ramai lagi, telah berbincang. Apa yang mereka bincangkan, InsyaAllah akan diberitahu kelak. Perjumpaan ini sangat memberi manfaat kepada semua orang. Bagi saya kedua-dua belah pihak mempunyai hujah mereka sendiri, tetapi, apa yang saya tahu, tidak seorang pun dari mereka mengeluarkan hukum Halal mahupun Haram, kerana hukum ini terletak dibadan Majlis Fatwa Agama. Apa yang mereka bincangkan adalah organisasi Atomy itu sendiri. Saya tidak mahu ulas panjang, takut tersalah kata. Apa yang akan dinyatakan kelak oleh kedua-dua tokoh ini, setiap orang perlu berlapang dada, tidak kira dari pihak kanan mahupun kiri. Kita sebenarnya bersaudara selagi mana Bertuhankan Allah SWT dan kiblat yang sama. Contohilah kedua-dua tokoh ini, tidak terlalu fahaman melampau dan tidak pula terlalu ambil mudah. Nantikan kenyataan mereka. Semoga Allah rahmati kita semua. Sekian.
InsyaAllah, saya akan kemaskini perkembangan baharu dari masa ke semasa.
*** KEMASKINI 7/1/2021, Jam – 18:45 :

Alhamdulillah, kenyataan yang sangat-sangat ditunggukan sudah pun dikeluarkan oleh kesemua pihak baik daripada pihak MRM yang diwakili Saudara Ustaz Firdaus Wong Wai Hung, Saudara Ustaz Ahmad Iqram Mohammad Noor, Saudara Ustaz Aiman Banna. Dari pihak Atomy Malaysia DTA Team diwakili oleh Dr Tengku Asmadi, Saudara Amin Idris, Saudara Fadzli Aziz, Saudara Afyan Mat Rawi, Saudara Abu Mahdi Nik Mansor, dan Saudara Abu Talib Husin. Kesemuanya mempunyai hujah masing-masing, tetapi apa yang saya dapat dalam kenyataan ini, tiada sesiapa yang menyesatkan antara satu sama lain, tiada sesiapa yang mengatakan ingin menjatuhkan atau menutup periuk nasi dan sebagainya. Ada juga yang kata poket penuh, agama pun sanggup gadai. Berat tuduhan ini. Ada diantara mereka membeli produk Atomy sebab murah dan berbaloi, tidak pernah terlintas seorang makcik dikampung ingin menggadaikan agamanya kerana sesuatu produk. Sebagai contoh, Vitamin C RM80/90pek guna selama 3 bulan. Berbanding di farmasi sebotol Vitamin C harga RM80 guna selama sebulan. Kebanyakan Vitamic C di farmasi dari negara luar dan bukan produk Muslim. Tidak mungkin seorang makcik ingin menggadaikan agamanya(Islam) demi hanya membeli Vitamin C dari Atomy. Jadi, berhati-hati dalam kita menyesatkan orang.
Ini satu pengajaran buat kita sebagai orang awam dan orang bawah, jangan bertelagah, jangan menghina, jangan menyesatkan, sedangkan tokoh-tokoh ini boleh berbincang antara satu sama lain. Yang mengeluarkan kenyataan demi kenyataan tidak bergaduh, tidak bermasam muka, anehnya kita yang membaca kenyataan tokoh-tokoh ini bertelagah, menghina, memaki antara satu sama lain.
Saya sangat tertarik setiap bahagian kenyataan yang dikemukakan yang boleh kita baca. Sangat bersederhana dan ada isinya. Walaupun bersederhana, tetapi ada beberapa yang kedua-dua pihak setuju dan tekankan. Isi yang ke-3 perlu ditekankan dan jangan berhenti disitu, kerana isi ke-4 ialah sambungannya. Sesuatu yang produk yang halal dan disahkan halal oleh badan yang dipertanggungjawabkan, tidaklah boleh sewenang-wenangnya berkata ianya haram. Jika kita hendak berdiskusi mengenai Atomy Kristianisasi, kita tumpu pada perkara ini. Keluarkan semua hujah-hujah dan bukti sepertimana MRM lakukan.
Tetapi isi yang paling penting yang sangat-sangat perlu ditekankan adalah “SEMUA YANG BERIMAN ITU BERSAUDARA!”. Selagi seseorang itu beriman, jangan mudah untuk mengkafirkan atau menyesatkan orang lain. Kita tidak boleh mengatakan jika seseorang itu beli barangan orang bukan Islam, maka ianya sesat atau kafir. Balik kepada isi yang pertama dikenyataan tersebut.
Saya harap persengketaan ini akan berakhir dengan baik dan jayanya, tetapi jangan sesekali tutup pintu diskusi jika ada sesuatu perkara berlaku dihadapan kelak. Berlapang dadalah dengan apa-apa sahaja diskusi, jawab dengan penuh berhemah, sopan dan santun, dan penuh rasa rendah diri yang mana sebagai orang awam, terhadnya ilmu kita sebenarnya, biarlah pihak bijak pandai yang arif memberi hujah. Jika disebelah Atomy, Saudara Afyan Mat Rawi sangat bersederhana dan dipertengahan, saya harap orang dibawahnya mengikut setiap jejak langkahnya. Saudara Ustaz Firdaus Wong juga berada dijalan sederhana dan pertengahan. Yang penting diskusi dan hujah menjadikan kita lebih rapat lagi, InsyaAllah.
Jika ada sesiapa yang was-was, jangan sertai Atomy dan sesiapa yang sudah ikut serta, kemudian rasa was-was, janganlah dibuang produk kita beli itu, guna dan pakai sahajalah. Buang sesuatu barang yang kita sudah membeli, pertama membazir, kedua apa yang kita sudah beli mereka sudah pun dapat duit kita, jadi, kenapa mesti dibuang. Gunalah, kemudian berhenti dan jangan beli lagi. Kecuali barangan itu tidak halal.
Mana-mana ahli yang mempunyai bonus, jika boleh dan mampu, keluarkanlah sebahagian dari harta itu kepada orang yang memerlukan, derma, sedekah dan yang paling penting zakatlah. Tidak mampu banyak, sikit pun tidak mengapa. Tidak mampu semua, jangan tinggalkan semua.
Semoga pihak berwajib dan ada kuasa seperti Mufti dan Majlis Agama Islam dapat berbincang dan mengeluarkan fatwa. Bagi saya fatwa pihak berkuasa agama sangat diperlukan dan penting, jika ianya difatwakan Haram, maka haram, jika ianya difatwakan Harus, maka harus.
Adapun yang mengatakan kandungan Vitamin C Atomy ada babi/khinzir/ ‘Pork’. Ianya jelas, kotaknya bukan dari Atomy Malaysia. Saya masih mencari jawaban, InsyaAllah, jika saya dapat jawaban, saya akan masukan di bawah(kemaskini) kelak. Sekian.
InsyaAllah, saya akan kemaskini perkembangan baharu dari masa ke semasa.
*** KEMASKINI 7/1/2021, Jam – 23:00 :
Alhamdulillah, maklumat terbaharu saya dapat. Hukum menyertai Atomy, Mufti Selangor. ” Bagi mengelakkan sebarang keraguan dan was-was adalah lebih baik sekiranya mengelakkan diri daripada terlibat dalam perniagaan ini”. Seorang Mufti telah menyuarakan pendapatnya, maka, lebih eloklah buat masa ini ahli-ahli Atomy memberhentikan aktiviti promosi, membeli dan mengambil orang, seperti penulisan dari Saudara Afyan Mat Rawi. Kita promosi produk, bukan hamba kepada produk Semoga Allah ampuni dosa-dosa kita, dan rahmati kita semua.
Kita promosi produk, bukan hamba kepada produk Sekian.
Saya bukan ahli dibawah mereka(orang didalam gambar digambar), tetapi saya sangat mengangkat dan kagum dengan pemikiran mereka, mereka sangat pegang pada prinsip, jika Atomy suatu hari nanti dihukum sebagai Haram oleh pihak agawan(Mufti atau Majlis Agama Islam), mereka sedia meninggalkan. Bagi saya, inilah jihad yang sangat hebat, mengakui kesilapan dan kesalahan, sedia untuk mengakuinya. Jika yang bukan ahli mengata bermacam-macam seolah-olah tidak pernah mengaku kesilapan, tetapi Saudara Afyan Mat Rawi dan beberapa tokoh yang lain, sedia untuk meninggalkan Atomy serta merta jika hukumnya difatwakan haram. Tahniah, dan terima kasih kepada semua tokoh yang terlibat mencari jalan haq dan meninggalkan yang batil.
(Tolong baca sebetul-betulnya penulisan mereka, supaya tidak dianggap salah. “Sehingga keluar keputusan rasmi daripada para Mufti”.)
InsyaAllah, saya akan kemaskini perkembangan baharu dari masa ke semasa.
*** KEMASKINI 7/1/2021, Jam – 00:30 :
Di Facebook Firdaus Wong Wai Hung, ada menyiarkan bahawa wakil dari Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan telah hadir ke MRM bagi membincangkan isu Atomy. InsyaAllah, mungkin tidak lama lagi kita akan dapat jawaban dari salah seorang Mufti di Malaysia, iaitu Mufti Wilayah Persekutuan mengenai hukum menyertai Atomy. Tidak dinafikan, setiap fatwa-fatwa dari Mufti WP sangat ditunggu-tunggukan. Saya harap ianya dapat menyelesaikan kemelut ini, dan saya juga berharap kesemua para Mufti akan memberi fatwa mereka mengenai hukum menyertai Atomy atau hukum membeli produk Atomy. Sebab ada yang mengatakan “Kami tidak menjana pendapatan, cuma membeli produknya sahaja”. Seperti yang kita tahu, hukum bermuamalat dengan orang kafir adalah harus. Cuma persoalannya, bolehkah menyokong produk yang mana syarikatnya menyumbang kepada organisasi Agama. Seseorang yang berada didalamnya kemudian menyumbang atas namanya, itu hak dia untuk menyumbang dan tiada kene mengena dengan syarikat. Tetapi menyumbang kepada kebajikan Agama mereka, membuat rumah ibadah atas nama syarikatnya, itu menjadi masalah dan persoalannya. Tapi, memfitnah seseorang yang tidak melakukan apa yang kita kata, sama ada yang dituduh itu Islam, ataupun bukan Islam, ianya dilarang. Tidak kira dari pihak kanan, ataupun kiri, hukumnya tetap sama, haram dan dilarang.
Saya juga tidak akan mengulas apa yang ditulis atau dikatakan oleh tokoh-tokoh yang saya masukan disini, saya sekadar menyampaikan sahaja. Kerana saya orang awam biasa, bukanlah bidang saya untuk mengulas, mengkritik. Saya cuma menyampaikan semula sahaja disini. Jika tokoh-tokoh ini melihat tulisan saya dan ada kesalahan, mohon tegur. Sekian.
InsyaAllah, saya akan kemaskini perkembangan baharu dari masa ke semasa.

One thought on “ATOMY MALAYSIA, Produk Kelengkapan Diri”