Assalammualaikum, Salam sejahtera..
*Setiap pandangan datang dari saya sendiri dan makanan yang dirasa adalah dimasak ketika atau pada waktu itu. Dan setiap penulisan ini tidak dibayar.
Dalam keadaan COVID-19 yang melanda dunia termasuk Malaysia dan peningkatan kes yang semakin membimbangkan ini, pasti kita rasa takut nak keluar. Terlebih lagi ketika kerja dan nak cari makan waktu tengahari, nak pergi lunch rasa macam takut pula kan?
Hari ini saya nak kongsikan satu kedai yang anda tidak perlu keluar pun, sedar-sedar saja, sampai. Nama kedai itu ialah Soroq Kitchen. Apa yang menarik mengenai Soroq Kitchen ini adalah harganya sangat berpatutan dan murah, ya, murah! Kata orang kenalah dengan keadaan sekarang yang mana ekonomi tidak menentu ini. Sudahlah murah hantar pula. Cumanya ada sedikit caj jika penghantaran luar dari kawasan, kalau kerja disekitar Kuala Lumpur, caj dalam RM2.00+. Oklah kan RM2.00, tak perlu keluar berpeluh, jimat masa, jimat duit minyak. Boleh hubungi mereka untuk maklumat lanjut.

Ini menu yang mereka ada, Prawn Spaghetti Aglio Olio berharga RM8.00 dan Ginger Chicken with Steam Rice & Sambal Belacan berharga RM6.00. Boleh ikuti Instagram mereka soroqkitchen atau jika ada sebarang pertanyaan atau caj penghantaran atau pesanan, boleh whatsapp mereka. Bagi saya harganya agak perpatutanlah, kerana di bandar Kuala Lumpur, susah nak dapat makanan yang murah. Saya rasa anda patut mencubanya sendiri, cumanya pesanan mestilah dibuat 1-2 hari sebelum.
“Sedap ke? Sudah cuba?”
Ya, saya sudah mencuba kedua-dua menu mereka. Saya tidak akan menulis sesuatu yang saya tidak tahu. Sebelum saya beri pandangan atau ulasan makanan, saya akan cuba terlebih dahulu.
Jom kita pergi satu ke satu menu yang saya cuba, bermula dengan Prawn Spaghetti Aglio Olio.

Prawn Spaghetti Aglio Olio – RM8.00
Lihatlah, terletaknya 2 ekor udang yang besar, saya tidak tahu jika ada menu berharga RM8.00 dengan 2 ekor udang. Kerana itu saya katakan harganya berpatutan. Dari segi rasanya, saya suka rempah yang dimasukan, saya tidak tahu rempah apa, tapi memang terasa. Ianya bukan Spaghetti Aglio Olio yang biasa kita rasa, rasa kosong atau sekadar berminyak. Resipinya seakan-akan kena dengan citarasa orang kita. Ada rasa pedas, rasa rempahnya. Siapa peminat Spaghetti terutamanya Spaghetti Aglio Olio dan peminat udang, mesti cuba menu ini. Udangnya pun terasa rempahnya juga. Pendek kata rempahnya memang terasa. Jadi, tunggu apa lagi, buatlah pesanan dan rasanya sendiri.
Jom ke menu seterusnya, Ginger Chicken with Steam Rice & Sambal Belacan.

Ginger Chicken with Steam Rice & Sambal Belacan – RM6.00
Bagi saya menu ini biasa, tetapi ada rasa. “Aik? Macam mana tu?”. Pernah dengar menu Nasi Putih Kicap dengan Ayam? Atau nasi sejenis dengarnya? Ya, konsepnya sama, tetapi. Cuba tengok betul-betul apa bezanya? Ya, ada kuah disitu. Lauk ayamnya berkuah. Pada tanda harga yang sama dengan Nasi Putih Kicap dengan Ayam atau sejenis dengannya, Soroq Kitchen menawarkan Nasi Putih dengan Ayam Berkuah. Kalau ditanya saya, saya lebih gemar atau menyukai yang berkuah. Tidaklah rasa macam tercekik bila makan tiada kuah kan? Kuahnya mempunyai sedikit lobak merah. Orang kata, ada rasa sayur sedikit. Jika ditanya apa rasa nasi itu? Sedap tak? Jawap saya, nasi putih, tidak ada apa yang nak dikomen, cuma nasinya baik, tiada masalah lembik atau terlebih air, biasa saja. Mengenai ayam berkuahnya, saya suka. Disebabkan ianya berkuah, itu sebanyak atau sedikit menambah selera saya untuk menikmati menu ini. Saya tertarik dengan menu Soroq Kitchen ini disebabkan rempahnya yang memang betul-betul terasa. Jadi saya rasa, anda juga patut mencuba menu ini juga. Harganya bagi saya biasa. Saya pernah beli Nasi Putih Kicap dengan Ayam yang berharga RM10.00 pun ada, jika dilihat makanannya biasa sahaja, tidak ada apa yang menarik dan tiada apa yang ditambah. Apa yang menarik dan apa yang ditambah hanyalah pada harganya sahaja. Jadi dengan tanda harga RM6.00, bagi saya biasa kot. Tidaklah rugi jika nak mencuba.
Jadi, itu sahaja menu yang mereka ada, dan itu sahaja pandangan dan ulasan saya mengenai menu di Soroq Kitchen. Bagi saya makanan yang mereka sajikan boleh tahan rasanya. Oh ya, setiap orang citarasanya berlainan, dan pasti berbeza lidah dan tekak. Jadi, saya perlu nyatakan, sebarang pandangan dan ulasan saya adalah dari saya sendiri, tidak dibayar, dan makanan yang dirasa adalah makanan yang dimasak ketika dan waktu itu. Jika ada waktu atau hari yang anda makan tiba-tiba rasa tidak sedap atau pelik atau apa sahaja, saya minta maaf kerana pandangan saya mengenai makanana atau menu ini adalah pada ketika itu sahaja. Tapi InsyaAllah, ini bukan kali terakhirnya saya beli.
Soroq Kitchen
Makan Tengahari
Whatsapp – 014-280 1415
Prawn Spaghetti Aglio Olio – RM8.00
Ginger Chicken with Steam Rice & Sambal Belacan – RM6.00
Sekian.