Wanz Ramli Blog

Terus Mencari Persamaan

Bicara Santai

Assalammualaiku, Salam sejahtera..

Sedar tidak sedar, Gegar Vaganza Musim ke-7(GV7) telah sampai ke peringkat separuh akhir. Dipengacarakan oleh pengacara yang bagi saya, hebat, Nabil Ahmad dan Jihan Muse, walaupun mempunyai pelbagai kontroversi, disebabkan terlepas cakap dan sebagainya. Tetapi, dalam pengacaraan(tidak formal), mereka diantara yang terbaik. Telatah mereka bersama Datuk Ramli MS atau biasa dikenali Tok Ram dan juri-juri yang ada, memeriahkan lagi suasana.

Walaupun saya agak terkilan bilamana Yantzen kecundang pada peringkat suku akhir, sebab, yelah, seorang legend, siapa tidak minat bukan? Tetapi, siapalah kita untuk menilai penilaian juri-juri hebat dihadapan mereka. Dengan ilmu yang mereka ada mengenai muzik, suara dan sebagainya. Yang lepas biarkan lepas, semalam telah pun peringkat separuh akhir.

Pada peringkat separuh akhir telah menampilkan peserta-peserta yang melepasi bahagian terakhir iaitu ADA LAGU, ADA LAGI, mereka yang melepasinya ialah :

  1. MUSS
  2. LINDA NANUWIL
  3. AYU DAMIT
  4. NORANIZA IDRIS
  5. OJA
  6. ASHIRA
  7. CLIFF UMAR

Ini peserta yang melepasi ke peringkat separuh akhir dengan tangga yang teratas ialah Muss, dan hampir kecundang adalah Cliff Umar.

PERINGKAT SEPARUH AKHIR

Peringkat separuh akhir dibuka dengan persembahan Jay Jay sekaligus beliau adalah juri jemputan dan Jay Jay telah menjadi juri sebanyak 2 kali. Selain Jay Jay sebagai juri jemputan, Datuk Syafinaz Selamat juga dipanggil semula untuk menjadi juri kerana ramai warga maya mahukan beliau untuk menjadi juri. Tidak hairanlah, beliau seorang yang berilmu dalam bidang suara, kritikan dan pandangan beliau sangat diperlukan. Seperti biasa juri tetap, Datuk Ramli MS dan Datuk Khadijah Ibrahim.

Kemudian persembahan dari pengacara GV7, iaitu, Nabil Ahmad dan Jihan Muse membawa lagu Nour El Shams(Pascale Machaalani) dan Doraemon No Uta(Kumiko Osugi).

Peserta pula menyanyikan lagu mereka dengan sedaya upaya, mana tidaknya, ini akan membawa mereka alayak atau tidak ke peringkat akhir, satu lagu tangga ke akhir, jika tidak, mereka akan kecundang. Persembahan peserta pembukaan adalah Ayu Damit.

AYU DAMIT
Lagu : Dia
Penyanyi : Dato Sheila Majid
Lagu : Skyfall
Penyanyi : Adele

Komen dari juri :
Rata-ratanya baik.
Jay Jay : Persembahan yang menakjubkan. Sesuai dengan suara. Tiada cacat celanya. Dan menyukai lagu dan berterima kasih kepada produksi muzik(Tok Ram).
Datuk Syafinaz : Suatu tanda aras untuk peserta seterusnya.
Tok Ram : Ada halkum(ada suara/suara yang besar), lagu pertama kurang suka.

NORANIZA IDRIS
Lagu : Bisikan Cinta
Penyanyi : Anita Sarawak
Lagu : Chaiyya Chaiyya
Penyanyi : Sukhwinder Singh & Sapna Awasthi

Mungkin ramai yang menunggu persembahan dari Noraniza Idris, terlebih lagi lagu Chaiyya Chaiyya.

Komen dari juri :
Datuk Syafinaz : Bahagian chorus perlu lebih ditekankan lagi. Kesukaran membawa lagu yang tinggi. Lagu kedua lebih baik. Sentiasa bijak memilih suara setiap persembahan.

CLIFF UMAR
Lagu : Tercipta Untukmu
Penyanyi : Ungu
Lagu : Hoi Fut Ting Hong
Penyanyi : Beyond

Hebat Cliff Umar membawa lagu dari Hong Kong ini. Tetapi, tidak peliklah, kerana beliau seorang penyanyi dikelab. Memang biasa nyanyi lagu chinese.

Komen dari juri
Datuk Khadijah Ibrahim : Guna pentas sepenuhnya. Menyanyi lagu chinese dengan baik.

LINDA NANUWIL
Lagu : Anak
Penyanyi : Freddie Aguilar
Lagu : Teruskanlah
Penyanyi : Agnes Monica

Lagu anak ini sebenarnya lagu sedih, yang mengisahkan seorang anak derhaka pada ibu dan ayahnya. Dan lagu ini juga terkenal.

Komen dari juri :
Tok Ram : Baik. Menjiwai nyanyian. Lagu kedua pun bagus.

ASHIRA
Lagu : Peluang Kedua
Penyanyi : Nabilah Razali
Lagu: Don’t Speak
Penyanyi : No Doubt

Penyanyi asal datang buat kejutan.

Komen dari juri :
Jay Jay : Sangat menarik. Keseluruhan baik.
Datuk Syafinaz : Persembahan terbaik. Cuma katanya, bahagian rap itu nampak pelik, dan kurang menarik.
Dan ada perbahasan sedikit dengan Datuk Ramli MS mengenai bahagian rap tersebut

MUSS
Lagu : Kasih
Penyanyi : Hetty Koes Endang
Lagu : Rock You Like A Hurricane
Penyanyi : Scorpions

Dua minggu berturut-turut menyanyikan lagu makanannya, iaitu lagu bergenre rock. Kedua-duanya terbaik.

Komen dari juri :
Datuk Syafinaz : Terbaik. Kedua-dua lagu bawa dengan baik. Lebih tertarik dengan lagu pertama, Kasih, nampak seksi.
Datuk Khadijah Ibrahim : Kalau Scorpion dengar, dia akan tabik awak(Muss).
Jay Jay : Sangat menghiburkan. Kedua-dua lagu ada watak berlainan.
Tok Ram : (Komen Leman) bawa dua lagu, salah.

OJA
Lagu : Fantasia Musim Cinta
Penyanyi : Iwan
Lagu : Biso Bonar
Penyanyi : Hattan

Tidak tahu kenapa Oja diberi lagu Biso Bonar, sedangkan yang lain dapat lagu luar negara. Kalau tidak salah, memang temanya luar negara dan dialek/loghat. Cumanya kalau betul dialek/loghat, berilah dua atau tiga orang lagi lagu dialek/loghat.

Komen dari juri :
Datuk Khadijah Ibrahim : Attitude yang sangat baik diatas pentas. Persembahan yang mantap. Persembahan yang terhibur, malam ini antara yang terbaik.

Inilah ketujuh-tujuh perserta peringkat separuh akhir. Kesemuanya ada kehebatan dan kekurangannya yang tersendiri. Bahagian komen juri hanyalah sekadar ringkasan sahaja, bukan sepenuhnya(jika ada salah, mohon tegur). Kalau nak tahu lebih, boleh tonton GV7 Separuh Akhir.

Bahagian Kongsi Rezeki pula, diberi kepada Rocky Din. Kalau nak tahu, beliaulah yang menyanyikan lagi “MARI MENGUNDI”. Kongsi Rezeki yang kedua pula, diberikan kepada pelajar UPM. Alhamdulillah, diperingkat suku akhir ini, syarikat Farm Fresh mengongsikan Kongsi Rezeki sebanyak 2 kali.

Pemenang di DIGI dimenangi oleh Muss, sebanyak RM3,000. Dinaikan dari RM1,500. Dan pemenangan CUCKOO Healthy Home dimenangi oleh Linda Nanuwil. Anugerah Paling Power Miow dimenangi oleh Oja, yang memilik markat tertinggi.

Bahagian ADA LAGU, ADA LAGI. Bahagian yang sentiasa mendebarkan dan menakutkan para peserta. Mungkin pada peringkat awalnya biasa-biasa, tetapi ini peringkat ke akhir. Pasti mendebarkan, termasuk penonton. Siapa yang layak ke peringkat akhir dan lagu apa yang diberikan kepada mereka? Pertama lagu single dan kedua lagu berduet bersama pemenang-pemenang Gegar Vaganza.

OJA
Lagu : Jujur
Penyanyi : Radja
Lagu : Disana Cinta Disini Rindu bersama Siti Nordiana
Penyanyi : Tajul & Wany Hasrita

MUSS
Lagu : Mentari Merah Di Ufuk Timur
Penyanyi : Search
Lagu : Mencintaimu bersama Azaharina
Penyanyi : Krisdayanti

LINDA NANUWIL
Lagu : One Moment In Time
Penyanyi : Whitney Houston
Lagu : Terlanjur Cinta bersama Hady Mirza
Penyanyi : Rossa & Pasha Ungu

ASHIRA
Lagu : Wajah Kekasih
Penyanyi : Dato Siti Nurhaliza
Lagu : Beribu Kesalan bersama Ayai Ilusi
Penyanyi : Shila Amzah, Ning Baizura, Jacklyn Victor

AYU DAMIT
Lagu : Bukan Dia Tapi Aku
Penyanyi : Judika
Lagu : Memori Tercipta bersama Naqiu
Penyanyi : Shila Amzah

NORANIZA IDRIS
Lagu : Hutang
Penyanyi : Floor 88
Lagu : Empat Dara bersama Aishah
Penyanyi : S. Radziah & Orkes Gambos Penambang

CLIFF UMAR
Lagu : Nakal
Penyanyi : Gigi
Lagu : I’D Do Anything For Love(But i Won’t Do That) bersama Noryn Aziz
Penyanyi : MeatLoaf

Ya, dengan kesemuanya terselamat, maka tiada penyingkiran. Mungkin akan ada kejutan persembahan minggu depan, jadi nantikan sahajalah. Mengenai lagu-lagu battle pula.

LAGU BATTLE 1
Lagu : Hikayat Ben Laden
Penyanyi : Ben Laden

LAGU BATTLE 2
Lagu : EH
Penyanyi : Zizi Kirana

LAGU BATTLE 3
Lagu : Inilah Nasibku
Penyanyi : NICO

Kesemuanya lagu bergenre RAP, jadi, bolehkah mereka membawanya dengan baik? Terlebih lagi Muss, memang sangat dinantikan.

Sekian.

Tagged:

LEAVE A RESPONSE

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Related Posts