Kejap Food(Pandu Lalu) – Karipap Ala IKEA
Assalammualaikum, Salam sejahtera..
(*PERHATIAN : PENULISAN INI TIDAK DIBAYAR, APA YANG SAYA TULIS ADALAH DARI DIRI SAYA SENDIRI. DARI SEGI RASA DAN KESEDAPAN HANYALAH PADA HARI DAN KETIKA SAYA RASA MAKANAN INI)
Hari ini saya nak kongsikan satu kedai ini. Sebenarnya pada asalnya saya nak ke ST Rosyam Mart, kemudian ke GIANT Setiawangsa. Kebetulan bila singgah di stesen minyak CALTEX, abang saya ternampak satu kedai ini. Nak tahu kedai apa?
Kejap Food

Masa nak masuk kereta, Abang saya cakap, “beli tu”. Dalam hati, “beli apa pula ni?”. “Beli karipap tu”. Saya tak perasan pula ada restoran pandu lalu di situ.
Saya pun pergilah beli, katanya macam karipap IKEA. Karipap IKEA? Ingat senang ke nak lawan dengan karipap IKEA. Nak bandingkan pun belum tentu lagi, haha. Disebabkan ada pandu lalu, kami pun naik kereta sajalah pergi beli. “Kak, karipap 4”. Tidak tahu la sedap ke tidak. Lepas dapat saja, terus buka bungkusan dan makan.

“Ok, IKEA ada pesaing baru”
Serius, memang sedap(ikut tekak saya). Rasa intinya sedap, kulit karipap lembut. Sebenarnya ramai orang cuba jual karipap Ala IKEA ini. Memang tidak rugi cuba. Tapi, kebanyakan saya cuba, kulit karipap mereka agak keras. Bila sejuk jadi kurang enak. Tapi karipap Kejap Food ini memang sedap, lembut, intinya terasa. Kena pula panas-panas.

Karipapnya tidaklah sebesar IKEA, kecil sedikit. Tapi rasanya seiras IKEA. Seperti biasa, intinya mestilah ada telur kan. Kalau tidak ada telur, bukan karipap IKEA la.

Mula-mula kami hanya beli 4 sahaja. Kemudian patah balik, beli lagi 8, haha. Harga 4 karipap RM8.00. Mungkin agak mahal sedikit berbanding dengan IKEA. Tapi, okla, kalau rindu nak makan karipap IKEA, malas nak keluar jauh-jauh, malas nak beratur, boleh saja beli karipap di Kejap Food. Kalau tidak salah saya, mereka ada sediakan penghantaran menggunakan Food Panda.
Sesiapa yang berada di kawasan Setiawangsa, mungkin ramai yang sudah tahu. Yang berada dikawasan luar dari Setiawangsa, bolehlah mencubanya. Saya tidak cakap sama atau sebiji seperti karipap IKEA ya. Tekak manusia lain-lain. Lain padang, lain belalangnya. Lain orang, lainlah tekaknya, haha.
Kejap Food ada menu lain selain karipap, dan banyak jugalah sebenarnya. Tidak perasan pula saya. Dari minum pagi hingga ke makan malam. Sama macam restoran makanan segara yang lain. Tapi sampai 10.00 malam sahajalah.



Banyak bukan menu dia? Saya pun tidak tahu sebanyak ini menunya. Sebab waktu saya beli karipap, saya hanya fikir karipap sahajalah. Sebab nak tahulah juga rasa karipapnya, sebab saya memang suka karipap, hehe. Jadi, sudah tahu menu-menu yang mereka tawarkan, InsyaAllah, jika saya lalu atau ke Setiawangsa, saya akan singgah dan cuba menu yang lain.
Dari segi harganya, mungkin sedikit mahal, cuma saya tidak tahu saiz hidangan setiap menu. Jika ianya banyak, saya rasa, biasa sahajalah harganya. Mungkin sesiapa yang tahu dan nak kongsikan, boleh komen dibawah ya. Saya rasa, tak mampu untuk saya mencuba dan kongsi semua hidangan mereka ini, haha.
“Kedai ini kat mana? Alamat? Buka dan tutup?”
Kejap Food @ CALTEX Setiawangsa
Lot 12914, Jalan 37/56, Taman Setiawangsa, 54200 Kuala Lumpur
Waktu Operasi
7.00 Pagi – 10.00 Malam
No Telefon
03-4266 9792 (Outlet)
03-7499 6701 (Pejabat)
012-537 0908 (Hubungi/Whatsapp) – Untuk pesanan makanan.
Alamat sudah diberi, Waktu Operasi sudah tahu, jadi, apa lagi. Bolehlah cuba karipap istimewa dari kejap food!
Sekian.