Assalammualaikum, Salam sejahtera..
Pernah dengar tidak orang cakap “JADI DIRI SENDIRILAH! MUNAFIK!”. Pernah dengar? Sebenarnya apa maksud mereka jadi diri sendiri? Adakah semua perkara kita perlu jadi diri sendiri? Adakah bilamana sesuatu ketika kita tidak jadi diri sendiri dikira munafik? Jom kita bincang. Perlu ke untuk jadi diri sendiri? Atau ada masanya kita perlu keluar dari diri sendiri?
“Jadi Diri Sendirilah! Munafik!”
Dari segi bahasanya betullah, manusia perlu jadi diri sendiri. Tetapi kita juga perlu memahami sesuatu, tidak semua tempat kita perlu jadi diri sendiri. “Apa benda yang cuba penulis ni cakap?”. Baiklah. Dalam dunia ini kita perlu memahami teks dan konteks, yang mana teksnya Jadi Diri Sendiri, konteksnya adalah situasi. Tidak semua situasi kita boleh jadi diri sendiri.
Sebagai contoh, seseorang dihadapan televisyen, adakah kita perlu jadi diri sendiri? Bilamana kita berhadapan dengan orang kenamaan, adakah kita langgar sahaja dengan jadi diri sendiri? Lain pula situasi bilamana kita berjumpa pasangan kita yang belum dinikahi, pasti berbeza bukan?
Manusia perlu jadi diri sendiri bilamana situasinya berbeza. Katalah seseorang itu, suka ketawa. Bila jumpa pasangan, dia tesipu-sipu, diam, pemalu. Sedangkan dia seorang yang suka ketawa. Adakah dia perlu jadi diri sendiri atau tidak? Bagi saya, perlulah dia jadi diri sendiri. Kenapa mesti depan pasangan kita berwatak lain, sedangkan diri kita berwatak lain. Jika kita sembunyikan diri kita, sampai bila kita boleh sembunyikan diri? Sedangkan kita akan ke alam perkahwinan, kita akan bersama.
Jom kita ambil teks yang sama dengan situasi yang berbeza. Seseorang yang suka ketawa, bilamana dia menjadi wartawan di televisyen, atau pemberita. Adakah dia perlu jadi diri sendiri? Bagikan jawaban anda, 3 saat dari sekarang. . . Teett. Apa jawaban anda? Jawaban saya tidak perlu untuk jadi diri sendiri. Mustahil seseorang yang nak diri sendiri ketika mana mereka berhadapan depan orang ramai. Mana ada seseorang sedang membaca berita, ada video kelakar, kita ketawa beriya-iya. Mustahil dan tidak boleh berlaku! Maksudnya disini, ada situasi yang kita perlu jadi diri sendiri, ada situasi yang perlunya kita menjadi lain dari diri kita.
Ada contoh lain? Semestinya ada.
Seseorang yang memang jarang mengaji, bilamana kawan-kawan dia ajak mengaji atau baca Surah Yasin, adakah dia akan membaca atau menjadi diri sendiri? Sudah tentu jarang kita lihat orang yang jarang mengaji tapi kawan mengaji dia ikut. Kalau ada perempuan sekali disitu, tetiba rajin, mungkin lebih kuat daripada kawannya. Itu biasa. Tapi kalau kawan dia ajak mengaji, jaranglah kita nak ikut. Sebab jadi diri sendiri. Kalau dia jarang mengaji, tiba-tiba nak tunjuk pada jemaah perempuan atau bahasa kita panggil awek, pasti kawan dia akan cakap “Munafik gila doh dia ni”. Betul tidak?
Bagaimana pula situasinya berbeza. Jika orang itu jarang mengaji, tiba-tiba dia diajak kawan dia ke rumah kawan dia dan tiba-tiba ada bacaan Yasin dirumah kawannya. Adakah dia perlu jadi diri sendiri atau tidak? 3 saat dari sekarang. . . Masa tamat. Sudah tentu dia akan ikut baca, kerana situasinya sudah berbeza disini. Saya rasa ramai dikalangan kita buat perkara yang sama, itu biasa. Adakah dia seorang munafik? Tidak! Kerana situasinya disini bukan hendak menunjuk, tetapi lebih kepada menghormati majlis dan menjadi aib dan airmuka dirinya. Bayangkan jika orang semua mengaji, dia buat biasa sahaja, makan-makan, minum-minum. Secara adab dan akhlaknya tidak kena. Tetapi jika seseorang itu datang dari jauh, dari negeri lain ke negeri lain, kebiasaannya orang akan faham dan tidak kisah. Nampak tidak situasinya?
Ada lagi ke contoh lain? Ya, sudah tentu ada. Semua contoh ada pada diri kita sendiri. Kita perlu lihat dan renung pada diri kita. Apakah kita perlu jadi diri sendiri dan dimana situasi yang kita perlu untuk ubah diri kita. Tidak menjadi diri sendiri bukanlah perkara yang buruk atau munafik. Tetapi situasi yang membuatkan kita tidak jadi diri sendiri. Seseorang yang suka membuang angin ikut suka dia dirumah, tidaklah semestinya dia perlu jadi dirinya sendiri sehingga ke dalam panggung wayang dia membuang angin ikut suka dirinya dengan alasan “Jadi Diri Sendiri”.
Adakalanya jadi diri sendiri dirumah, tidak semestinya diluar perlu jadi diri sendiri. Ada masa juga jadi diri sendiri diluar, tidaklah perlu membawa diri sendiri kita dirumah.
Ada waktunya bilamana kita berada dengan kawan-kawan(rapat), kebiasanya bahasa yang keluar dari mulut kita, biasanya bahasa kasar atau pelik-pelik, itu diri kita diluar. Tetapi, bilamana dirumah, kita tidaklah bawa balik diri sendiri diluar masuk kedalam rumah. Mana ada kita berborak dengan ibu bapa atau adik beradik bahasa yang kita guna diluar. Cuba kita bawa balik bahasa kita guna diluar dengan keluarga kita dengan alasan jadi diri sendiri, tidak mustahil pelempang maut hinggap dipipi kita.
Adakah kita dianggap “Pijak semut tak mati”? Diluar bukan main lagi bahasa, dengan Ibu Bapa lembut sahaja, pijak semut pun tak mati. Tidak! Memang diluar diri kita bahasa begitu, dirumah bahasa kita lain. Sama juga bilamana kita berjumpa dengan orang lain. Kita bercakap dengan Ustaz, ada bahasa kita. Kita bercakap dengan orang kenamaan, ada bahasa kita sendiri. Jadi seperti yang saya beritahu, kita perlu memahami situasi kita. Ada masa kita perlu jadi diri sendiri, ada masanya kita tidak boleh jadi diri sendiri. Bukanlah kalau kita tidak jadi diri sendiri, dikira munafik.
Kalau kita biasa tonton drama, kita akan lihat bagaimana seseorang itu tidak mahu jadi diri sendiri bilamana dia perlu jadi diri sendiri. Kita seorang yang biasa, bukan orang kaya dan bukanlah tidak berduit langsung. Tapi kita tahu tahap kita dimana. Tetapi bilamana dia berjumpa kawan yang agak sedikit berada, yang kaya. Kita jadi orang lain. Disebabkan dia tidak mahu hilang kawan, dia menipu dirinya dan tipu kawannya dengan mengatakan dia seorang yang kaya, beli barang mahal-mahal, ajak kawan makan mewah, pergi ‘shopping’. Nak tunjuk yang dia mewah. Ini salah satu contoh, yang mana dia sepatutnya jadi diri sendiri, bukan jadi orang lain.
Jadi, anda faham sekarang? Kita perlu jadi diri sendiri bilamana kita perlu jadi diri sendiri, dan tidak semestinya kita perlu jadi diri sendiri setiap waktu. Tapi kalau dirumah kita solat 2 minit, tiba-tiba depan orang kita solat 20 minit, itu munafik. Jika dirumah kita tidak solat, jumpa orang tiba-tiba solat dan siap ceramah lagi “Solatlah, apa nak jadilah korang ni. Tak malu ke! Tengok aku ni”. Sedangkan di rumah dari Zohor sampai ke Isyak tonton Netflix. Ini contoh yang tidak sedar diri sendiri.
Jadilah diri sendiri, bukan jadi diri orang lain. Jadilah diri sendiri, ada masanya kita perlu keluar dari diri sendiri.
Sekian.