Assalammualaikum, Salam sejahtera..
Hari ini saya nak kongsikan apa yang perlu buat ketika covid-19 atau wabak melanda. Sebenarnya perkongsian ini melibatkan bilamana kita keluar rumah. Apa yang perlu kita buat dan apa yang dilarang buat ketika kita keluar atau berada dikawasan awam. Walaupun kelihatan biasa, tetapi ianya penting. Terlebih lagi Perintah Kawalan Pergerakan(PKP) akan dilaksanakan pada hari Rabu 13/1/2021. Ada perkara yang saya nak kongsi, sudah biasa dikongsi, mungkin ada beberapa perkara yang kurang dikongsi oleh orang ramai. Jadi, baca sehingga habisnya, kerana perkongsian yang dibawah adalah perkongsian lain yang jarang kita dengar.
Jadi, apakah perkara yang perlu buat atau dilarang buat dikawasan awam ketika COVID-19 atau wabak?
Pertama, MEMAKAI PELITUP MUKA
Ini perkara biasa atau perkongsian biasa. Pakai pelitup muka ketika keluar rumah, ianya sudah menjadi kewajiban kita hari ini. Walaupun masih ada yang berdegil atau masih tidak mahu dengar perintah dari kerajaan. Kalau ada yang masih berdegil, kita wajib tegur mereka, jika tidak ianya bahayanya bukan hanya pada orang itu, tetapi ianya akan memberi kesan kepada semua orang. Bayangkan jika dia membawa jangkitkan atau dia sihat kemudian terkena jangkitan. Dia akan membawa jangkitannya ke merata-rata tempat, dan ianya membawa kepada kluster baharu.
Kemudian, jangan lupa untuk membawa lebihan pelitup muka kemana-mana kita pergi. Letak dalam beg 2 keping, dalam kereta, pejabat atau dimana-mana sahaja. Kadang kita keluar cepat-cepat, tidak perasan yang kita tidak memakai pelitup muka. Kadang kita pakai tali putus dan sebagainya. Jika kita ada bawa lebih, bolehlah kita ganti. Jika tidak, polis akan saman kita. Sekarang ini pelitup muka pun sudah murah, beli sahaja lebih. Kemudian simpan disemua tempat. Kalau kita rasa rugi atau nak jimat RM10 sekotak, atau kita nak jimat daripada disaman. Fikir-fikirkanlah. Mungkin PKP dilaksanakan maka lebih ketatlah kuatkuasa undang-undang.
Kedua, SENTIASA MEMBAWA CECAIR PEMBASMI KUMAN(HAND SANITIZER)
Jika dahulu cecair pembasmi kuman berharga RM50 untuk 1 botol(500ml), hari ini 2 botol RM30(bila promosi)! Saya biasa beli botol besar kemudian masuk dalam botol-botol kecil, jimat sikit. Kalau tidak salah saya, botol kecil itu lebih mahal sedikit berbanding botol besar. Ini pun perlu letak lebih dalam beg, dan JANGAN BAWA KELUAR letak merata-rata tempat! Biasanya botol kecil saya bawa, botol besar saya letak tepi atau depan pintu rumah. Jadi bila kita balik, kita guna yang botol besar sahaja, tidak perlulah keluarkan botol kecil itu. Nanti letak merata-rata tempat, lepas itu lupa.
Ketiga, PENJAGAAN JARAK.
Mungkin isu ini bagi sesetengah orang agak sensitif bilamana ditegur untuk menjaga jarak. Tetapi mamang patut ditegur! Kadang kita beratur macam tidak ada apa-apa berlaku, rasa macam suasana biasa sahaja. Ingat ya, walaupun kita pakai pelitup muka dan cecair pembasmi kuman, virus COVID-19 juga boleh dijangkiti melalui sentuhan. Misal katalah kita tersentuh orang yang terkena COVID-19, kemudian kita gosok mata, atau garu-garu hidung ke. Peratus hendak dijangkiti itu ada. Mungkin bagi kita yang dewasa ini boleh dijaga tingkah laku pergerakan kita. Tetapi, bagaiman dengan anak-anak kita? Kalau kita cakap tangan jangan gosok mata, mahukah mereka mendengarnya? Atau mereka pun tidak faham “kenapa tak boleh gosok mata, garu hidung?”. Jadi, fikirkan anak-anak kita ya.
“Ala.. Ini peringatan atau perkongsian biasa, orang lain pun kongsi benda ini”.
Apa ya perkongsian yang jarang kita dengar? Jom kita ke perkongsian seterusnya.
Keempat, JANGAN MELUDAH MERATA-RATA TEMPAT!
Perkara ini saya terfikir ketika mula-mula PKP dahulu. Dalam keadaan wabak atau jangkitan, meludah merata-rata tempat ini sesuatu perkara yang membuatkan orang tidak selesa atau tidak selamat. Bayangkan, perbuatan meludah ketika tiada wabak pun agak jelik, apatahlagi ketika wabak. Saya sangat tidak selesa bilamana orang meludah merata-rata, terlebih lagi dihadapan kita. Dan lebih menjijikan lagi ketika atas kenderaan. Ingat, aliur yang kita ludah bukan terus jatuh ke tanah, tetapi melayang ke belakang. Pernah suatu hari ketika saya menaiki motor, ada orang ludah dihadapan, memang akan melayang kebelakanglah. Nasib sempat elok. Perbuatan ini bukan sahaja pengotor, bahkan menjijikan! Geli! Kena pula jenis yang “haakkk TUI!”. Betul-betul dihadapan kita. Sudahlah meludah, berkahak, hijau pula! Jikalah benar ingin meludah, saya cadangkan pergi ke tepi atau dalam longkang. Janganlah depan orang! Jangan buat orang lain rasa tidak selesa!
Kelima, JANGAN HEMBUS HINGUS SESUKA HATI!
Ini lagi bermasalah, haha. Sambil jalan dia buang hingus dia. Macam saya beritahu tadi, jika tiada wabak pun orang geli dan tidak selesa, apatahlagi ketika wabak melanda. Penyelesaiannya jangan buang hingus sesuka hati atau pun jika gatal sangat hidung, pergi ke tepi-tepi atau hembus ke dalam longkang. Pergi jauh sedikit dari orang. Kalau kita hembus hingus atau meludah merata-rata, nanti orang terpijak atau terkena. Atau, saya biasa ke pasar, bilamana kita penat angkat plastik barang, kita akan letak dan rehat. Kadang terngiang-ngiang saya bilamana terfikir ada orang hembus hingus atau meludah dikawasan situ. Sidah pasti akan terkena pada beg plastik barang kita. Kemudian masuk dalam kereta, kemudian bawa balik masuk ke rumah. Ada pula yang bawa masuk beg plastik barang tadi terus ke dalam peti sejuk atau peti ais. Tidak dapat dibayangkan. Saya jarang letak plastik barang merata-rata tempat.
Keenam, JANGAN PEGANG BARANG JIKA TIDAK MAHU BELI!
Ya, ketika wabak melanda dunia hari ini. Banyak perkara yang kita tidak boleh lakukan seperti suasana biasa. Salah satunya bilamana kita ke kedai atau pasar, janganlah gatal-gatal tangan nak pegang barang kalau tidak mahu beli. Bukan apa, jangkitan virus juga boleh berjangkit melalu sentuhan. Jadi, kalau tidak mahu beli atau tiada keperluan untuk pegang barang di kedai, pusat beli belah atau pasar, janganlah pegang atau elakan daripada memegang apa-apa.
Ketujuh, BALIK TERUS MANDI!
Pada mulanya COVID-19, kita balik dari mana-mana tempat, pasti akan mandi. Tapi, mungkin hari ini, ada sebahagian dari kita sudah tidak amalkan lagi. Sejak kebelakangan ini, kes semakin meningkat, sehari ribuan kes jangkitan diberita. Saya rasa, amalan ini perlu di amalkan semula. Jangan ambil ringan. Jika kita seorang yang kita, masalah hanya pada kita. Jika keluarga kita yang kena disebabkan kita, kesian pada mereka.
Kelapan, JANGAN KELUAR JIKA TIADA KEPERLUAN!
Sebab apa saya masukan ini? Sebab saya duduk dikawasan yang dibanjiri kedai-kedai makan. Dan pada waktu malam, saya sendiri melihat bagaimana orang keluar pergi jalan-jalan, beriadah, makan-makan di kedai makan. Hampir setiap malam, apatahlagi pada hari jumaat malam, sabtu dan ahad. Sehingga sesak jalanraya, kereta penuh. Ada yang bawa anak, ada juga yang membawa bayi! Jika orang dewasa terkena jangkitan, mereka tahu bagaimana cara nak buat, nak memberi reaksi, atau mengadu. Bayangkan kita bayi terkena jangkitan, bagaimana bayi itu nak memberitahu ibu bapanya yang dia tidak sihat, rasa sesak nafas, derianya bau hilang? Tidakkah kita kesian pada bayi tersebut? Adakah kita tidak sayang pada mereka? Saya pernah ke pasaraya, ibu bapa membawa bayinya keluar beli barangan dapur! Jika tiada wabak pun saya kurang selesa melihat bilamana ibu bapanya membawa bayi ke pasaraya jam 12 tengah malam, tengah malam ya, bukan tengahari, membeli barang dapur, apatahlagi ketika wabak. Jika tiada keperluan untuk keluar berdua, janganlah keluar, cukuplah hanya seorang yang keluar.
Jadi, itu sahaja perkongsian saya kali ini, jadi, patuhilah SOP yang dikeluarkan oleh pihak pemerintah. Kita Jaga Kita, Kekal Selamat, Jaga Diri. Semoga Allah melindungi kita semua.
Sekian.