Assalammualaikum, Salam sejahtera..
Terpanggil benar untuk saya memberi komentar dan jawaban terhadap seorang lelaki berbangsa India beragama Hindu yang dikatakan menghina dan telah memurtadkan seorang wanita beragama Islam warga Indonesia. Saya ada melihat video pertama, ketika dia berbicara mengenai bagaimana cara memurtadkan orang Islam dan Islam sembah dewa dan batu. Kedua, video pemohonan maaf yang sebenarnya tidak memberi hujah apa-apa pun yang kuat untuk dia menutup kesalahannya. Dan bagi saya dia tidak menjawab soalan dan tidak juga mempertahankan dirinya, hanya sekadar bual kosong dan berpusing-pusing. Saya juga menonton video permohonan maaf dari isterinya juga yang mana isterinya tidak tahu apa yang suaminya katakan. InsyaAllah, kita akan ke semua video-videonya.
Kita bermukadimah sedikit ya. Seorang lelaki berbangsa India beragama Hindu dikatakan telah memurtadkan seorang wanita Islam warga Indonesia. Ini cerita asalnya. Tetapi bilamana dia menyentuh cara memurtadkan dan Islam menyembah batu dan dewa, disini yang bermasalahnya. Terlebih lagi dia mengatakan agama Islam sama seperti agama Hindu. Ini sangat mengarut! Kemudian dia mengatakan orang Islam menghina agamanya dan sebagainya. Ini tidak dinafikan, segelintir umat Islam yang bermasalah bilamana menghina agama orang sewenang-wenangnya, walaupun Islam melarang perbuatan tersebut didalam Al-Quran. TETAPI! Jangan pula menafikan bahawa agama lain juga ada menghina agama Islam, sehingga Mufti-Mufti dan Menteri Agama juga diperlekehkan. Jika dia mengatakan dia mempunyai bukti dan gambar, kami juga mempunyai bukti dan gambar.
Baiklah, selesai sedikit mukadimah. Jadi, kita hendak berbahas sedikit mengenai kata-kata dia dan dia juga mempertahankan diri dengan mengatakan dia tidak menghina dan tidak cakap perkara yang salah, walaupun salah, dia tetap tidak mengaku kesalahannya. Kita akan bahas sedikit dan membuka minda TANPA HUJAH MENGHINA, MENGEJI, MAKI HAMUN. Ini adalah pegangan dasar tuntas saya. Tiada makian, penghinaan, kejian. Jom kita berkomentar dan berbahas.
Video pertama(Tamil)
Secara asas berbicaraannya mengenai memurtadkan orang Islam dan berkahwin dengan isterinya dan bukan senang, katanya. Dia juga mengatakan akan berbicara dalam Bahasa Tamil supaya orang Melayu tidak faham. Ini asas perbicaraannya, memurtadkan orang. Walaupun isu murtad di Malaysia ini sangat berat, terlebih lagi dia membicarakan bagaimana nak memurtadkan orang Melayu(ini sebutannya, sebab apa saya tulis, nanti kita akan bahaskan video kedua). Cara memurtadkan orang Melayu katanya, bawa ke Indonesia, Singapura atau India. Kemudian katanya lagi, “ambil anak angkat orang Melayu dan murtadkan mereka ke hindu”. Saya akan tekankan perkara ini kerana video lainnya ada kene mengena.
Tetapi ianya menjadi masalah bilamana dia berbicara “Orang Islam sembahyang sembah dewa hindu sivan”, katanya lagi “Di Kaabah pun mereka letak dewa aivan dan aembah”. Mengatakan orang Islam sembah dewa, batu dan sebagainya, perkara ini lebih bermasalah. Isu murtad kita akan serah bulat-bulat kepada pihak berkuasa agama Islam negeri. Tetapi, mengatakan orang Islam sembah dewa, ini tuduhan yang berat. Bagi orang lain yang tidak faham, dan terima bulat-bulat katanya, ini akan membawa kesalah-fahaman orang bukan Islam, terlebih lagi orang India dan Hindu. Dia juga ada kata “Melayu dan India Muslim Rasis”.
Dia juga mengatakan masuk Islam tak rasa sakit, tak rasa mati, itu cara orang Islam dakwah. Sambungnya lagi, Orang Islam kata pengganas pun boleh masuk syurga. Beratnya lagi tuduhannya “Adakah mereka ada lukis Allah atau Nabi. Mereka menipu dengan kata mereka tak ada bentuk. Bila beritahu isteri saya, dia pun mengaku memang kena tipu dari Islam. Mereka sembah hindu dan atas masjid ada bulan sabit yang ada dekat dewa siva”. Dia juga ada mengatakan yang masuk Islam balik ke agama hindu, dan ramai orang orang Melayu tengah tunggu nak masuk hindu. Kalau tak faham boleh whatsappnya.
Baiklah, habis pun. Ini secara asas perbicaraannya. Sebenarnya perbicaraannya agak tidak teratur, tetapi saya cuba untuk susun satu per satu. InsyaAllah saya akan menjawab berdasarkan video pertama didalam video keduanya.
Video keduanya secara asas dia mengatakan jangan salahkan saya, saya tidak menghina agama Islam, tidak mengatakan keburukan, mengatakan ‘kita’ sama yakni agama Islam dan Hindu. Dia juga bercakap mengenai cinta(perkahwinan) sahaja, tidak cakap mengenai agama. Dan dia selalu mengklaim ada bukti, ada bukti. Hindu agama pertama dan sebagainya. Sepertimana yang saya katakan awalan tadi, video keduanya tidak menjawab sedikit pun apa yang dia katakan dalam video pertama. Saya pun tidak mahu menulis panjang mengenai video keduanya sebab dia kerap bercakap perkara yang sama, tidak hina, orang ajak masuk agama, Islam dan Hindu sama, Islam sembah dewa, batu, bulan sabit, jadi saya terus ke perbahasan. Pembaca boleh tonton videonya berdurasi 14 minit.
Pertama, mengatakan Hindu dan Islam itu sama DAN mengatakan Islam sembah dewa dan batu adalah suatu penghinaan yang jelas dan nyata! Hina ini bukan maksudnya memakin hamun, bakar Quran atau kitab saja seperti yang dikatakan dia. Mengatakan sesuatu perkara yang tidak benar dan menjatuhkan martabat agama juga suatu penghinaan. Anda mengatakan orang Islam sembah dewa, sedangkan Islam tidak pernah sembah dewa, tetapi sembah Allah Tuhan Yang Satu. Bila kita berbicara Tuhan Yang Satu, maksudnya disini, Islam tidak menyembah Tuhan selain Allah SWT. Ini jelas dalam Islam. Ini perkara asas yang mana semua orang Islam tahu kecuali ajaran sesat seperti Abdul Hamid dan Ibu Yati. Jika anda mengatakan sebaliknya, ini adalah suatu penghinaan bagi seseorang yang beragama Islam, dan kami akan menejawab dan mengatakan perkara yang benar. Kerana itu kita perlu memahami bahasa dengan betul. Setiap perkataan ada maksudnya, jangan hanya mengatkan “Hina ini maksudnya, cari di google, tengok macam mana mereka hina, cakap tidak sopan dan sebagainya”. Faham maksud hina itu apa. Mengatakan sesuatu yang bukan dari ajaran Islam juga tidak sopan tidak menghormati dan suatu penghinaan.
Dia mengatakan orang mengajak dia masuk Islam dan orang Kristian juga mengajak dia masuk Kristian, dan katanya ini tidak hormat agamanya dan menghina agamanya. Lihat, bagaimana dia tidak memahami maksud perkataan ‘hina’ itu sendiri. Baginya mengajak dia memasuki agama lain suatu penghinaan buatnya. Jika mengajak masuk agama lain itu suatu penghinaan, apatahlagi mengatakan Islam sembah dewa sivan atau batu atau bulan sabit. Ini lebih menghina! Untuk pengetahuan, bulan sabit hanyalah logo semata-mata, jika tidak ada pun, orang Islam tetap menyembah Allah. Adakah dengan meletakan logo Petronas menjadikan orang menyembah Petronas? Hairan. Saya akan kecewa bilamana dia mengatakan dalam masjid orang sembah bulan bintang dan mengatakan dia mempunyai bukti, tapi malangnya dia tidak menunjukan bukti tersebut. Mengklaim sesuatu yang tidak ada bukti atau andaian, bagi saya tidak lebih daripada berbual kosong dan berkhayal sahaja.
Saya ada menekankan Orang Melayu, sebab apa saya tekankan orang Melayu? Jika dilihat videonya, dia mengatakan ada orang tanya macam mana nak kahwin tapi tak mahu masuk agama(Islam) dan katanya lagi isterinya bukan orang Malaysia, tapi orang Indonesia. Ini juga bermasalah bilamana video pertama dia menegaskan murtadkan orang Melayu dan menjaja perkataan nama orang Melayu, bawa pergi luar negara dan sebagainya. Akhirnya dia mengatakan dalam video kedua, isterinya bukan orang Malaysia tapi orang Indonesia. Jika anda sudah berkahwin dan berkahwin dengan orang Indonesia, cukup, berhenti sampai situ. Kerana Indonesia dan Malaysia mempunyai undang-undang yang berbeza. Tetapi anda berbicara seolah-olah isteri anda orang Malaysia dan orang Melayu. Ini yang bermasalah. Jika anda pergi ke negara India, tukar agama Hindu ke agama Islam secara terang-terangan dan makan daging didepan orang Hindu. Ada sendiri tahu apa hukumnya. Jangan berbicara seperti negara Malaysia dikongkong dan negara lain bebas. Jawapannya TIDAK! Kerana itulah zaman penaklukan(peperangan) mereka sedaya upaya menegakan agama di daerah jajahan mereka, kerana untuk menegakan agama yang mereka bawa. Perkara ini semua orang patut tahu. Sama seperti Malaysia, bilamana Sultan-Sultan dahulu mencuba sedaya upaya untuk menegakan agama Islam supaya generasi hari ini dalam memeliharanya. Begitu juga negara India yang berpegang kuat agama Hindu, hasil jajahan mereka untuk memelihara agama Hindu di India. Ini perkara asas yang perlu kita tahu. Bukan hanya Malaysia menguatkan agama Islam sebagai agama persekutuan, negara lain juga mempunyai prinsip yang sama.
Seperti yang saya cakapkan tadi, asas perbicaraannya mengenai perkahwinan dia bersama isterinya yang warga Indonesia, dan telah murtad disana(Indonesia). Tetapi dia kerap kali berbicara seolah-olah isterinya orang Melayu Malaysia dan telah murtad disini(Malaysia). Jika isterinya sudah murtad di Indonesia, cukup sampai disitu. Tetapi anda mengajar orang Hindu Malaysia memurtadkan orang Melayu Malaysia. Ini sangat bermasalah. Kemudian dia berbicara yang mana berulang-ulang perkara yang sama.
Oh ya, jika anda tonton video permohonan maafnya, dia memang kerap mengatakan dia tidak hina, dan tidak menipu. Mengatakan orang Islam kata masuk Islam tak sakit, tak mati dan menjadi pengganas boleh masuk syurga, itu suatu penipuan yang nyata. Apatahlagi mengatakan orang Islam melukis Tuhan dan Nabi, dan lebih mengecewakan lagi, isterinya terasa tertipu dengan orang Islam kerana perkara ini. Malang sekali kerana puan saudari telah ditipu oleh penipu dan pembawa pendusta. Mana ada Islam melukis Tuhan dan Nabi. Lelaki India beragama Hindu ini banyak kali menegas dia ada bukti Islam menyembah dewa, batu, bulan sabit dimasjid, malangya tiada satu bukti pun dia bawa. Tolong bawakan bukti tersebut. ISLAM AGAMA ANTI-BERHALA. Bagaimana suatu agama yang anti berhala menyembah berhala? Sungguh tidak masuk akal.
Adakah agama Hindu dan Islam sama? Jawabannya TIDAK. Kenapa orang Islam kata orang Hindu tak masuk syurga? Semua agama tidak akan mengatakan agama lain masuk syurga. Jika semua agama masuk syurga, untuk apa dia masuk agamanya dan untuk apa dia bertuhan? Ini persoalan mudah untuk difahami. Kita tidak menafikan kebaikan seseorang melakukan kebaikan, seperti dia berkata, dia selalu menolong orang, masuk kedai Melayu Orang Islam dan sebagainya. Menolong orang adalah perkara yang lain, agama adalah perkara yang lain. Kita kerap dipusingkan “Kami buat baik, tolong orang, tapi kenapa cakap masuk neraka?”. Sifat tolong menolong dengan pegangan agama dua perkara yang berbeza. Kristian, tidak akan mengatakan Islam masuk syurga, begitu juga Islam dan Yahudi. Jika semua agama sama dan semua agama masuk syurga, saya hendak bertanya satu soalan. Kenapa kita masuk agama kita? Dan kenapa kita sembah Tuhan kita bukan sembah Tuhan orang lain? Saya tinggalkan soalan ini untuk pembaca menjawab. Islam suatu agama yang menyembah Tuhan Yang Satu, Allah. Islam bukan agama yang mana nampak pelik sikit, sembah yang ni, nampak yang tu ajaib, sembah yang tu, nampak pokok ratusan atau ribu tahun, sembah pokok. TIDAK! Islam bukan begitu. Islam ada pegangannya. TIADA TUHAN MELAINKAN ALLAH. Jadi kenyataan dia adakah HINDU dan ISLAM sama? TIDAK!
Firman Allah,,
Surah Al-A’raf[7] : 197
Dan benda-benda yang kamu sembah selain Allah, tidak akan dapat menolong kamu, bahkan tidak dapat menolong dirinya sendiri.
Adakah agama tertua menjadikan agama itu betul? Tiada istilah agama tertua adalah agama yang betul sebenarnya. Pokok tertua bukanlah semestinya ia Tuhan atau Dewa yang perlu disembah, ini sahaja sudah membuktikan perbezaan Islam dan Hindu. Islam percaya Nabi Adam manusia pertama diutuskan dimuka bumi ini, Yahudi pun percaya benda yang sama, Kristian juga percaya perkara yang sama(agama lain saya tidak tahu) dan Islam mempercayai Nabi Adam menyembah Allah. Jadi, jika ikutkan, agama Allah ialah agama tertualah kan? Jadi, jika ia mengatakan “Orang Islam balik kepada agama Hindu”, sepatutnya kita balik kepada agama Allah(ISLAM). Jika ikut sifir mudahnya, begitulah.
Saya rasa sampai disini sahaja. Sebab walaupun videonya panjang(14minit), tetapi berulang perkara yang sama. Mengklaim sesuatu yang hayalan dan tiada bukti. Meletakan andaian, kita sama sembah dewa, sembah batu dan bulan sabit, tetapi hanyalah andaian yang tiada bukti. Hayalan semata-mata. Mengajak seseorang masuk ke agama lain itu biasa. Ini proses dakwah. Siapa mempunyai hujah yang kuat, dia akan perolehi manfaatnya. Dan orang Islam percaya, Islam adalah agama yang sebenarnya dan agama yang betul. Jika ada seseorang yang penganutnya mengatakan agama lain betul, ini sesuatu yang pelik. Mengatakan agama lain betul, tetapi masih berada dalam agamanya yang salah? Oh ya, dia ada mengatakan ada bukti dan sebagainya. Tolong, beri bukti.
Adapun sebagai orang Islam, menghina agama lain sangat dilarang dalam Islam. Jadilah Muslim yang sejati bukan memaki.
Dan janganlah kamu cerca benda-benda yang mereka sembah yang lain dari Allah, kerana mereka kelak, akan mencerca Allah secara melampaui batas dengan ketiadaan pengetahuan.…
Surah Al-An’am[6] : 108
Semoga Allah memberinya hidayah, dan semoga isterinya diberi hidayah untuk kembali kepada Tuhan Pencipta Alam, ALLAH SWT. Jika Puan Saudari membaca, tolonglah, pertimbangkan hujah saya ini. Jika tidak salah Puan telah berkahwin selama 5 tahun dalam maksud yang sama Puan telah murtad selama 5 tahun. Kembalilah semula sebelum nyawa kita ditarik dan dicampakan ke neraka jahanam. Tolonglah, hujah yang suami Puan gunakan sama sekali tidak betul dan tidak. Islam tidak pernah sembah dewa, lukis Tuhan dan Nabi, atau sembah selain dari Allah. Islam agama anti berhala, Puan perlu faham perkara itu. Allah sentiasa menerima taubat hambanya selagi mana rohnya tidak ditarik lagi. Saya doakan Puan balik kepada ajaran sebenarnya.
Firman Allah SWT,
Surah Hud[11] : 26
“Iaitu janganlah kamu menyembah melainkan Allah; sesungguhnya aku bimbang (jika kamu menyembah yang lainnya), kamu akan ditimpa azab yang tidak terperi sakitnya pada hari pembalasan”.
Sekian.