Ustaz Ebit Lew Dipaksa Hentikan Bantuan Ke Sabah? Kenapa?
Assalammualaikum, Salam Sejahtera..
Beberapa hari ini heboh bilamana bantuan Ustaz Ebit Lew(UEL) terpaksa ditangguhkan kerana UEL diberitahu oleh pihak berkuasa, boleh dikenakan tindakan atau denda, RM100,000 atau 3 tahun penjara. Ini membuatkan ramai orang sedih, kecewa dan terkilan. Ramai juga yang menyalahkan pihak berkuasa kerana menghalang kerja dakwah Islam atau bantuan atau apa sahaja.
Kita bercakap mengenai Islam, tetapi kita lupa sesuatu dalam Hadis Nabi bersabda :
“Siapa yang beriman kepada Allah dan hari akhirat berkatalah yang baik atau diam”
HR Bukhari, Muslim
Apa kena mengena situasi UEL dengan hadis ini? Zahirnya tiada kene mengena dengan UEL, tapi ianya berkaitan dengan sikap kita. Sikap kita yang terlalu semborono ini akan menimbul pelbagai reaksi terhadap sesuatu teks tanpa mengetahui konteks. Kita selalu bersemborono yang mana akan membawa kita jatuh ke lembah fitnah. Sedangkan fitnah sangat dilarang dalam agama.
“Cukuplah seseorang dikatakan pendusta apabila dia menyampaikan apa sahaja yang didengarinya”.
HR Muslim
UEL hanya sekadar menyampaikan sesuatu dari hatinya, kemudian kita terdengar atau terbaca orang lain yang bercakap dan menulis, kita membuat kesimpulan, “Pihak berkuasa menghalang kerja dakwa Islam”. Kita perlu faham sesuatu, bukan hanya kita sahaja yang Islam dan perjuangkan Islam. Ramai lagi anggota yang beragama Islam mempertahankan Islam, Bangsa dan Negara. Jika tidak, mereka tidak memikul tanggungjawab sebagai anggota. Ini permasalahan kita, bilamana merasakan hanya kita sahaja memperjuangkan Islam dan orang lain tidak. Ini sesuatu yang melampaui batas. Inilah bibit-bibit yang ada pada Khawarij, yang lama kelamaan akan mengkafirkan sesiapa yang tidak seperjuangan dengan mereka, dan lebih parahnya lagi, mereka akan sampai suatu tahap yang mana mereka akan membunuh sesiapa sahaja yang tidak bersama dengan mereka, kerana dianggap pengkhianat dan kafir.
Apa yang saya tahu dan sesiapa sahaja yang sentiasa mengikuti perkembangan di Sabah, terutamanya dipulau-pulau. Ancaman lanun disana sangat membimbangkan dan sangat serius dan bahaya. Penculikan demi penculikan sentiasa akan berlaku. Lanun atau kumpulan Abu Sayyaf sentiasa mencari ruang-ruang kosong untuk memasuki perairan kita, dan menculik untuk menjadikan tahanan dan meminta duit supaya tahanan ini dilepaskan. Ini berlaku.
Jadi, untuk mengatakan pihak berkuasa menghalang UEL adalah tidak benar dan tuduhan ini salah!
Bayangkan jika apa-apa berlaku pada UEL kelak, apa akan berlaku?
Kesemua agensi pihak berkuasa akan dipertanggungjawabkan dan ini akan membahayakan nyawa semua orang. Jika lanun mengetahui keberadaan UEL dipulau-pulau yang mudah untuk mereka menyerang, mereka akan menculik UEL untuk dijadikan tahanan. Ingat ya, mereka sanggup mati demi apa sahaja kepentingan kumpulan mereka. Jika 50 orang anggota pun menjaga UEL, mereka sanggup turun hanya 10 orang demi mendapatkan duit! Jadi, jangan sewenang-wenangnya mengatakan apa yang kita tidak tahu. Lebih baik berdiam.
Bagi saya ada satu kaedah dalam situasi ini. Mungkin ada yang tidak bersetuju, itu tidak menjadi masalah, kerana perbezaan itu sentiasa ada. Cuma akhlak orang ketika berbicara membezakan perbezaan itu baik atau buruk.
Jika UEL terpaksa tangguh bantuannya, ianya menjadi masalah. Jika UEL diculik, ianya menjadi lebih bermasalah. Kerana ianya melibatkan keselamatan negara dan nyawa anggota yang ada. Jadi, mudarat jika UEL diculik itu lebih besar, banyak agensi perlu dan akan dipertanggungjawabkan dan operasi menyelamat perlu dikerah. Kenapa mesti perlu kita mencari mudarat yang lebih dahsyat.
Pada zahirnya nampak seperti tiada kena mengena dengan kesematan negara, lebih kepada keselematan seseorang. Jawabannya tidak. Jika seseorang itu diculik oleh lanun di dalam perairan kita, kesemua akan memandang Malaysia sebagai lemah, dan tidak menjaga perairan dengan baik. Maka, mudah untuk orang asing dan lanun masuk dan buat masalah dinegara kita. Sebagai contoh, dahulu kita diserang oleh puak Sulu yang cuba untuk mengambil sebahagian Sabah daripada kita. Jika penculikan keatas seseorang, maka, puak lanun akan mengambil kesempatan ini, sebab perairan kita lemah dan ada kelompongan. Jadi, sebagai orang awam, jangan berkata sesuatu yang bukan bidang atau urusan kita. Setiap manusia pasti ada ilmu, tetapi ilmu kita mempunyai keterbatasan, jangan sesekali melepas batas pengetahuan kita.
Ada kemungkinan ke lanun nak culik UEL?
Sudah tentu jawabannya YA! Setiap lanun atau penculik atau penjahat atau apa sahaja. Mereka akan membuat kajian dan selok-belok. Sudah tentu mereka akan mencari maklumat UEL. Jika carian kita di media sosial, UEL terkenal dengan sifat dermawan. Seseorang yang dermawan pasti orang itu seorang yang berduit. Apatahlagi UEL seorang penderma berskala besar. Sudah tentu dalam poketnya sahaja ratusan ribu! Bayangkan ketika ianya melawat, boleh menderma begitu sahaja kepada ratusan kanak-kanak. Sudah pasti puak lanun telah mengekori perkembangan UEL. Jadi, balik kepada soalan, ada kemungkinan ke lanun culik UEL. Jawabannya 100% kemungkinan untuk diculik itu ada.
Lanun akan menculik demi mendapatkan wang atau duit untuk kelangsungan mereka terus hidup. Membeli makanan, ubat-ubatan, dan yang paling besarnya adalah senjata api, bukanlah nilai yang sedikit jika nak membeli senjata api. Dengan peluang yang ada, sudah pasti mereka akan menculik seseorang yang berduit, apatahlagi seorang tokoh dermawan, dan yang pasti kerajaan juga akan menolong dan memberi duit. Jadi, UEL ini akan menjadi sasaran. Bayangkanlah jika mereka dapat UEL? Mereka pasti akan meminta sejumlah wang yang besar! Jika UEL tidak mempunyai duit sebanyak itu, rakyat Malaysia pasti akan membantu dan menginfa’kan harta dan duit mereka demi untuk selamatkan UEL, itu pasti! Dan anda yakin jika anda membayar sejumlah wang yang mereka(lanun) mahu, mereka akan lepaskan UEL begitu sahaja? Cuba fikir sedalam-dalamnya.
Demi keselamatan UEL, demi keselamatan negara dan demi nyawa anggota Malaysia, ditangguhkan bantuan itu lebih utama. Itulah semolek-moleknya buat masa ini. Ustaz Ebit Lew adalah aset terbesar umat Islam dizaman ini, melindungi beliau adalah tanggungjawab kita. Jangan disebabkan desakan kita, semuanya dalam bahaya, kemungkinan akan ada yang terbunuh. Adakah kita yang mendesak sedia bertanggungjawab? Jika kita tidak bertanggungjawab didunia, diakhirat kelak, dihadapan mahkamah Allah, kita akan dipertanggungjawabkan kerana desakan dan mulut kita, orang lain terkorban. Wallahualam. Ini sekadar pandangan dari orang biasa.
Ustaz Ebit Lew bukan dipaksa atau disuruh hentikan atau dihalang bantuan atau dihalang berdakwa atau dihalang apa sahaja. Cuma beliau hanya dihalang dan dilarang untuk ke pulau-pulau yang berbahaya sahaja. Adapun bantuan ke tempat lain, beliau dibenarkan. Kita perlu ingat, dipulau-pulau kawasan merah itu bukan semua warganegara Malaysia, bahkan tiada kad atau pengenalan diri. Mungkin sahaja lanun yang sedang menyamar sebagai orang awam dan tunggu masa sahaja membuat serangan. Jadi, berhati-hatilah ketika berbicara. Ini sebanyak sedikit telah mengguris hati pihak berkuasa, yang dikatakan pihak berkuasa atau anggota keselamatan menghalang bantuan UEL, menghalang kerja dakwah dan lebih teruknya lagi, ada yang berkata pihak anggota bersekongkol dengan orang politik, kerana orang politik iri hati dengan kejayaan UEL. Tidak apalah, politik itu isu lain, saya tidak suka untuk menyentuh hal politik, tetapi melabel anggota keselematan sebagai bermacam-macam label, itu sangat mendukacitakan. Sepatutnya kita berterima kasih kepada anggota keselematan, jika mereka benar-benar menghalang bantuan disalurkan, mereka tidak akan menghantar sehingga 5 bot penuh kelengkapan untuk mengiring dan menjaga keselamatan UEL. Seperti yang saya katakan, ini hanyalah pandangan dari seorang orang biasa.
Sekian.