Wanz Ramli Blog

Terus Mencari Persamaan

Ulasan Filem

18 Puasa Di Kampong Pisang Kutipan RM1 Juta Dalam Masa 3 Hari?!

Assalammualaikum, salam sejatera..

BIAR BETUL DALAM MASA 3 HARI TAYANGAN, KUTIPAN 18 PUASA DI KAMPONG PISANG RM1 JUTA?!

Tidak hairan ianya mendapat kutipan sebanyak itu, kerana filem ini mempunyai peminatnya yang tersendiri, termasuk saya. Setiap tahun pada bulan Ramadan, selain menunggu tibanya puasa, sebagai seorang manusia biasa, kita juga sentiasa menunggu karya hebat dari Sutradara Mamat Khalid. Seorang pengarah tersohor dan hebat di Malaya ini. Siapa tidak kenal dengan Mamat Khalid? Jika filemnya keluar atau ditayangkan di pawagam, pasti peminatnya berpusu-pusu akan ke pawagam, menonton filem arahannya.

Walaupun, dikatakan sentuhan Mamat Khalid sebelum ini seakan-akan ‘sentuhannya makin kurang’. Tetapi kali ini filem 18 Puasa Di Kampong Pisang telah memberitahu kita bahawa sentuhannya masih hebat. Apa yang nak dikatakan di sini, beliau seolah-olah telah membuat ‘kemunculan semula’ setelah dikatakan beliau gagal dalam beberapa filem sebelum ini. Dan kali ini filemnya sangat berlainan dengan masuknya banyak kritikan sosial dan nasihat agama. Boleh baca ulasan saya mengenai filem ini REVIEW 18 PUASA DI KAMPONG PISANG.

Pelbagai nasihat yang di tonjolkan dalam filem ini. Terutamanya filem ini sangat tekankan RUKUN IMAN, Puasa dan Zakat. Yang mana filem Mamat Khalid sebelum ini(atas pengetahuan saya), banyak mengatakan mengenai hal puasa, dan orang tidak berpuasa tanpa ada dialog nasihat. Sebagai contoh jika filem 16 dan 17 Puasa bercerita mengenai tidak berpuasa, kemudian ianya habis disitu. Berbeza dengan 18 Puasa, ianya memberi ‘dakwah’ mengatakan(dialog) kenapa perlu berpuasa. Namron sebagai ‘setan(pada awalnya) memberitahu Barkoba, “kenapa hang kena puasa?”. Zakat juga begitu, Namron mengatakan setiap duit zakat yang hang bagi, semuanya akan disalurkan ke Baitulmal kemudian ke anak yatim. Lihat, bagaimana permainan Mamat Khalid dalam filem ini. Sungguh berlainan. Setiap kesalahan yang dilakukan Barkoba, dia akan mendapat pingat ‘kesetanan’.

Mungkin pada awalnya penonton masih ragu-ragu dengan ‘sentuhan’ Mamat Khalid. Tetapi bagi saya, menonton filem ini ibarat kita redah sahaja. Seronok kita untung, jika bosan nak buat macam mana. Filem 18 Puasa ini ditayangkan di Astro First pada 15 April 2021, pada tarikh yang sama juga saya langgan filem ini. Kerana bagi saya, sebagai seorang peminat Mamat Khalid, kita perlu menonton filemnya dan kemudian baru kita tahu, adakah sentuhannya telah berkurangan atau tidak. Tapi apa yang saya hendak katakan disini, ianya berbaloi. Jika dilihat pada ulasan saya mengenai filem ini, mungkin sedikit kecewa, bilamana kita mengharapkan suasana 16 dan 17 Puasa sebelum ini dibawa ke 18 Puasa. Tetapi, 18 Puasa mengisahkan mengenai Kampong Pisang, ianya sangat berlainan dan saya perlu menerimanya.

Walau bagaimanapun, filem 18 Puasa Di Kampong Pisang itu sendiri tidak mengecewakan kerana filem ini membawa saya ke sudut sisi yang lain. Jika filem arahan Mamat Khalid sebelum ini nasihatnya hanyalah sindiran, tetapi arahannya kali ini nasihatnya dilontarkan. Setiap sesuatu kejadian pasti akan ada dialog nasihatnya. Mungkin saya salah. Tetapi sepengetahuan saya, filem arahan Mamat Khalid sebelum ini sangat berlainan dari segi kritikan sosialnya. Berbeza dengan filem 18 Puasa Di Kampong Pisang, kritikan sosial dalam filem ini sedikit berlainan dan terdapat unsur dakwah yang sangat banyak. Seperti yang saya katakan sebelum ini, nasihat Mamat Khalid banyak dalam sindiran, tetapi kali ini nasihatnya dilontarkan. Kenapa perlu Puasa? Ada jawabannya. Kenapa perlu Zakat? Ada jawabannya.

Ketika babak dalam neraka, dimana ada seorang YB didalamnya. Jika filem sebelum ini mungkin dialog orang yang melihat akan kata “YB masuk neraka? Ambil duit rakyat la tu” dalam nada sindiran. Saya rasa anda faham dialog sindiran dalam semua filem Mamat Khalid. Tetapi filem 18 Puasa ini sedikit berlainan, YB itu sendiri mengatakan sebabnya, saya masuk sebab ini sebab itu. Begitu juga dengan Pak Din, dia juga menerangkan kenapa dia masuk kedalam neraka juga. Lihat? Bagaimana kelainannya filem ini dengan filem sebelum ini? Tiada dialog sindiran atau andaian, lebih kenapa penerangan dan unsur dakwah.

Bagi saya filem ini memang selayaknya mendapat kutipan sebanyak ini, harapnya akan lebih lagi. Dan, bagi sesiapa yang belum menonton filem 18 Puasa Di Kampong Pisang, boleh langgannya sekarang. Anda pasti akan mendapat kebaikan dalam filem ini. Nasihat, dakwah, keinsafan dan jenaka Mamat Khalid. Walaupun bagi saya ini suatu filem yang agak serius(jika mengambil ikhtibarnya), tapi filem ini juga mempunyai jenakanya yang tersendiri. Boleh baca REVIEW 18 PUASA DI KAMPING PISANG Saya tidak mahu ceritakan jenakanya, jika anda ingin tahu, LANGGAN FILEM 18 PUASA DI KAMPONG PISANG SEKARANG.

HAPUSKAN CETAK ROMPAK! SOKONG PRODUK TEMPATAN! BARANG BAIK, BARANG KITA!

Sekian.

Tagged:

LEAVE A RESPONSE

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Related Posts