Wanz Ramli Blog

Terus Mencari Persamaan

AgamaBicara Santai

Assalammualaikum, salam sejahtera.

Sabda Nabi SAW,
“Barang siapa yang membunuh cicak dengan pukulan yang pertama, baginya sekian pahala, barang siapa yang membunuhnya pada pukulan kedua, baginya sekian pahala yang kurang daripada pukulan pertama, barang siapa yang membunuhnya pada pukulan ketiga, baginya sekian pahala yang kurang daripada pukulan kedua”

HR Muslim

Adakah anda biasa mendengar hadis ini? Kelebihan membunuh cicak? Tapi kenapa ya dalam Islam dibenarkan, bahkan sunat membunuh cicak? Bukan ke cicak juga haiwan dijadikan oleh Allah SWT? Adakah Islam kejam dengan binatang?

Oppss, tunggu dulu. Adakah Islam kejam dengan binatang? Kebiasaannya ini pertanyaan dari orang bukan Islam, tetapi ada juga segelintir orang Islam juga yang bertanya. Mereka ini kadang kala bukan mempertikaikan Islam itu, tetapi sekadar bertanya. Dan tugas kita menjawabnya. Kalau tidak mampu menjawab, seeloknya kita jangan bercakap sesuatu yang membuatkan mereka jauh dari Islam. Jangan terlalu sifat defensif sehingga terus melatah. Jangan buat mereka lebih jauh dari Islam.

Firman Allah SWT
“Maka dengan sebab rahmat (yang melimpah-limpah) dari Allah (kepadamu wahai Muhammad), engkau telah bersikap lemah-lembut kepada mereka (sahabat-sahabat dan pengikutmu), dan kalaulah engkau bersikap kasar lagi keras hati, tentulah mereka lari dari kelilingmu.”

Surah Ali-Imran[3]: 159

Balik kepada tajuk asal. Kenapa Islam menggalakan membunuh cicak. Pada asalnya dahulu, saya juga seperti pemikiran diatas. Kenapa, kenapa, kenapa boleh bunuh cicak. Kadang saya nampak cicak lalu, buat tak nampak sahaja. Rasa macam kesian pula nak bunuh. Memang ada hadis yang mengatakan “Sesungguhnya cicak itu meniup (menyemarakkan) api yang membakar Ibrahim AS” HR Bukhari. Tetapi tak sampai hati pula nak membunuh.

Dahulu, pernah saya mencari kenapa Islam menggalakan bunuh cicak, dan apa sebabnya. Jika Islam memberi membenarkan bunuh tikus kala jengking, kita faham, sebab apa. Bilamana ianya mengancam kita, kita boleh membunuhnya. Tetapi cicak?

Kebanyakan ustaz pun menjawab seolah-olah tiada jawaban tuntas, tetapi disebabkan ianya hadis dan bertaraf sahih, jadi, hadis ini dipegang secara umum. TETAPI, pemikiran saya terus berubah selepas…

Baiklah, ayat tergantung sedikit. Pemikiran saya terus berubah selepas saya melihat cicak dirumah saya seolah-olah macam tikus dimalam hari menjadi makanan. Besarnya cicak seolah-olah dinosour yang sedang menyarap seperti biawak komodo. Populasi cicak dirumah saya semakin berkembang biak, sangat dahsyat. Bayangkan waktu malam, jam 1-2 pagi, saya terdengar bunyi plastik sampah, seolah-olah ada binatang sedang bersepahkan tong sampah. Bila saya jenguk, memang betul, cicak. Saya sebenarnya tidaklah sangka sehingga ke tahap itu cicak. Dulu kita tahu, cicak melekat kat dinding, meluncur pada dinding. Tetapi hari ini, cicak ini sudah menjadi sesuatu yang luar dari jangkaan saya.

Mungkin ini salah saya, bilamana saya membiarkan cicak dan tidak membunuhnya. Hari ini saiz cicak bukan seperti yang saya lihat diwaktu saya kecil. Cicak hari ini sangat besar, bila dia berjalan diplastik atau kotak, boleh dengar pergerakan cicak ini. Kadang saya sendiri pun takut, iyalah kan, manalah tahu binatang lain ke.

Sekarang ini, bari saya tahu, kenapa Islam menggalakan bunuh cicak. Pertama, populasinya sangat cepat membiak. Kedua, cicak memang dikategorikan sebagai haiwan perosak. Ketiga, kita akan lihat, najis cicak bersepah di merata-rata. Bayangkanlah jika cicak itu atas siling kita, sedap kita tengah makan, pop, cicak buang najisnya.

Hari ini, saya mencari pelbagai cara untuk menghalau dan membunuh cicak. Kadang kalau saya nampak cicak, memang saya akan terus bunuh. Sebenarnya memang cicak ini dikategorikan sebagai haiwan perosak, dalam hadis,

Sabda Nabi SAW,
“Sesungguhnya Nabi SAW memerintahkan supaya membunuh cicak, Dan disebutnya sebagai Fuwaisiq (binatang kecil yang mendatangkan kerosakan)”

HR Muslim

Memang pada awalnya, kita tidak nampak yang cicak ini binatang perosak, tetapi, bila cicak ini makin banyak dalam rumah, kita akan lihat najisnya di merata-rata tempat. Kemudian, bunyinya sangat mengganggu.

Kesimpulannya, setiap persoalan “Kelebihan membunuh cicak? Tapi kenapa ya dalam Islam dibenarkan, bahkan sunat membunuh cicak? Bukan ke cicak juga haiwan dijadikan oleh Allah SWT? Adakah Islam kejam dengan binatang?”, sudah dijawab. Kelebihan membunuh cicak supaya rumah kita tidak diganggu oleh binatang perosak. Tetapi, pastikan membunuh ya, bukannya menyiksa. Dan hukum membunuh cicak ialah SUNAT, boleh baca di Portal Mufti Wilayah Persekutuan.

Jangan dibiarkan cicak berleluasa dirumah anda, kelak anda akan merasakan ketidaksenangan dengan adanya cicak. Percayalah cakap saya.

Sekian.

Tagged:

LEAVE A RESPONSE

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Related Posts