Wanz Ramli Blog

Terus Mencari Persamaan

Bicara Santai

“Tanah Palestin Milik Israel, Milik Yahudi!”

Assalammualaikum ,salam sejahtera..

Kekejaman demi kekejaman yang berlaku di Bumi GAZA, seolah-olah sifat kemanusian sudah tiada lagi. Roh demi roh diangkat ke langit, kematian disana sini. Setiap tahun di bulan Ramadan, Gaza dibedil sehabis mungkin. Setiap inci tanah Gaza, dirompak sedikit demi sedikit. Inilah kezaliman yang dilakukan, inilah kerosakan demi kerosakan yang dibuat oleh satu bangsa yang sombong lagi hina sejak dahulu hingga hari ini, Bangsa Israel atau Bani Israel.

Pernah tidak kita mendengar perkataan atau tulisan ini?

Tanah Palestin Milik Israel, Milik Yahudi“?

Pasti kita sering mendengarnya bukan? Terutamanya ketika ini, ketika sedang perang media sosial berlaku.

Sebenarnya memang ada atau ramai yang mengatakan Tanah Palestin Milik Israel, Milik Yahudi. Termasuk dari kalangan orang kita sendiri. Tetapi, bilamana kita merujuk semula peta dunia sebelum 1947, tiada sedikit dakwat pun yang diconteng ‘negara’ bernama Israel. Kerana apa? Kerana nama ‘negara’ Israel itu sendiri muncul selepas tahun 1948.

Peta Palestin Tahun 1947-2005

Mereka(Israel) ini juga lupa yang mana duit syiling Palestin lebih lama umurnya dari ‘negara’ Israel itu sendiri.

Duit Syiling Palestin

Duit syiling Palestin ini wujud pada tahun 1927, iaitu 21 tahun sebelum terbentuknya ‘negara’ haram Israel. Jadi, jika hujah mereka mengatakan tanah Palestin Milik Israel, ini hujah yang lemah. Duit Palestin itu sendiri hidup lebih lama dari Israel, apatahlagi negara Palestin yang wujud lebih lama daripada itu.

Adakah mereka ini mengatakan “Oh, Palestin milik Israel sudah lama lagi” tanpa melihat sejarah terlebih dahulu. Ataupun mereka tidak membaca sejarah hanya sekadar membuat andaian sejarah? Saya serahkan kepada anda untuk menilainya.

Mungkin juga setelah kita berhujah begini mereka akan mengatakan “Tidak, sebenarnya itu tanah Yahudi, tapi Palestin yang ambil dari mereka“. Peta dunia tulis Palestin, tetapi Yahudi punya? Pelik sebenarnya kenyataan ini. Ibarat nama Tanah Melayu, tapi bukan milik Melayu. Atau nama Tanah Besar China, bukan milik China. Atau nama tanah India, bukan milik India. Atau nama tanah orang putih, tapi sebenarnya bukan milik orang putih. Bolehkah berkata begitu?

Orang Yahudi telah berbondong-bondong masuk ke tanah Palestin pada 1947 dengan membawa sejarah sedih dan duka. Pasti semua orang tahu sejarah bangsa Yahudi ini. Kemudian mereka(Yahudi) ini dibenarkan menetap di tanah Palestin atas dasar kemanusian. Kemudian mereka(Yahudi) ini mengatakan tanah Palestin milik Yahudi? Bagaimana dikatakan Palestin tanah Yahudi? Sedangkan mereka pendatang asing yang datang pada tahun 1947. Ingat tidak, duit syiling Palestin tadi? Syiling Palestin itu sendiri wujud lebih lama sebelum kedatangan berbondong-bondong bangsa Yahudi di tanah Palestin. Sepatutnya Yahudi ialah bangsa asing atau bangsa pendatang di bumi Palestin.

Akhirnya mereka membuka kitab mereka untuk berhujah. Disebabkan mereka menggunakan Bible atau kitab mereka(Torah) sebagai rujukan, mengatakan “Tanah Palestin ialah tanah yang dijanjikan untuk Israel“. Pasti anda sering membaca ‘posting’ di media sosial bukan? “Tanah Palestin tanah yang dijanjikan untuk Israel, Israel tanah yang dijanjikan tuhan” dan sebagainya. Tetapi pokoknya yang yang dijanjikan. (Jadi, mungkin peperangan ini bukan diantara Israel dan Palestin, tetapi diantara agama, Islam dan Yahudi? Tapi apa yang penting, peperangan ini membuka pintu kezaliman dan kekejaman bangsa Israel Zionis).

Mungkin mereka(Yahudi) boleh memperluaskan sedikit bacaan atau membuka pemikiran sedikit untuk merujuk kitab Agung, Al-Quran. Kitab terakhir yang mengumpulkan segala sejarah mengenai Bani Israel sejak dari zaman Nabi terdahulu sehingga ke zaman Nabi Muhammad SAW. Semestinya semua didalam Al-Quran ini sangat benar(sahih), dan datangnya dari Tuhan, Allah SWT. Ketika mana Nabi Musa berkata

“Wahai kaumku, masuklah ke Tanah Suci (Palestin) yang telah diperintahkan oleh Allah untuk kamu (memasukinya); dan janganlah kamu berbalik undur ke belakang, (kalau kamu undur) maka kamu kelak menjadi orang-orang yang rugi (di dunia dan di akhirat)”.

Surah Al-Maidah[5]: 21

Setelah berdialog panjang (anda boleh rujuk Surah Al Maidah), akhirnya Bani Israil ini menjawab.

Mereka (menolak dengan) berkata: “Wahai Musa, sesungguhnya kami tidak akan memasuki negeri itu selama-lamanya selagi kaum itu masih berada di dalamnya; oleh itu pergilah engkau bersama Tuhanmu dan perangilah mereka. Sebenarnya kami di sinilah duduk menunggu”.

Surah Al-Maidah[5]: 24

Bangsa atau Bani ini menolak perintah Tuhan ke Baitul Maqdis atau Palestin. Kemudian pada hari ini, bangsa ini juga yang telah membuat pelbagai konspirasi dan membina pelbagai cara untuk mendapatkan Baitul Maqdis. Satu bangsa yang khianat, sombong, ingkar perintah Tuhan, dan membuat banyak kerosakan sejak dari dahulu hingga hari ini.

Siapakah sebenarnya bangsa Israel yang ada pada hari ini? Setelah mereka ingkar arahan Tuhan, dan tidak mahu masuk ke tanah Baitul Maqdis buat selama-lamanya. Tetapi hari ini, mereka inginkan tanah Baitul Maqdis sehingga bermati-matian. Selagi mereka tidak dapat, selagi itu tidur mereka tidak nyenyak. Kenapa bangsa ini hari ini terlalu inginkan tanah Baitul Maqdis? Siapakah golongan ini sebenarnya? Adakah mereka lupa, mereka telah menolaknya?

Dahulu bangsa ini hidupnya merempat, bertempiaran diseluruh ceruk-ceruk dunia. Sejarah memahat kisah-kisah mereka(Yahudi) ini di buku-buku sejarah. Bagaimana bangsa ini kehidupan mereka tersiksa, tiada negara, dibunuh seperti binatang oleh bangsa Eropah, sangat dahsyat. Hinanya mereka dimata bangsa Eropah suatu ketika dahulu.

Kemudian Islam membenarkan mereka tinggal, duduk aman dan memberi pendidikan diwilayah-wilayah Islam pada ketika Islam menguasai dunia. Akhirnya mereka khianat, ingin membunuh orang yang telah memberi tempat tinggal dan makan. Satu bangsa yang sepanjang zaman hidupnya penuh dengan kesombongan. Zaman-zaman mereka dari nenek moyang mereka tidak pernah mengenal erti bersyukur. Terlalu banyak kisah-kisah mereka yang ditulis dalam Al-Quran dan dirakam semula oleh sejarawan didalam buku-buku sejarah. Bacalah sejarah mereka yang penuh dengan pengkhianatan, dari zaman Nabi terdahulu hingga ke zaman Nabi Muhammad SAW, sehingga ke zaman Khalifah Islam. Mereka penuh dengan agenda, khianat dan kesombongan. Pepatah Melayu berkata : “Ibarat melepas anjing yang tersepit”. Memang benar pepatah Melayu ini. Bangsa Yahudi ini dahulu ibarat anjing dimata dunia Eropah. Pertolongan orang Islam kepada bangsa ini ibarat melepas anjing yang tersepit dan akhirnya memakan tuannya sendiri. Ini realiti kehidupan mereka sepanjang zaman.

‘The Golden Of Jewish’ muncul ketika pemerintahan Islam di Andalus, Sepanyol. Itu faktanya, dan itu sejarahnya. Islam memberi mereka pendidikan, penulisan, kitab-kitab mereka ditulis dizaman itu. Mereka hidup penuh dengan keamanan pada zaman itu. Akhirnya, zaman ini, mereka lupa segala jasa orang Islam. Mereka menzalimi, mereka bunuh anak-anak GAZA. Apakah mereka lupa jasa orang-orang Islam kepada mereka dahulu? Mereka bukan lupa, tetapi buat-buat lupa.

Mereka ini bercerita mengenai sejarah, tetapi mereka sendiri tidak tahu apa itu sejarah. Apa yang mereka cerita mengenai sejarah, hanyalah andaian semata-mata. Andaian dan khayalan. Itulah kehidupan mereka yang sebenarnya.

Cuma, ada satu nasihat dan peringatan buat orang Kristian diseluruh dunia yang menyokong Israel. Saya berasa sedikit hairan. Adakah kalian sedar atau pun tidak, bahawa orang Yahudi sangat tidak suka orang Kristian? Kalian boleh ke Youtube lihat sendiri, bagaimana layanan orang Yahudi terhadap orang Kristian. Dan sepatutnya orang Kristian juga tidak suka dengan orang Yahudi? Sejarah ketika Jesus dibunuh atau disalib(mengikut kitab mereka), bukankah puak Yahudi yang berkomplot ingin membunuh Jesus? Walaupun mereka menafikan perkara tersebut, tetapi hakikatnya begitulah. Dalam kitab Al-Quran juga dirakamkan

Dan juga (disebabkan) dakwaan mereka dengan mengatakan: “Sesungguhnya kami telah membunuh Al-Masih Isa Ibni Maryam, Rasul Allah”. Padahal mereka tidak membunuhnya dan tidak memalangnya (di kayu palang – salib), tetapi diserupakan bagi mereka (orang yang mereka bunuh itu seperti Nabi Isa). Dan Sesungguhnya orang-orang yang telah berselisih faham, mengenai Nabi Isa, sebenarnya mereka berada dalam keadaan syak (ragu-ragu) tentang menentukan (pembunuhannya). Tiada sesuatu pengetahuan pun bagi mereka mengenainya selain daripada mengikut sangkaan semata-mata; dan mereka tidak membunuhnya dengan yakin.

Surah An Nisa[4]: 157

Kenapa mereka ingin membunuh Jesus atau Nabi Isa A.S? Kerana memang begitulah sikap, perangai atau kelakuan mereka. Apa sahaja yang tidak sesuai untuk mereka atau tidak mengikut hawa nafsu mereka, mereka akan bunuh para Nabi. Mungkin kalian boleh melihat ceramah-ceramah di Youtube mengenai kisah ini.

Dan sesungguhnya Kami telah memberikan kepada Nabi Musa Kitab Taurat, dan Kami iringi kemudian daripadanya dengan beberapa orang Rasul, dan Kami berikan kepada Nabi Isa Ibni Maryam beberapa mukjizat serta Kami teguhkan kebenarannya dengan Ruhul-Qudus (Jibril). Maka patutkah, tiap-tiap kali datang kepada kamu seorang Rasul membawa sesuatu (kebenaran) yang tidak disukai oleh hawa nafsu kamu, kamu (dengan) sombong takbur (menolaknya), sehingga sebahagian dari Rasul-rasul itu kamu dustakan, dan sebahagian yang lain pula kamu membunuhnya?

Surah Al-Baqarah[2]: 87

Jadi, kenapa masih ada orang Kristian yang ingin menyokong Yahudi Israel? Bagaimana perasaan anda bilamana tanah anda diambil, dirompak, dicuri oleh orang lain seinci demi seinci dan dibunuh seorang demi seorang?

How Would You Feel?

Apa yang kalian rasa? Untuk kalian yang masih menyokong Israel, pertimbangkanlah semula sokongan anda terhadap Israel. Yahudi sebenarnya tidaklah mesra Kristian sepertimana kalian sangat menyokong dan menyukai Yahudi Israel. Boleh tonton video ini How Christians Are Treated by Zionist Jews In Israel. How The Jews Treat Christian In Israel. Akidah dan tauhid kedua-dua agama ini (Kristian dan Yahudi) sangat bertentangan, Why Don’t Jews Convert To Christian?

Jadi, kenapa masih ada umat Kristian yang masih menyokong umat Yahudi di zaman ini? Pertimbangkanlah semula sokongan kalian. Mungkin kalian juga akan ditimpa kekejaman dan kezaliman sepertimana rakyat Palestin tanggung hari ini. Selama 70 tahun rakyat Palestin dizalimi, selama 70 tahun juga anak-anak Gaza disiksa dan dibunuh. Apakah kalian tidak dapat merasakan kekejaman dan kezaliman bangsa Yahudi Israel Zionis ini? Hanya anda sahaja mampu renungkan sendiri.

Buat Umat Islam, berdiri teguh dengan akidah kita. TIADA TUHAN MELAINKAN ALLAH, NABI MUHAMMAD PESURUH ALLAH. Berhujahlah dengan ilmiah bukan cacian, makian, lucahan atau apa sahaja yang tidak ilmiah. Hujahlah dengan disiplin ilmu. Dan berdiri teguhlah bersama rakyat Palestin, anak-anak GAZA. Mereka memerlukan sokongan kita, doa dari kita semua. Berdirilah bersama anak-anak Palestin selagi mampu untuk berdiri walaupun nyawa kita perlu menjadi benteng mereka.

Kita akan terus berdiri teguh dibelakang saudara Islam kita. InsyaAllah, suatu hari nanti, kita akan berdiri dihadapan mereka untuk mempertahankan mereka.

Puisi Palestin : Jangan Berhenti Disini

Sekian.

Tagged:

LEAVE A RESPONSE

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Related Posts