Cara Pasang MYTV Dan Antena MYTV

Author:

Assalammualaikum, Salam sejahtera..

Saya nak kongsikan cara pasang MYTV atau cara nak ‘setup’ MYTV. Saya sebenarnya baru sahaja pasang MYTV ini, setelah berbulan-bulan saya dapat secara percuma. Kalau diikutkan, tidaklah susah sangat cara nak pasang MYTV ini, cuma ramai yang tidak tahu bagaimana cara nak buat tetapan dan kebiasaannya orang ada masalah dengan tidak dapat siaran dan ada masalah dengan antena. Perkara ini sering berlaku. Jadi, insyaAllah, saya akan kongsikan cara nak pasang MYTV sepengetahuan saya ya.

Sesiapa yang belum ada MYTV, boleh buat permohonan di laman sesawang MYTV Broadcasting. Pastikan anda layak untuk menerima MYTV secara percuma, boleh baca di laman sesawang tersebut untuk mengetahui dengan lebih lanjut.

Warung Wak 2

Sebenarnya banyak juga rancangan yang menarik dalam MYTV ini, saluran pun banyak. Salah satunya rancangan Warung Wak 2, saluran Awesome TV HD. Siapa tidak kenal dengan pelawak Ropie, terkenal dengan gelaran Pak Kodi. Takkan nak lepaskan rancangan terbaik ini, ye dak?

Bagi yang sudah ada, dan tidak tahu bagaimana nak pasang, boleh ikut cara-cara dan langkah-langkah saya bagi, jika tidak boleh juga, boleh hubungi pihak MYTV 1300-80-6988.

Pertama, ini adalah MYTV yang disediakan, lengkap dengan kotak MYTV, alat kawalan jauh, wayar AV, dan bateri.

Kedua, cara pasang wayar di kotak MYTV. Kalau dilihat gambar diatas, belakang kotak MYTV terdapat lubang Antena, HDMI, USB, AV dan wayar kuasa. Masukan semua wayar ke lubang yang disediakan.

Macam saya menggunakan HDMI, jadi saya akan masukan wayar HDMI. Bagi yang guna wayar AV yang merah putih kuning tu, cucuk bahagian AV tu. Kemudian masukan wayar antena.

Baiklah, sebenarnya bahagian in yang orang akan sering bertanyakan, “Antena apa yang digunakan? Sebab antena saya guna tak berfungsi, siaran tak dapat isyarat(signal) tak kuat”. Sebenarnya saya sendiri tidak tahu antena apa yang elok atau antena mana yang tak elok. Banyak saya baca ruangan komen dikedai shopee mengatakan antena yang kedai itu jual tak bagus, tak elok dan sebagainya. Cumanya, saya akan kongsikan antena apa yang saya gunakan, dan saya akan kongsikan pautan untuk membeli antena ni.

Ini jenama antena saya gunakan, PHISON, antena untuk MYTV saya. Cara nak beli, boleh tekan dipautan ini (BELI ANTENA PHISON). Banyak lagi kedai yang jual antena ini di shopee, tapi ini kedai yang saya belilah. Panjang wayar antena ini ialah 5 meter, agak panjang juga. Apa yang bagusnya antena ini ada booster, apa keperluannya? Saya akan ceritakan nanti.

Antenanya agak tegap, dan boleh tengok ada dua wayar disini, wayar antena dan wayar USB. Antena ini saya dah cuba, dan keputusannya baik, saya akan beritahu keputusan akhirnya. Sebelum itu boleh beli antena ni disini (BELI ANTENA PHISON). Bila semunya dah dicucuk ke lubang, boleh buka suis, pasangkan kotak MYTV tu.

Sehingga menyala lampu kedua-dua bahagian itu, satu di kotak MYTV, satu lagi lampu booster di antena tu. Booster ini sebenarnya penting bagi sesiapa yang kediamannya jauh dari menara atau kawasan yang kurang dapat isyarat. Jom kita ke cara setting dan channel search.

Mula-mula, tekan ‘MENU’ pada alat kawalan jauh.

Channel Search

Kedua, pergi ke ‘CHANNEL SEARCH’, kemudian pergi ke ‘AUTO SEARCH’, kemudian tekan ‘AUTO SEARCH’ tersebut.

Kemudian akan keluar begini sehinggalah siap. Macam saya, saya dapat 18 saluran tv, 14 saluran radio. Saya tidak tahu berapa jumlah kesemua yang ada dan dapat dalam MYTV. Banyak kali saya buat carian saluran, memang inilah paling banyak saya dapat.

Ini semua saluran yang saya dapat hasil dari carian ‘AUTO SEARCH’. Bagi saya, ini pun sudah kira memadailah sebab saluran percuma kan, paling saya suka ialah saluran Awesome TV HD dengan TV6. Cumanya TV6 masih lagi saluran percubaan dan bukan saluran 24jam.

Seperti yang saya janjikan diawal tadi, saya akan tunjukan apa fungsi booster tu.

Cuba lihat kedua-dua gambar diatas, saya meletakan gambar pertama bilamana wayar booster dicabutkan, hasilnya, isyarat(signal) jatuh mendadak. Bila saya cucuk semula wayar booster, isyarat 100%. Ini bermakna, pentingnya antena yang ada booster, terlebih lagi bilamana kita duduk rumah yang sedikit jauh dari menara atau rumah bawah. Antena pula perlu diletak di kawasan atas dan sedikit keluar. Jangan letak dikawasan yang kita lalu. Sebab, atas ujian yang saya lakukan, saya letak antena ini dimeja sahaja, bilamana saya lalu bersebelahan dengan antena, keputusan(tanpa booster) isyarat yang saya dapat seperti gambar dibawah.

Boleh dilihat, isyaratnya jatuh sangat mendadak. Jadi, jangan letak antena dibawah, kalau boleh letak atas sedikit, kalau wayar sampai letak diluar, itu lebih baik.

Dalam mendapatkan saluran di MYTV, antena sangat memainkan peranan utama. Kalau antena kita beli tidak kuat atau tarikan antena tidak jauh, kebiasaannya siaran akan terganggu, atau berkemungkinan tidak dapat langsung. Jadi carilah antena yang elok, mahal sedikit pun tidak apa. Supaya kita tidak menyesal beli kemudian hari. Atau mungkin kalau anda sedikit rajin, boleh guna antena tulang ikan tu. Yang itu, saya tidak mahir, boleh cari cara pasang di blog-blog yang pakar dan tahu mengenainya.

Saya rasa itu sahaja perkongsian saya. Saya harap ada sedikit manfaat dari perkongsian ini, dan saya harap perkongsian ini mendatangkan kejayaan kepada anda yang nak pasang MYTV. Memang banyak keluhan dari orang ramai sebab tidak boleh pasang, tidak reti pasang, tidak dapat isyarat dari antena dan sebagainya. Saya harap dengan perkongsian ini, anda dapat siaran MYTV.

SEMOGA BERJAYA!

Sekian.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *