Lelaki India Hina Raja-Raja Melayu, Hina Agama Islam Dan Hina Bangsa Melayu

Author:

Assalammualaikum, Salam sejahtera..

SAYA ANAK MALAYSIA!

Baru-baru ini saya ada terdengar seorang lelaki India yang menghina Raja-Raja Melayu, menghina Agama Islam dan menghina Bangsa Melayu dan menghina negara Malaysia. Pada asalnya saya kurang berminat nak tahu, kebiasaannya mereka yang menghina Raja, Agama atau Bangsa ini kebanyakannya dari orang yang berfahaman politik. Dia tak suka politik, kemudian tak suka negara itu sendiri, kemudian membawa kepada tak suka sistem negara, kemudian membawa kepada menghina Raja, kerana Raja ketua negara. Menghina Agama Islam kerana majoritinya beragama Islam. Menghina Bangsa Melayu kerana Malaysia mempunyai perlembagaan hak-hak orang Melayu dan Bumiputera. Begitulah kebiasaannya.

Penghinaan sebegini bukanlah perkara baharu dalam bumi Malaysia tercinta ini, bahkan dari dahulu. Terkemudian ini kita lihat penghinaan bukan hanya daripada bangsa lain, bahkan bangsa Melayu itu sendiri. Dek sebab tak suka pemimpin politik, emosinya membawa pelan-pelan kepada penghinaan Raja, Agama dan Bangsa. Mufti juga tidak terlepas daripada dihina. Cuma penghinaan ini kerap berlaku daripada bangsa lain. Sedikit kecewa, bilamana segelintir daripada mereka yang bermasalah, akan membawa kepada bencana yang agak besar. “Kerana nila setitik, rosak susu sebelanga“.

Perbuatan menghina Raja-Raja Melayu, Agama Islam dan Bangsa Melayu ini memang sangat sensitif di Malaysia. Jika ada orang berkata “Ala.. Malaysia je lebih…”. Jawab saya, TIDAK! Ianya berlaku diseluruh negara yang bangsanya majoriti. Pergilah negara India, cuba hina bangsa India atau agama Hindu disana. Keputusannya tetap sama, ianya isu sensitif. Pergi pula ke negara Cina, cuba hina bangsa Cina dan hina agama Buddha disana. Keputusannya akan sama, ianya isu sensitif. Pergilah dinegara barat yang dikatakan ‘kiblat’ atau pandang ke barat negara maju, mempunyai pemikiran kelas pertama, tidak rasis, tidak bergaduh. Cubalah hina bangsa orang putih atau kulit putih dan hina agama Kristian, jika ke United Kingdom, pergilah hina Queen mereka, keputusannya juga tetap akan sama, ianya isu sensitif. Jadi, bukan hanya Malaysia saja, bahkan seluruh dunia!

Kita bukanlah ingin pergaduhan antara kaum ini, dan jika boleh kita tidak mahu berlakunya seperti kejadian 13 Mei. Ini satu detik hitam dan sejarah hitam buat bangsa Malaysia. Tetapi, begitulah, permainan perkauman sentiasa berjalanan, penghinaan kepada Raja-Raja Melayu, Agama Islam dan Bangsa Melayu tiada kesudahannya. Segelintir daripada mereka ini sudah melampaui batas. Menghina, mengeluarkan kata-kata kesat, maki hamun Raja-Raja, Agama Islam dan Melayu, ini sangat melampau. Begitu juga sebaliknya. Saya sangat berhaluan tengah. Bukan jenis saya untuk membalas kata-kata kesat atau menghina bangsa lain. InsyaAllah, anda tidak akan lihat atau baca penulisan saya menghina, mengeluarkan kata-kata kesat, lucah atau apa sahaja, kerana saya sangat perpegang teguh ajaran Islam, bagi saya Islam ianya ajaran yang sempurna daripada segi berbuatan sehingga percakapan.

Firman Allah SWT,
Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah sesuatu puak (dari kaum lelaki) mencemuh dan merendah-rendahkan puak lelaki yang lain, (kerana) harus puak yang dicemuhkan itu lebih baik daripada mereka; dan janganlah pula sesuatu puak dari kaum perempuan mencemuh dan merendah-rendahkan puak perempuan yang lain, (kerana) harus puak yang dicemuhkan itu lebih baik daripada mereka; dan janganlah setengah kamu menyatakan keaiban setengahnya yang lain; dan janganlah pula kamu panggil-memanggil antara satu dengan yang lain dengan gelaran yang buruk. (Larangan-larangan yang tersebut menyebabkan orang yang melakukannya menjadi fasik, maka) amatlah buruknya sebutan nama fasik (kepada seseorang) sesudah ia beriman. Dan (ingatlah), sesiapa yang tidak bertaubat (daripada perbuatan fasiknya) maka merekalah orang-orang yang zalim.

Surah Hujuraat[49] : 11

Firman Allah SWT,
Dan janganlah kamu cerca benda-benda yang mereka sembah yang lain dari Allah, kerana mereka kelak, akan mencerca Allah secara melampaui batas dengan ketiadaan pengetahuan.

Surah Al-An’am[6] : 108

Sabda Nabi SAW,
Celakalah golongan-golongan pelampau. Baginda SAW mengucapkannya sebanyak tiga kali”

HR Bukhari

Alhamdullillah, bersyukurlah. Kerana orang Melayu di Malaysia masih mempunyai sifat mengangkat KEDAULATAN UNDANG-UNDANG, iaitu rukun negara ke-4. Jika tidak, saya tidak tahulah apa yang terjadi. Saya khuatir kita akan jadi sebahagian negara yang sangat rasis di dunia sana dan negara barat, yang kita agung-agungkan itu. Mereka boleh keluar, memukul, menembak, membunuh atau apa sahaja tanpa memikirkan undang-undang.

Saya sudah melihat video seorang lelaki India yang telah menghina Raja-Raja Melayu, Agama Islam dan Bangsa Melayu itu. Ada beberapa hujah yang saya hendak jawab, dan kesemua kata-kata dia ibarat tin kosong yang hanya bising, tetapi tiada isi, tiada apa pun. KOSONG!

Pertama, dia mengatakan mengenai Vaksin, orang Islam dapat Pfizer, orang bukan Islam dapat Vaksin Cina.
Malang, dia mungkin mendengar orang kata atau dia sendiri buat andaian khayalan. Ibu dan Ayah saya seorang Melayu, sudah dapat vaksin, kedua-dua mereka mendapat vaksin Sinovac. Dan ramai lagi orang Melayu Islam yang mendapat sinovac. Saya ke pusat vaksin yang menyediakan vaksin Sinovac, ramai sahaja orang Melayu disana. Jadi, hujah apa yang orang ini sedang bicarakan? Andaian yang membawa kepada khayalan?

Kedua, pemimpin-pemimpin Melayu sudah sampai masa?
Jika dia sedang bercakap soal politik parti, silakan. Saya tiada urusan dengan kepartian. Pemimpin-pemimpin parti Cina dan pemimpin-pemimpin parti India pun sudah sampai masanya. Tapi, bila dia bercakap soal Raja-Raja Melayu sudah sampai masanya, saya rasa dia patut berhenti berkata sedemikian. Kerana jika selangkah dia ingin hapuskan Raja-Raja Melayu, langkah benteng-benteng nyawa kami dan langkah mayat kami dahulu. Kita bukan Tuah yang taat setia membabi buta, dan kita juga bukan Jebat yang menderhaka. Kita mempertahankan Raja selagi boleh dipertahankan.

Adakah Malaysia sahaja yang mempunyai sistem beraja? Cuba buat kajian dan cari negara mana yang masih menggunakan sistem beraja ini. Jika ada orang yang mengatakan orang Melayu sahaja yang sibuk-sibuk atau beriya-iya mempertahankan sistem beraja dan Raja Melayu, cubalah kembangkan pemikiran and dan lihat dunia sekeliling. Lihat United Kingdom, ini negara barat, bukan negara Islam atau Arab atau negara Asia Tenggara.

Ketiga, makanan Islam dan bukan Islam diasing-asingkan.
Saya agak kesian dengan orang ini sebenarnya. Seolah-olah tiada pemikiran yang sempurna bila dia berkata-kata. Makanan halal dan bukan Halal dijadikan persoalan kita diasing-asingkan? Kita boleh terima jika tidak cerdik, tetapi ini sudah pelik! India tidak makan daging lembu. Cina ada yang Vegetarian. Islam ada makanan Halal. Yahudi ada Kosher. Jadi, apa yang orang ini tidak faham sebenarnya? Apa yang pelik bagi dia? Bagaimana orang seperti ini yang memperjuangkan pemikiran, tetapi hampir tidak boleh berfikir!

Keempat, katanya “Saya gentleman cakap
Dikatakan orang ini di Jerman. Habis COVID baliklah Malaysia ya.

Kelima, Malaysia negara rasis?
Bagaimana boleh kata Malaysia negara rasis? Sedangkan masih ada orang yang tidak boleh cakap Bahasa Melayu. Masih hidup dengan cara bangsa masing-masing. Masih lagi berjalan tanpa diludah atau dihina. Masih lagi bangsa lain bebas berjalan dan berniaga di bumi Malaysia ini. Adakah itu dipanggil rasis? Rasis apa yang orang ini maksudkan sebenarnya? Adakah orang ini lupa Presiden US sebelum ini lebih rasis? Adakah orang ini buat-buat tidak nampak, israel lagi rasis?

Di Thailand, terdapat bangsa Melayu, mereka tidak boleh bercakap dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Melayu hampir pupus disana.
Di Myanmar, orang Islam dibunuh disana oleh Sami tanpa sedikit rasa kemanusian.
Di Negara India, cubalah orang Islam makan daging lembu dikhalayak ramai.
Di Negara Cina, etnik Uighur sedang menghadapi pembantaian etnik.
Di Negara Barat(orang putih), orang kulit hitam hampir tiada harga bagi mereka disana. Cubalah orang kulit hitam bawa kereta mewah, pasti akan ditahan dan disoal bermacam-macam. Apatahlagi orang Islam disana.

Di Malaysia, tidak kira apa warna kulit, tidak kira apa agama, tidak kira apa bangsa, cuba beritahu secara rasminya perbuatan rasis seperti diatas.
Adakah Ustaz bunuh orang bukan orang Islam seperti berlaku di Myanmar?
Adakah orang bukan Islam makan babi, orang Melayu pukul seperti berlaku di India?
Adakah orang Melayu Islam meludah atau menghina bangsa atau agama lain jika bersebelahan atau dalam kereta api?
Adakah orang Melayu Islam menolak bangsa atau agama lain bilamana terserempak seperti berlaku di negara Barat?
Tolong nyatakan perbuatan SECARA RASMI!

Keenam, “Saya dari Malaysia, saya tahu semua pasal Malaysia“?
Pertama sekali, mustahil dia tahu semua pasal Malaysia. Sebab? Sebab bab makanan pun dia sudah gagal untuk mengetahuinya. Dia tidak tahu bahawa orang Islam ada makanan Halal, dia tidak tahu orang India(Hindu) tidak makan daging, dia tidak tahu bahawasanya disetiap bungkusan untuk orang Cina ada tertulis logo VEGETARIAN. Bagaimana dia boleh berkata dia tahu semua tentang Malaysia? Mustahil!

Malangnya, sebenarnya, orang ini hanya tahu tentang dirinya sahaja, lahir dikawasan dia, hidup dikawasan dia, kenal dunia hanya dunianya sahaja. Sedangkan Malaysia ini sangat luas. Seluas dari Perlis ke Johor, dari semenanjung ke Sabah dan Sarawak. Kalau hanya sekadar duduk setempat dan klaim atau mengatakan yang dia tahu semua, saya tidak faham orang sedemikian rupa. Ini suatu pembohongan, bukan kepada dunia tetapi pada dirinya sendiri. Malulah pada diri anda sendiri!

KESIMPULANNYA,
Jika kita tidak suka pada ahli politik, itu biasa, hak kita. Awak tak suka parti Melayu. Ada orang tak suka parti Cina dan parti India, tidaklah pelik mana pun. Mereka ini hanyalah parti semata-mata, tidak mencerminkan Malaysia pun. Terutamanya politik hari ini.

Saya kurang minat langsung untuk bercerita mengenai politik kepartian. Tetapi inilah masalah kita ini. Satu kepelikan bagi orang kita, bila marah orang politik atau pemimpin politik, kita akan dengar mereka kata “Malaysia teruk, Malaysia rasis, Malaysia mundur, Malaysia gagal, Malaysia bla bla bla… Biasalah ‘mesia'”. Malang betul pemikiran seperti ini, sangat malang dan mendukacitakan.

Semua parti ini memang hidup mereka penuh dengan politik. Bilamana Trump menjadi Presiden, orang kulit hitam tidak suka dia, berbangsa Mexico tidak suka dia, orang Islam juga tidak suka. Kerana rasisnya sangat menebal. Tetapi, apa yang rakyat mereka buat ialah, mereka tetap berbangga dilahirkan di US dan mereka bangga dipanggil American, orang Amerika. Orang Islam disana pun tetap bangga dengan panggilan American. Ini yang sepatutnya ada dalam jati diri orang Malaysia. Tidak kira Melayu, Cina, India, Kazadan, Dusun dan semua kaum yang ada diatas muka bumi Malaysia ini. Kita patut bangga dengan negara Malaysia. Bukan ada pemikiran tak suka pemimpin politik, tak suka negara, hina negara, hina Raja, hina agama, hina bangsa. Ini pemikiran karut!

Jika masih ada pemikiran seperti ini dalam dada kita, bilamana kita mati, bawalah pemikiran ini tertanam bersama kita. Jangan tinggalkan pemikiran ini kepada anak cucu cicit kita. Kita tidak mahu generasi akan datang mewarisi pemikiran pelik, karut dan perangai kebodohan seperti ini.

Pemikiran “bodoh simpan sedikit pada anak cucu“, sudah tidak relevan dizaman ini. Untuk melahirkan generasi bijak pandai, kita sendiri perlu bawa kebodohan kita terkubur bersama diri kita.

BERBANGGALAH KITA SEBAHAGIAN DARI ANAK MALAYSIA, BERBANGGALAH DENGAN BAHASA KITA. BUKAN BERBANGGA DENGAN BAHASA I AM MALAYSIAN ATAU WE ARE MALAYSIAN tetapi..

SAYA ANAK MALAYSIA! KAMI ANAK MALAYSIA!

SEMUA NEGERI INI ANAK MALAYSIA!
SAYA ANAK MALAYSIA!

Sekian.

Leave a Reply

Your email address will not be published.