Wanz Ramli Blog

Terus Mencari Persamaan

Tanaman

Assalammualaikum, Salam sejahtera..

(Nak lihat tanaman atau cara semai? Boleh ke Youtube : JOM BERCUCUK TANAM!
Jika anda suka bolehlah LIKE Video dan SUBSCRIBE Channel ini. Sama-sama kita bantu channel anak tempatan kita. Terima kasih ^.^)

Ramai orang suka menanam pelbagai jenis pokok. Pokok buah, sayur dan pokok sejenis buah sayur. Ada yang menjadi, ada juga yang tidak menjadi. Ianya bukanlah soal tangan panas atau tangan sejuk, tetapi lebih kepada teknik penjagaan yang betul. Saya juga bukanlah reti sangat menanam pokok ini. Tetapi minat macam itu sahaja.

Pelbagai jenis pokok yang saya cuba, cili, terung, tomato. Sayur pula, salad, sawi, kangkung, pak choy. Pokok buah yang ada dikawasan rumah saya, kebanyakan daripada hasil atuk dan pakcik saya. Boleh tekan disini untuk mengetahui pokok-pokok yang cuba saya tanam.

Tetapi sepanjang saya tanam pokok, saya hampir-hampir terlupa untuk tanam pokok yang selalu kita guna didapur seperti pokok daun limau purut, pandan, dan banyak lagi. Tetapi kali ini saya nak bercakap soal pokok yang sangat penting dalam kehidupan kita, iaitu CARA MUDAH TANAM POKOK KUNYIT, yang mana daunnya kita selalu gunakan.

Kita boleh sahaja membelinya dipasar, tetapi jika ianya tiba-tiba hendak digunakan dan hanya dua tiga helai sahaja, tidak berbaloi untuk kita naik kereta atau motor ke pasar, semata-mata ingin membeli dua tiga helai daun kunyit sahaja. Jika kita terlebih beli, daun kunyit senang layu dan kering, jadi, sukar untuk menyimpan dan akan membazir.

Tetapi, jika anda tanam pokok kunyit sepokok dua, paling tidak anda hanya perlu keluar rumah dan petik sahaja daunnya. Boleh ambil seberapa yang anda mahukan. Bukan ini mudah dan jimat dan juga jimat masa anda ketika sedang memasak? Jadi, saya akan tunjukan cara saya tanam pokok kunyit(atas pengetahuan saya). JOM BERCUCUK TANAM!

CARA MUDAH TANAM POKOK KUNYIT

*** INI SEKADAR PERKONGSIAN SAYA SAHAJA, BERDASAR PENGALAMAN SAYA. MUNGKIN ADA YANG LEBIH ARIF DALAM PENANAMAN YANG LEBIH BAIK DARIPADA SAYA YANG BOLEH ANDA RUJUK.

  • Mula-mula, anda pastikan beli kunyit yang sedikit bertunas supaya memudahkan proses yang akan datang.
  • Kemudian, anda perapkan sahaja kunyit yang anda beli tadi didalam plastik. Cara, anda perlu basahkannya setiap hari. Hanya perlu renjis air sahaja, jangan terlalu basah, nanti kunyit cepat busuk.
  • Dalam seminggu(lebih kurang), tunasnya akan tumbuh. Selepas ianya tumbuh, proses selepas itu, anda perlu tanam kedalam pasu yang berisi tanah campuran. Pelbagai tanah campuran yang ada jual dipasaran.
  • Jangan tanam kunyit terlalu dalam ya. Biarkan bahagian bertunas tu terkeluar diatas dan jangan kambus tanah sehingga kunyit tertanam sekali. Ini bagi mengelakan kunyit membusuk dan tidak tumbuh.
  • Kemudian, selepas selesai semua, siram air dengan kadar yang tidak terlalu banyak. Sepanjang pengalaman saya, kunyit ini jangan siram air terlalu basah dan bertakung.
  • Setiap hari, pastikan anda siram pokok kunyit itu ya. Jangan biarkan tanahnya kering. Siram pula jangan sampai bertakung pasu itu. Siram manja-manja sahaja.
  • InsyaAllah, pokok anda akan membesar dengan baiknya.
  • Kemudian anda perlu membajanya sahaja. Baru-baru ini saya ada bela arnab, mungkin saya akan cuba tinja arnab untuk dijadikan baja. Saya akan ceritakan perkembangannya nanti.
  • Selesai!

Itu sahaja Cara Mudah Tanam Kunyit. Saya akan sertakan pautan video Youtube dibawah ya. Lebih mudah untuk faham.

SELAMAT MENCUBA!

Sekian

Tagged:

LEAVE A RESPONSE

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Related Posts