Wanz Ramli Blog

Terus Mencari Persamaan

Bicara Santai

Ramai Orang Terkesan Dengan Pandemik COVID-19

Assalammualaikum, Salam sejahtera..

Sudah hampir 2 tahun pandemik COVID telah melanda dunia. Setakat waktu ini(1/7/2021, 08:47), seramai 182,959,573 kes yang dijangkiti dan seramai 3,962,337 kes kematian. Ini sangat kritikal yang berlaku didunia hari ini. Tetapi ada satu lagi wabak yang pernah melanda dunia pada pertengahan abad ke-14, yang dianggarkan 75 juta-200juta kematian! Bayangkan pada ketika itu pengangkutan tidak semudah di zaman ini, tetapi wabak Black Death atau Maut Hitam merebak dengan sangat dahsyat! Negara-negara seperti Eropah negara yang paling terkesan teruk dengan wabak Black Death ini.

Sebelum ini terdapat juga wabak seperti selsema babi H1N1, seleme burung dan ada beberapa lagi melanda negara kita. Di zaman ini pula, kita dikejutkan dengan wabak baharu iaitu COVID-19, yang mana pada awal mulanya rakyat kita hampir tidak ambil cakna atau ambil sambil lewa. Dan ada juga pada awalnya yang mengatakan “Padan muka China! ambil kau! Biar rakyat kau mati!“. Sedar atau tidak hari ini (1/7/2021, 08:47), di Malaysia kes jangkitan seramai 751,979, dan kematian seramai 5,170, kedudukan dunia ditangga ke-35, dan angka kes jangkitan dan kematian semakin menaik. Sedangkan China pula di tangga ke-100 dengan kes jangkitan seramai, 91,780, dan kes kematian seramai 4,636, dan kes angka harian hanyalah 9 dan tiada kematian dicatatkan. Yang pada awalnya kita bersorak akhirnya kita kecundang. Saya pernah menulis artikel pada mula-mula wabak ini dilanda, boleh bacanya disini, CHINA DILANDA WABAK, KITA DILANDA NILAI EHSAN.

Negara kita iaitu Malaysia tercinta hari ini semakin lumpuh dan hampir lumpuh. Wabak COVID-19 sangat terkesan di negara kita ini. Saya sangat bimbang kepada mereka yang terkesan teruk akibat COVID-19. Dari bujang sehingga bersuami dan isteri, sehingga berkeluarga anak. Bagaimana mereka hendak menjalankan kehidupan pada ketika ini? Bagaimana orang yang dahulu dikategorikan sebagai miskin tegar dan hari ini lebih teruk lagi keadaannya.

Ada satu kampen baru-baru ini iaitu kempen KIBAR BENDERA PUTIH. Saya ada menulis mengenai perkara ini JANGAN KIBAR BENDERA PUTIH? Boleh baca pandangan saya dalam isu ini.

Ketika rakyat sedang bertarung untuk hidup, bukanlah hendak senang atau makan mewah seperti dulu. Cukuplah sekadar untuk hidup hari esok. Rakyat sangat susah ketika ini. Saya tidak minat untuk bercerita mengenai politik kepartian. Bagi saya mereka ini orang politik yang memang sifat mereka berpolitik, tanpa menafikan segelintir yang sifatnya rakyat. Tetapi itulah mereka. Hari ini kita tidak boleh mengharapkan mereka, baik ahli politik dari kerajaan mahupun pembangkang. Mereka akan mengambil kesempatan atas kesempitan kita sahaja. Sedangkan rakyat tengah susah, makanan hampir kehabisan didapur, sewa rumah hampir tamat tempoh, kemungkinan hanya tunggu tuan rumah beri notis keluar sahaja. Susu anak, makanan anak, lampin bayi. Ya Allah, bantulah mereka yang sedang susah ini.

Ini hanyalah sekadar cerita luaran sahaja, bagaimana mereka yang terkesan teruk sehingga menimbulkan masalah mental terhadap diri mereka? Terlalu banyak kes yang melibatkan mental, kemurungan, ini sangat bahaya kerana boleh membawa kepada kematian, sama ada membunuh orang atau orang itu membunuh diri.

Mungkin ada yang cakap Kenapa sampai macam tu? Kita ada agama, kita boleh bersabar…“. Ya, kita ada agama dan sebagai seorang Islam kita perlu pegang suatu perkara iaitu membunuh diri adalah haram disisi Islam. Tetapi, mereka yang membunuh atau bunuh diri akibat mental bukanlah dalam keadaan waras dan mereka sedang menerima tekanan yang sangat dahsyat, dan mereka sedang sakit.

Kita bukan bercakap soal, orang putus cinta kemudian bunuh diri, atau kalah judi kemudian gantung diri, atau tidak dapat main game sebab mak ayah tidak bagi kemudian terjun jambatan. Kita bukan bercakap soal itu, tetapi soal masalah mental atau masalah tekanan yang sangat dahsyat. Kita bercakap mengenai soal penyakit mental, bukan soal hawa nafsu.

Negara hari ini sangat tertekan, bukan hanya pihak kerajaan, KKM dan petugas bahagian depan(frontliner). Rakyat pada hari ini juga sangat tertekan dan sangat membimbangkan. Hampir semua sektor ditutup. Peluang pekerjaan hampir tiada, pekerja dibuang kerja, gaji diberi separuh atau ada yang tiada langsung. Bagaimana hendak memikirkan kelangsungan hidup. Esok mungkin ada beras secupak, lusa belum tentu. Mungkin minggu ini ada rumah, bulan depan, kemanakah kita.

Terlalu banyak perkara yang berlaku ketika ini, terdapat banyak kes melihat masalah tekanan hidup, rumah tangga, anak, ibu ayah. Saya yakin, anda mengetahui semua perkara ini.

Saya berharap kepada mereka yang mempunyai kemampuan, gaji tidak dipotong, dan masih ada duit setiap bulan. Tolong… Tolonglah bantu mereka yang memerlukan. Tidak banyak, sedikit pun jadilah. Belikan apa-apa sahaja, cuma pendapat saya, beras adalah makanan ruji atau makanan harian kita di Malaysia, mungkin beri beras lebih baik dan minyak untuk memasak. Saya juga tidak mampu untuk melakukan apa yang terbaik, cuma apa yang saya boleh bantu anda ialah,

SESIAPA YANG ADA PERNIAGAAN, ADA JUAL DI SHOPEE ATAU LAZADA ATAU MANA-MANA PLATFORM, ADA PERNIAGAAN ATAU PENDAPATAN SAMPINGAN YANG BOLEH MEMBANTU ORANG LAIN ATAU SESIAPA YANG ADA YOUTUBE CHANNEL UNTUK MENDAPATKAN SUBCRIBER(JANA PENDAPATAN, MESTI DIBAWAH 999 SUBSCRIBER). SEMUANYA BOLEH KOMEN DIBAWAH.

TOLONG SEBARKAN, JIKA ADA KAWAN-KAWAN ATAU SAUDARA ATAU KELUARGA ANDA YANG ADA PERNIAGAAN.

InsyaAllah saya akan lihat dan tapis, kemudian saya akan letakan di dalam ruangan komen dibawah. KITA BANTU KITA.

Ketika ini, semua terkesan, tidak terkecuali saya dan saudara dan sahabat saya. Saya tidak mampu menolong anda dalam semua perkara, dan saya tidak boleh berkata lebih kerana saya tidak berada didalam situasi anda. Apa yang saya boleh bantu ialah, menolong apa yang boleh. Ini salah satu usaha saya, iklankan perniagaan anda tanpa dikenakan sebarang bayaran. Setiap kali saya mendengar mereka yang terkesan teruk akibat covid-19 ini, bergenang airmata saya.

Alhamdulillah, Allah memberi kami sekeluarga sedikit rezeki yang mana tidaklah senang atau mewah, tetapi paling tidak esok masih ada makanan dan tempat tinggal. Saya sangat simpati dengan orang yang sangat terkesan teruk akibat covid. Kerana itu saya cuba buat apa yang mampu, saya membuka iklan perniagaan anda, dan saya juga bersama #benderaputih.

Sudah sampai masanya kita rakyat menolong rakyat, jiran menolong jiran, dan kita menolong Malaysia tanpa mengira Agama, Bangsa dan meretasi ideologi politik. Tolong jangan kaitkan orang politik dengan negara, macam manapun kita tidak suka kerajaan atau kerajaan akan datang, orang politik bukan cermin negara. Malaysia adalah Malaysia, Parti Politik adalah Parti Politik.

Ini bukan masanya kita bercakap soal “AKU MELAYU, AKU CINA, AKU INDIA, AKU SABAH, AKU SARAWAK“. “AKU PARTI A, AKU PARI B, AKU PARTI C“. Ini bukan masanya. Tidak dinafikan ada golongan sebegini, jika benarlah jiwa kita jiwa rasis, tinggallah rasis kita dahulu. Kita selamatkan saudara Malaysia kita dahulu. Jika benar-benar nak bergaduh “Ini Bangsa aku, Ini Parti aku“. Jika ini benar-benar dalam jiwa anda, tidak mengapalah.

Tetapi merayu saya adalah, kita harungi covid bersama-sama dahulu, kita bantu kita, kemudian habis covid, nak bergaduh, bertumbuk, bergaduh dan bertumbuklah semula.
Tetapi ketika ini, saat ini, waktu ini, kita memerlukan satu sama lain. Kita sudah tidak mampu harungi sendirian. Kita saling memerlukan. Rakyat memerlukan Rakyat.

KITA ANAK MALAYSIA!
SUDILAH JIKA ANDA NAK LIKE DAN SUBSCRIBE CHANNEL YOUTUBE SAYA

Sekian.

Tagged:

LEAVE A RESPONSE

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Related Posts