Review: Bikers Kental 2 Di Netflix

Author:

Filem Lawak Bikers Kental 2 Di Netflix!

Tajuk : Bikers Kental 2
Pengarah : Helmi Yusof
Tarikh Tayangan : 14/3/2019
Genre : Aksi
Kutipan : RM7.6juta
Produksi : MRB Network Sdn Bhd, Califwork Studios Sdn Bhd

Jika dahulu Bikers Kental pertama pada tahun 2013 mengisahkan mengenai seorang pekerja di kedai motor iaitu Bidin Al Zaifa ride ke Thailand bersama Eddie Cuardo, Arbi dan kawan-kawannya, kemudian menemui cinta pertamanya yang bernama Saiya Sukhaporn. Tetapi kecewa kerana Saiya menolak cintanya. Pelbagai peristiwa yang berlaku kepada Bidin dan kawannya sehingga hampir membahayakan nyawa mereka. Pada akhir penceritaannya, Bidin menemui cinta sejatinya iaitu Cherry.

Bikers Kental 2 pula lebih kepada mengisahkan percintaan diantara Bidin Al Zaifa dan Cherry Porntit. Bibit-bibit cintanya dahulu telah menguatkan hubungan mereka berdua. Cerita ini tidak berhenti hanya kepada kisah percintaan mereka sahaja, jika mengimbau Bikers Kental dahulu, penjenayah yang bernama Pornthaliwat dan Albuqueque masih menyimpan dendam. Pornthaliwat telah dimasukan ke dalam penjara, dan hukumannya telah habis, kemudian Pornthaliwat telah dibebaskan.

Setelah Pornthaliwat dibebaskan, dia berjumpa dengan Albuqueque dan bertanya tentang lelaki Malaysia iaitu Bidin Al Zaifa. Dendam Pornthaliwat masih terbuku didalam dirinya kerana pelbagai kejadian yang berlaku yang membawa dia masuk ke dalam penjara.

Tidak lama kemudian, mereka, Pornthaliwat dan Albuqueque dikepung oleh orang-orang bossnya iaitu Kunna Meliwat. Duit yang selama ini dicari oleh Pornthaliwat dan Albuqueque adalah duit Kunna Meliwat, dia seorang ketua gengster dan bisu. Tetapi ada sesuatu yang terjadi kepada Pornthaliwat yang membuatkan Albuqueque marah, dan bertekad ingin mencari Bidin Al Zaifa.

Di dalam babak percintaan Bidin Al Zaifa dan Cherry Porntit yang semakin membunga, Bidin bercadang untuk melamar Cherry, tetapi Cherry menyuruh Bidin berjumpa maknya di Hat Yai, Thailand dan meminta restu ketua keluarganya Ananda, iaitu abang kepada Cherry di Phuket.

Bidin pada asalnya takut untuk ride berseorangan ke Thailand kerana terkenang peristiwa dahulu dan masih takut penjenayah-penjenayah itu yang akan mencari beliau semula. Kemudiannya Bidin mempelawa kawan-kawannya. Tetapi kawannya tidak mahu ikut serta kerana mempunyai kerja yang lain, Arbi pula telah berhijrah dan menjual motornya.

Kemudian Bidin mengajak Eddie Cuardo kawan baiknya yang sudah dianggap sebagai abangnya sendiri, bersamanya ke Thailand. Eddie juga tidak mahu ikut serta disebabkan tujuan Bidin ingin melamar Cherry. Eddie tidak mahu mencampuri urusan mereka. Bidin berjumpa Aidid yang menggantikan Aidil Al Zaifa kerana Aidil sudah tidak berada di Malaysia dan bersama dengan American Chopper. Bidin memberitahu Aidid yang beliau ingin bercuti panjang selama seminggu kerana ada urusan. Bidin juga mempunyai pemegang saham, bahkan lebih besar dari Aidid dalam syarikat ini. Suka atau tidak, Aidid perlu setuju.

Setelah memberitahu Aidid dan akhirnya Bidin Al Zaifa bersiap untuk berangkat ke Thailand untuk menemui cinta sejatinya, Cherry. Disinilah bermula kisah Bikers Kental 2.

Pelbagai perkara yang berlaku disana. Masih ingat dengan Pornthaliwat dan Albuqueque yang masih berdendam dengan Bidin?
Adakah Bidin Al Zaifa berseorang diri ke Thailand?
Bagaimana dengan Eddie Ecuardo dan Aidid? Adakah mereka ikut serta? Apa sebab mereka ke sana?
Bagaimana pula dengan Cherry Porntit? Masih ingat kawan kepada Cherry, Saiya Sukhaporn?
Siapakah penjahat yang sebenar disebalik perancangan terancang ini?

Tonton filem Bikers Kental 2 di Netflix.

Pelakon hebat yang dilakonkan oleh:

Zizan Razak – Bidin Al Zaifa
Julangtip Sukkasem – Cherry Pontit
Kaew Korravee – Saiya Sukhaporn
Dato Awie – Eddie Cuardo
Dato Afdlin Shauki – Aidid
Amerul Affendi – Albuqueque
Bront Palarae – Pornthaliwat
Hushairy Hussein – Khunna Meliwat
Pont Cranium – Ananda

Ulasan atau sedikit Review Filem Bikers Kental 2

Filem ini sangat menarik dan sangat kelakar. Ada beberapa perkara lucu yang membawa kepada kelucahan yang sepatutnya tidak terlalu over, tetapi pengarah meletaknya bagi saya agak sedikit melampau.

Ada beberapa babak yang kelakar didalam filem ini, cumanya saya simpan untuk anda menontonnya. Mendengar nama-nama mereka sahaja sudah tidak kering gusi.

Tempat Aidil Al Zaifa yang dilakonkan oleh Allahyarham Harun Salim Bachik terpaksa digantikan dengan watak Aidid yang dilakonkan oleh Dato Afdlin Shauki. Bagi saya tiada sesiapa dapat menggantikan tempat beliau. Kebijakan pengarah filem ini beliau tidak menggantikan pelakon, tetapi me-reka cerita tentang Aidil yang sudah tidak berada di Malaysia, dan memasukan watak baharu iaitu Aidid. Ini lebih baik dari menukar pelakon.

Watak Cherry yang dilakonkan oleh Julangtip Sukkasem untuk Bikers Kental 2 ini sangat menarik. Dan banyak wataknya dan dialognya di dalam Bikers Kental. Cherry membawa kerserian didalam filem ini.

Cuma saya pelik, kenapa watak Saiya Sukhaporn bertukar pelakon yang mana kedua-dua pelakon ini membawa aura yang sangat berbeza. Pornwipa Watcharakaroon dan Kaew Korravee dari segi perwatakan muka sangat berlainan. Sepatutnya mencari muka seiras atau perwatakan yang serupa. Seorang muka agak lembut dan seorang pula muka agak kasar.

Dalam filem Bikers Kental 2 ini kebanyakan watak kawan Bidin telah ‘dimatikan’ dan membuka watak-watak yang baharu dan lebih kepada babak di Thailand. Agak menarik peralihan watak ini.

Saya tidak mahu cerita banyak, kerana, dalam setiap ulasan filem, pasti akan terkeluar beberapa spoiler dan saya tidak mahu itu berlaku dalam tulisan ini, walaupun mungkin sudah berlaku.

Sudah baca sinopsis dan ulasan sedikit dari penulisan ini bukan? Apa tunggu lagi, buka Netflix dan layan filem Bikers Kental 2!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *