Wanz Ramli Blog

Terus Mencari Persamaan

Assalammualaikum, Salam sejahtera

Apa yang menarik di Neftlix semalam? Filem Lagi-Lagi Senario telah sampai ke platform Netflix rumah anda! Ya, filem lawak sepanjang zaman ini telah menaikan nama Senario.

Lagi Lagi Senario diantara filem yang terbaik dilakonkan oleh kumpulan Senario. Mungkin generasi baharu tidak begitu kenal dengan kumpulan ini. Tetapi percayalah, anda buka Netflix dan tontonnya sendiri, baru anda kenal, Senario Kumpulan Pelawak Sepanjang Zaman.

Walaupun ketika ini Senario telah lama menyepi dalam layar perak, tetapi, filem-filem mereka masih diminati sehingga ke hari ini.

Lagi Lagi Senario dilakonkan oleh 5 sahabat Senario iaitu Azlee, Lan Pet Pet, Wahid, Saiful Apek dan Yassin. Terut membantu, Wardina Safiyyah dan Ayu Mayani. Terdapat juga watak cameo yang dilakonkan oleh Nasir Ali, Aziz M Osman, Accapan, Rebort Kong, Osman Kering, Syanie dan ramai lagi. Semua watak cameo ada kekuatannya yang sendiri, dan setiap watak cameo ada lawaknya yang tersendiri. Seperti “Macam mana gigi palsu ni ada dalam makanan aku?!”

Sebagai seorang yang membesar dengan lawak-lawak Senario, saya mengajak anda untuk menonton filem Lagi Lagi Senario ini di Netflix. Terdapat lawak, pengajaran, sedih dan alam percintaan. Pasti anda tidak bosan menontonnya kerana setiap selingan babak, ada ceritanya.

Lagi Lagi Senario diarahkan oleh sutradara Aziz M Osman. Seorang yang sangat hebat dalam pembikinan filem dan hanya dia seorang yang mampu mengawal kumpulan Senario ini. Jualan tiket filem ini RM6.33juta! Ini nilai pada tahun 2001, sangat besar!

Jom kita borak mengenai sedikit sinopsis filem Lagi Lagi Senario:

Filem ini mengisahkan seorang tauke warung bernama Azlee. Azlee telah membuka Warung Azlee setelah sekian lama di suatu tapak. Azlee mempunyai pembantunya Saiful sebagai penebar roti dan Yassin sebagai pelayan tetamu.

Pada suatu hari, Wahid menumpang tidur di Warung Azlee disebabkan dibuang kerja di sebuah restoran Perancis “Apa tunggu lagi, berambus!”. Kemudiannya dibuang kerja menjadi sesumpah “Susu 10 tin, telur 30 biji”. Akhirnya Wahid tiada duit untuk membayar sewa rumah, dan menumpang tidur di Warung Azlee. Azlee pun bersetuju untuk mengambil Wahid bekerja atas pertolongan Yassin yang pernah berjumpa dengan Wahid sebelum ini.

Tidak lama kemudian, datang seseorang yang ingin membuka warung disebelah Warung Azlee. Seseorang itu bernama Mazlan. Mazlan telah lama melihat tapak ini, kerana tapak ini tempat lubuk membuka Warung. Akhirnya Mazlan membuka kedai Kafenya iaitu Kafe Selera Canggih Mazlan. Mazlan ada dua pembantu utama iaitu Lin anak saudaranya dan juga Maya, yang sentiasa menggunakan kelebihan kecantikan dan suaranya untuk memikat hati sesiapa sahaja.

Setelah Mazlan membuka kafenya, maka, terjadilah pesaingan demi pesaingan, kejadian demi kejadian untuk mendapatkan pelanggan.

Pelakon:

Azlee – Azlee
Lan Pet Pet – Mazlan
Wahid – Wahid
Saiful Apek – Saiful
Yassin – Yassin
Wardina Safiyyah – Lin
Ayu Mayuni – Maya
Accapan – Muthusamy
Robert Kong – Lee Ah Cai
Nasir Ali – Majid

Jom tonton filem Lagi-Lagi Senario di Netflix! Sementara masih panas!

Tagged:

LEAVE A RESPONSE

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Related Posts