BACA NI! Sebelum Anda Pulang Ke Kampung Berjumpa Mak Ayah.

Author:

Assalammualaikum, salam sejahtera..

Alhamdulillah, 11 Oktober yang lalu, Perdana Menteri telah bersetuju dan mengumumkan RENTAS NEGERI dibenarkan. Banyak kelonggaran yang diberi pihak kerajaan kepada sesiapa yang hendak rentas negeri. Cumanya terdapat beberapa kegusaran rakyat yang lain terhadap pengumuman ini.

Bukanlah kerana mereka tidak suka atau menyekat orang lain balik ke kampung berjumpa mak ayah. Tetapi, sebaliknya, yang melancong dan mengabaikan SOP yang ditetapkan.

Cuma untuk kali ini, saya hendak kongsikan apa yang perlu anda lakukan sebelum balik ke kampung berjumpa orang yang tersayang.

*Ini bukanlah perkongsian terbaik, cuma ini sekadar apa yang terlintas sahaja.

Pertama, PASTIKAN ANDA TELAH MENERIMA 2 DOS VAKSIN.

Kedua, PASTIKAN ANDA TELAH MEMBUAT TEST COVID KENDIRI. Boleh belinya di farmasi.

Ketiga, PASTIKAN ANDA TOPUP TOUCH N GO ANDA TERLEBIH DAHULU.

Keempat, PASTIKAN ANDA MEMBELI MAKANAN UNTUK PERJALANAN SEBELUM BERTOLAK.

Kelima, PASTIKAN ANDA MENGISI PETROL KENDERADAAN ANDA SEBELUM BERTOLAK.

Keenam, PASTIKAN ANDA TIDAK SINGGAH DIMANA-MANA KETIKA DALAM PERJALANAN.

Ketujuh, JIKA BOLEH, BAWA SANITIZE GUN, DAN SANITIZE SEMUA BAG ANDA SESUDAH SAMPAI.

Kelapan, PASTIKAN SAMPAI DI DESTINASI, ANDA TERUS MANDI, JANGAN PELUK DAN SENTUH.

Ketiga hingga keenam, ini bagi saya ianya sangat penting, kerana, setelah anda membuat ujian covid dan anda pasti anda tidak dijangkiti covid. Kemudian anda bertolak ke kampung dan singgah di petrol pam, isi petrol dan membeli belah atau sebagainya. Bukankah ini akan merisikokan diri anda sekeluarga? Kemudian membawanya ke kampung dan merisikokan Mak Ayah anda? Saya sangat tekankan hal ini, jangan singgah dimana-mana. Anda teruskan perjalanan sehingga ke destinasi anda. Adapun nak ke bilik air dan sebagainya. Itu hal yang tidak boleh dielakkan.

Selamat pulang ke kampung halaman, setelah sekian lama tidak pulang ke kampung, inilah peluang anda balik dan peluk mak ayah anda. Mungkin sesetengah orang tidak faham rindunya kita kepada mak ayah kita dikampung dan inilah peluang yang anda ada.

Namun, anda perlu sentiasa berhati-hati dan waspada. Kerana kita masih belum menang. Virus covid masih ada. Patuhi SOP, ingat orang yang tidak sayang. Anda tidak percaya covid itu hak anda, tetapi fikir dan sayangilah orang sekeliling anda.

Saya doakan anda selamat pergi dan sampai ke destinasi anda. Semoga Allah lindungi kita semua dari virus covid 19.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *