Cadangan Berbikini Sebagai Tarikan Pelancongan?

Author:

Assalammualaikum, Salam sejahtera

Semalam saya terdengar suatu ucapan dari seorang YB di parlimen yang memberi cadangan perihal pelancongan di Malaysia. Salah satu pandangan dan cadangan utama beliau mengenai pelancongan adalah mempertikaikan pakaian bikini. Sangat terkejut bila mendengar pandangan YB tersebut.

Ujarnya lagi, semua yang kita nak buat tarikan dan moment tidak boleh dan katanya lagi macam mana kita nak bersaing dengan negara-negara luar kerana kita punya enviroment tidak kondusif dan tidak ada experience.

Pada awal-awal ucapan beliau “Kita nak pergi ke negara luar kita nak ada satu experience, ada satu moment dan kita kena “We have to enjoy our self”

Yang pertama sekali, saya tidak faham apa maksud experience, moment dan enjoy our self, yang dikatakan oleh YB tersebut. Adakah experience YB tersebut bilamana kepuasan beliau berbikini? Adakah moment beliau melihat orang perempuan berbikini? Apakah maksud “We have to enjoy our self “? Enjoy betul YB soal berbikini ini.

Kita kena faham sesuatu, tarikan pelancong ke sesebuah negara bukan sebab bikini, arak atau kelab malam, walaupun ada tetapi purata besar palancong ke negara tersebut atas sebab suasana, budaya, senibina dan pemandangan alam semula jadi disesebuah negara tersebut. Sebagai contoh, orang pergi ke Norway dan Iceland, adakah semua ini datang nak enjoy our self berbikini dan minum arak? Tetapi lebih kepada enjoy dan menikmati keindahan alam. Minum arak ini sampingan sahaja, bukan main atau keutamaan orang melancong.

Jawab Menteri Pelancongan, “Kita kena bersifat terbuka”. Saya terfikir sejenak. Untuk menarik pelancong ke Malaysia mesti berbikini ke? Mesti bermabuk-mabuk? Kelab malam mesti 24 jam? Inikah pemikiran dan tahap pelajaran Menteri dan Ahli Parlimen? Tarik pelancong asing, sifat terbuka, bikini, mabuk, pub 24jam. Ini sahajakah fungsi otak mereka. Ini sahaja yang mempu beliau fikir dan cadangkan?

Kebetulan YB yang memberi cadangan tersebut menyebut Indonesia dan Thailand. Sangat ramai orang Melayu ke Krabi untuk bercuti dan melancong. Soalan saya, adakah mereka ke sana ingin experience melancong pakai bikini atau moment melihat orang bikini? Kalau begitu tujuan asalnya, enjoy sungguhlah bak kata YB “We have to enjoy our self “.

Dan satu lagi kata YB tersebut generasi baharu tidak berminat lagi melancong atas dasar melihat tapak-tapak sejarah, kebudayaan. “Saya rasa the new generation dia don’t want to see this thing anymore“. Anymore ya? Rosak pemikiran YB ini. Dia “Rasa” kemudian dia buat kesimpulan. Sangat hairan dan pelik. Bukankah orang melancong ke Sabah dan Sarawak untuk melihat budaya etnik disana? Barangkali YB ini tidak berfikiran terbuka dan pengetahuannya tidak menyeluruh. YB sebenarnya yang ketinggalan zaman.

Media sosial terutamanya TikTok, banyak pelancong luar datang ke Malaysia kerana KEBUDAYAAN. YB ini kena faham, kebudayaan, bukan hanya sekadar pakaian tradisi, makanan tradisi, tempat tradisi, rumah tradisi. Cara hidup sopan santun, cara komunikasi juga sebahagian dari kebudayaan. Berapa ramai orang luar terutamanya barat, sangat tertarik dengan cara percakapan kita. Halus, lembut dan sopan.

Pernah terdengar ada seorang berkata, bila dia belajar di luar negara, ketika dia ingin ke bilik air “Cikgu saya nak pergi bilik air, cikgu saya nak minum air…” Katanya, cikgu disana sangat tertarik bahkah suka dengan cara dan BUDAYA orang Malaysia. Disini pun kita sudah boleh buat kira-kira, hendak tarik pelancong suka kita dan negara kita, kuatkan kebudayaan.

Oh ya, ada seorang TikTokers dari barat yang menyukai tandas kita kerana ada paip air sehingga dibawa budaya ini ke negaranya. Hanya kerana budaya tandas yang mempunyai kepala paip air, mereka mempelajari sesuatu dari Malaysia dan sebarkan diseluruh dunia mereka. Ini akan membuatkan saudara mara, sahabat, kawan mereka tertarik nak pergi ke Malaysia. Bukan experience atau moment berbikini yang disukanya.

Balik kepada “Sifat keterbukaan”, media sosial seperti TikTok, mencatatkan ramai pelancong dari Korea, Jepun dan sebagainya post atau memuat naik video mereka melancong di Malaysia. Antara perkara yang mereka suka mengenai Malaysia adalah suasana, budaya dan makanan di Malaysia.

Lihat bagaimana pelancong tertarik mengenai Malaysia dan ingin melancong ke negara kita. Berapa banyak cara untuk menarik pelancong ke Malaysia, tetapi persoalan bikini dan arak juga YB ini fikir. Sangat kelakar dan membimbangkan. Kadang kala sedih, kerana undian kita untuk Ahli Parlimen hanyalah pemikiran setahap ini sahaja.

Walaupun dikatakan Kelantan dan Terengganu mesra Islam dan mundur atau apa sahajalah label yang dilemparkan. Tetapi ramai pelancong hendak kedua-dua negeri Pantai Timur ini, bukan kerana bikini dan arak. Kerana enjoy suasana dan kebudayaan negeri tersebut. Cuba tanya Saudara Mat Dan, adakah beliau ke Terengganu dan menetap di sana untuk “to enjoy our self ” dengan cara melihat bikini atau kebudayaan dan suasana di Terengganu sehinga mempelajar loghat Terengganu? Tolonglah YB, bukalah mata dan pemikiran anda. Saudara Mat Dan hampir hilang sleng Britishnya gara-gara sukakan loghat Terengganu.

Menteri Pelancongan juga ada menyebut “Jangan semua kita bergantung jadi satu soal semua jadi agama” dan Menteri ada menyebut mengenai perkahwin campuran “Melayu kahwin Cina, Cina kahwin India,iban semua“.

Pertama bab kahwin campur. Pertanyaan saya, adakah sejak azali lagi budaya kita berbikini ini? Cina, India, Iban? Saya tidak rasa semua bangsa dan etnik di Malaysia membudayakan bikini. Jika ini suatu alasan untuk mengatakan “Ohh.. Kita sekarang negara multi racial…” Kalau multi racial boleh ke arah bikini ke macam mana? Bikini ini budaya barat, masuknya pakaian begini kerana datangnya dari penjajah seperti British. Jangan bawa masuk budaya barat ke Malaysia. Kita negara Asia, ada budayanya sendiri, dan kita negara Nusantara ada sifat sopan santunnya yang tersendiri.

Bab soal agama ni, memang kita hidup berlandaskan agama. Agama bukan sekadar pegangan, kepercayaan atau faith sahaja, agama adalah cara hidup.

Akhir kata, saya hendak memberi sedikit nasihat dan cadangan buat YB-YB sekelian.
Jika anda dan kerajaan tidak promosi tempat menarik di Malaysia sehingga pelancong tidak tertarik dan tidak tahu pun apa yang menarik, salahkan diri anda sendiri, bukan salah larangan berbikini. Barangkali YB itu sendiri tidak tahu tempat menarik dan tempat pelancongan di negerinya sendiri.

Cadangan saya buat kerajaan dan YB-YB sekelian, promosilah tempat menarik dinegara kita, ambil tahu spot yang menarik di kawasan anda, promosi muat naik video di media sosial, bukan bagi cadangan berbikini. Bayar influencer media sosial yang ada.

Saya hendak bertanya, berapa peratus orang tahu tempat pelancongan dan tempat menarik di Malaysia yang di promosi oleh kerajaan dan media-media kerajaan? Dan berapa puluh peratus rakyat dan pelancong tahu tempat pelancongan dan tempat menarik dari hasil kerja influencer dan rakyat yang mempromosikan tempat pelancongan di Malaysia? Mereka keluarkan duit mereka sendiri untuk mempromosi negara ini demi Malaysia yang tercinta.

Malaysia banyak tempat yang menarik yang boleh dipertengahkan dan dipromosikan, suasana, kebudayaan, seni bina dan pemandangan yang cantik, terutamanya di Sabah dan Sarawak. Cari idea yang bernas dan berfikiran matang, bukan pemikiran nak tarik pelancong, berbikini. Hasil cukai rakyat bukan untuk dibayar kepada Ahli Parlimen yang cetik pemikiran dan idea. Banyak lagi idea boleh dipertengahkan, promosi lebih lagi, bayar influencer yang bagus, youtuber yang pandai.

Promosi pusat pelancongan dan tempat menarik yang ada di Malaysia melalui media-media kerajaan. Masukan slot setiap hari di RTM, kempen jom melancong di negara kita sendiri. Siarkan tempat-tempat menarik dan masukan di dalam berita utama jam 8.00 malam. Peruntukan belanjawan untuk sektor pelancongan. Beginilah cara orang bijak pandai memberi cadangan. Banyak lagi cadangan yang ada, bukan hanya fikirkan cadangan berbikini dan arak untuk tarik pelancong asing ke Malaysia.

Terus terang saya katakan, pendapat dan cadangan YB tersebut memalukan. Kerana banyak-banyak cadangan yang boleh dipertengahkan, hanya “We have to enjoy our self”, experience, dan moment berbikini yang beliau mampu berfikir. Sangat memalukan.

PELANCONG TIDAK MELANCONG BUKAN KERANA TIDAK BOLEH BERBIKINI,
TETAPI MEREKA SENDIRI TIDAK TAHU WUJUDNYA MALAYSIA YANG SERBA INDAH INI
.
KERANA KITA TIDAK MEMPROMOSI NEGARA KITA SENDIRI,
BETAPA CANTIKNYA NEGARA YANG KITA TERCINTAI INI.

Wanz Ramli

Malaysia mempunyai budayanya yang tersendiri, bikini bukan budaya orang Malaysia, tidak kira Cina, India, Sabah, Sarawak. Bikini budaya barat yang tidak patut dicontohi, dan Malaysia ada budaya kita. KESOPANAN DAN KESUSILAAN – Rukun Negara Ke-5. Bikini bukan pakaian sopan.

Sekian.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *